Thursday, September 6, 2012

AgroBank perkenal produk FRIA-i

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/agrobank-perkenal-produk-fria-i-1.81791

Published: September 06, 2012
Wartawan Sinar Harian

Agrobank struktur semula unit perniagaan
Agrobank memperkenalkan produk pelaburan baru, Fixed Return Investment Account-i (FRIA-i) yang merupakan inisiatif ke arah melaksanakan sistem perbankan Islam sepenuhnya menjelang 2015.

FRIA-i menawarkan pulangan pada kadar tetap berasaskan konsep syariah komoditi Murabahah dan ia ditawarkan kepada individu layak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, FRIA-i ialah produk unik yang bakal memberikan kelebihan signifikan kepada pelanggan memandangkan keuntungan pelaburan boleh dibuat secara pembayaran hadapan.

HLISB Now A Tabung Haji Deposits Collection Agent

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=692237

Published: September 06, 2012

KUALA LUMPUR, Sept 5 (Bernama) -- Hong Leong Islamic Bank (HLISB) today announced its appointment by the Pilgrims' Fund Board (Tabung Haji) as a deposits collection agent.

The deposits collection is offered via two modes -- salary deduction and standing instruction (SI).

Chief Executive Officer Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz said the bank was proud to announce that HLISB was the first bank in Malaysia to provide the convenience of TH deposits via salary deduction from the customers' salary for their own TH deposit accounts.

"The deposits will form part of the deductions automatically made from the employees' salary," she said in a statement.

Raja Teh Maimunah said HLISB's Muslim customers can also make periodic deposits to their TH accounts by executing a hassle-free SI, with only one form submission required.

With the SI, customers are given the flexibility to choose their preferred date and frequency for the deposits, including weekly, monthly, quarterly, semi-annually and annually.

Currently, there are more than 2,300 employers who enjoy the convenience of payroll services offered by HLISB and Hong Leong Bank via Hong Leong Online Business, an efficient and secure e-banking services for businesses that allows customers to perform transactions and keep track of finances even on the go.

-- BERNAMA

Monday, September 3, 2012

Agrobank lancar akaun syariah

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20120903/ko_03/Agrobank-lancar-akaun-syariah

Published: September 03, 2012, 2012

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Agrobank memperkenal produk pelaburan baru - Fixed Return Investment Account-i atau FRIA-i, yang merupakan inisiatif ke arah melaksanakan sistem Perbankan Islam sepenuhnya menjelang tahun 2015.

FRIA-i menawarkan pulangan pada kadar tetap berasaskan konsep Syariah komoditi murabahah dan ia ditawarkan kepada individu dan bukan individu yang layak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman, FRIA-i ialah produk unik yang bakal memberikan kelebihan signifikan kepada para pelanggan Agrobank memandangkan keuntungan pelaburan boleh dibuat secara pembayaran hadapan.

"Ia juga istimewa kerana peniaga dan pengusaha dapat memanfaatkan produk ini dengan menjadikan pulangan yang diperoleh sebagai modal pusingan, tanpa perlu mengeluarkan pelaburan asal," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, kadar keuntungan FRIA-i merupakan kadar yang ditetapkan oleh bank melalui akad semasa pembukaan akaun sepanjang tempoh pelaburan, kata Wan Mohd Fadzmi.

Bermula pelaburan minimum RM5,000 bagi pembukaan akaun pelaburan, pelanggan dapat menikmati kadar keuntungan semasa yang kompetitif.

"Menerusi pelancaran produk FRIA-i, ini membuktikan kesungguhan Agrobank dalam menyediakan satu lagi produk bagi membantu pengusaha kecil dan sederhana di samping turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi, terutama dalam sektor pertanian dan industri asas tani negara," katanya. - Bernama

Agrobank perkenal FRIA-i

AGROBANK memperkenalkan satu produk pelaburan baru yang dikenali sebagai ‘Fixed Return Investment Account-i’ atau FRIA-i.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AgrobankperkenalFRIA-i/Article/index_html
Published: September 03, 2012

FRIA-i menawarkan pulangan dengan kadar tetap berasaskan kepada konsep syariah ‘komoditi murabahah’ dan ia ditawarkan kepada individu dan bukan individu yang layak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Produk pelaburan yang berkonsepkan Perbankan Islam ini juga satu inisiatif Agrobank ke arah melaksanakan sistem Perbankan Islam sepenuhnya menjelang tahun 2015. Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, FRIA-i adalah produk unik yang bakal memberikan kelebihan yang signifikan kepada pelanggan Agrobank apabila keuntungan dari pelaburan boleh dibayar secara terdahulu (upfront payment).

Tambah beliau lagi, FRIA-i Agrobank juga istimewa kerana peniaga dan pengusaha dapat memanfaatkan produk ini dengan menjadikan pulangan yang diperoleh sebagai modal pusingan tanpa perlu mengeluarkan pelaburan asal.

Selain itu, kadar keuntungan FRIA-i ditetapkan bank melalui akad semasa pembukaan akaun sepanjang tempoh pelaburan. Bermula dengan minimum RM5,000 bagi pembukaan akaun pelaburan, para pelanggan dapat menikmati kadar keuntungan semasa yang kompetitif.

Sunday, September 2, 2012

Agrobank Launches New Investment Product

KUALA LUMPUR, Sept 1 (Bernama) -- Agrobank Bhd has introduced a new investment product, Fixed Return Investment Account-i (FRIA-i), which is part of its initiative towards the full implementation of Islamic banking system by 2015.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=691218
Published: September 02, 2012

In a statement Saturday, Agrobank said FRIA-i would offer fixed returns based on syariah principle of commodity murabahah and would be offered to individuals and non-individuals.

Its president/chief executive officer, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman said FRIA-i was a unique product and would give significant returns as profits could be paid upfront at the effective date of investment.

"Also, the profit rate is set by the bank through the contract during the account opening on a regular basis over the period of investment," he said.

Agrobank said the minimum investment for an individual was RM5,000.

-- BERNAMA

Belanja Dan Derma Inisiatif BSN Kumpul Dana Untuk Pihak Memerlukan

GEORGE TOWN, 1 Sept (Bernama) -- Kempen belanja dan derma kad kredit Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bermula hari ini hingga 15 Okt depan memberi peluang kepada pemegang kad kredit BSN menderma sambil berbelanja serta menikmati mata ganjaran tambahan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=691268
Published: September 02, 2012

Naib Presiden Kanan Jabatan Kewangan BSN Frederick Siew berkata kempen itu juga adalah selaras dengan inisiatif bank untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

"Kempen ini juga satu platform yang baik bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat, selain ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bank," katanya selepas majlis pelancaran kempen belanja dan derma kad kredit BSN sempena forum larian maraton malam BSN Putrajaya, di sini Sabtu.

Siew berkata setiap pemegang kad kredit BSN hanya perlu berbelanja di beberapa premis terpilih seperti kedai runcit, pasar raya dan kedai serbaneka, untuk turut serta memberi sumbangan derma kepada Women's Aid Organization dan Persatuan Glaukoma Malaysia.

"Bagi setiap satu daripada enam mata yang diperoleh apabila berbelanja, akan disalurkan kepada Women's Aid Organization dan Persatuan Glaukoma Malaysia," katanya.

-- BERNAMA