Thursday, February 13, 2014

Tabung Haji jangka dana pendeposit capai RM50b akhir tahun ini

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji menjangkakan dana pendepositnya mencapai RM50 bilion pada akhir tahun ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Paduka Ismee Ismail.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SSPkhasuntukpenjawatawam/Article
Published: August 02, 2013

Beliau berkata, pada masa ini, dana tersebut berjumlah RM45.6 bilion, dengan 8.3 juta jumlah pendeposit.

"Tahun lalu, kami bermula dengan dana berjumlah RM35 bilion dan ditutup pada kira-kira RM43 bilion. Saya fikir keyakinan masyarakat sangat penting. Ini menggambarkan tahap keyakinan mereka terhadap Tabung Haji," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah kumpulan itu hari ini.

Sementara itu, Ismee berkata Tabung Haji akan meneruskan aktiviti pelaburan sedia ada dengan memberi tumpuan kepada ekuiti dan hartanah.

"Tahun ini khususnya akan rancak dalam sektor hartanah dalam dan luar negara kerana ia mendapat pulangan berulang. Kita yakin tentang sektor hartanah terutama di Malaysia.

"Sudah tentu fokus lebih kepada Kuala Lumpur, tetapi kita juga berhasrat untuk melebarkan lagi operasi ke kawasan seperti di Iskandar, Johor dan koridor-koridor lain," katanya sambil menambahn Tabung Haji sedang menilai pelbagai cadangan yang diterima.

Beliau juga berkata, pengambilalihan Tabung Haji ke atas Unilever House di Leatherhead Office Park di Surrey, United Kingdom juga, telah selesai. Sehingga 31 Disember 2013, aset peruntukan pelaburan terbesar TH ialah ekuiti sebanyak 37 peratus, diikuti pasaran wang dan instrumen kewangan lain (25 peratus), pendapatan tetap (26 peratus) dan hartanah (12 peratus).

Mengenai kos haji, Ismee berkata pihaknya menjangkakan kos menunaikan haji akan meningkat.

"Jangan keliru kos haji dengan bayaran haji, ia adalah dua perkara berbeza. Kos haji akan meningkat, tetapi naik atau tidak bayaran menunaikan haji, tidak dapat diputuskan lagi.

"Saya baru pulang dari Mekah dan rata-rata kerja pembinaan masih rancak. Segala pergerakan harga hanya sehala, iaitu naik. Saya difahamkan selepas musim haji akan banyak lagi bangunan akan diruntuhkan," jelasnya.

Mengenai Metodologi Saringan Syariah Yang Disemak Semula yang diumumkan Suruhanjaya Sekuriti, Ismee berkata: "Saya dimaklumkan oleh ketua pegawai pelaburan bahawa kita tak mendapat implikasi yang banyak daripada peraturan tersebut".

Sementara itu, dalam ucapannya Ismee berkata Tabung Haji telah merangka satu Pelan Pengurusan Risiko Rasuah sebagai mekanisme meningkatkan integriti dan kecekapan pengurusan di samping mengurangkan risiko rasuah.

Menurutnya, bengkel yang dijalankan hari ini akan mengenalpasti risiko rasuah dalam setiap aktiviti jabatan dan anak syarikat Tabung Haji bagi menutup ruang dan peluang salahguna kuasa, penyelewengan dan kesan negatif kepada tadbir urus korporat.

Tabung Haji juga telah menguatkuasakan polisi berkaitan pencegahan rasuah antaranya Polisi Pendedahan Maklumat Tentang Salah Laku di Tempat Kerja dan pematuhan 'Dasar Anti Pengubahan Wang Haram dan Keganasan', katanya.

- BERNAMA

Friday, August 2, 2013

SSP khas untuk penjawat awam - BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) menganjurkan Kempen Edisi Khas Ekslusif Untuk Kakitangan Kerajaan (3K) bagi Sijil Simpanan Premium (SSP) bertujuan menggalakkan tabungan di kalangan kakitangan sektor awam.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SSPkhasuntukpenjawatawam/Article
Published: August 02, 2013

Naib Presiden Kanan Jabatan Perbankan Islam BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya berkata, kempen yang bermula pada 1 Julai lalu dan berlangsung sehingga 30 September ini memberikan peluang yang lebih besar kepada kakitangan sektor awam untuk memenangi cabutan SSP yang ditawarkan BSN setiap tahun.

Katanya, kakitangan sektor awam yang mahu menyertai kempen berkenaan perlu membuat simpanan dalam SSP Edisi Khas (SSP-SE) dalam gandaan RM1,000.

Tempoh 12 bulan

Nilai simpanan minimum SSP-SE yang diperlukan untuk menyertai kempen ini adalah minimum RM1,000 ke atas untuk tempoh enam bulan dan minimum RM3,000 ke atas untuk tempoh 12 bulan.

Dengan menyertai kempen berkenaan, mereka layak mendapat dividen indikatif sebanyak 2.00 peratus untuk enam bulan dan 2.42 peratus untuk 12 bulan.

Mereka juga layak menyertai Cabutan Bulanan, Cabutan Tempatan dalam Cabutan Istimewa khas yang berlangsung pada Disember ini dengan hadiah bernilai RM1 juta dalam bentuk SSP, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadiah dikecuali cukai

Tambahnya, antara manfaat lain yang diperoleh menerusi kempen 3K itu adalah simpanan SSP yang dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah yang diterima mendapat pengecualian cukai pendapatan.

Simpanan pula boleh dilakukan secara tunai, debit akaun BSN, kad kredit BSN, cek dan kaedah lain yang diguna pakai di cawangan BSN, katanya.

Sehingga kini, BSN telah mencatatkan jualan SSP bernilai lebih RM2.2 bilion menerusi 1.8 juta penyimpan sejak mula dilancarkan kira-kira 38 tahun lalu.

Sasar jualan RM2.5 bilion

Sofi berkata, pihaknya menyasar untuk mencatat jualan bernilai RM2.5 bilion menjelang akhir tahun ini berikutan maklum balas yang amat baik yang diterima daripada pelanggan.

Tahun ini, kami menawarkan 26 kali cabutan dengan nilai hadiah berjumlah RM16 juta termasuklah kereta jenis BMW 320i, Toyota Camry, Proton Inspira, Perodua Viva dan terbaru, Proton Preve, katanya.

Celcom taps Bank Simpanan's network

CELCOM Axiata Bhd expects a six per cent increase daily in reload transaction volume or top up of prepaid cards with its tie-up with Bank Simpanan Nasional.

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/CELCIX/Article/
Published: August 02, 2013

Source from (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/787260
Published: August 02, 2013


Celcom Axiata Bhd CEO Datuk Sri Shazalli Ramly during 
the signing ceremony between Bank Simpanan Nasional and 
Celcom Axiata at Kuala Lumpur yesterday.

Celcom Axiata chief executive officer Datuk Seri Shazalli Ramly said Celcom records an average of 600,000 reload transactions a day with an average value of RM13,000.

"Our partnership will provide Celcom users with even more convenient locations for prepaid reloads via BSN's 4,209 nationwide network of selected and registered banking agents," Shazalli said here yesterday after inking the deal with the government-owned bank.

Under their alliance, handphone users, especially in remote areas can top up their prepaid cards by locating the nearest agent in their hometown and need not go to big towns.

"With BSN's 4,209 selected registered banking agents and premises nationwide, the frequency of reloads will increase, especially in the areas that are not reachable," said Shazalli.

The new service, which will focus on rural areas, will be offered through BSN's point-of-sale terminals, which allow for fully-digital transactions while removing the need for physical cards.

The transactions performed through this channel are secured with Celcom's M2M services at no additional cost.

All Celcom prepaid brands are eligible for reloads purchased through BSN's authorised banking agents, including Celcom First, Xpax, U.O.X, S.O.X, Celcom Frenz and Instanet broadband.

BSN chairman Tan Sri Abu Bakar Abdullah said the new service will benefit both companies' customers.

With the agreement, BSN's registered banking agents now offer six-types of services, which are bill payments, cash deposits, cash withdrawals, Skim Simpanan Pendidikan Negara savings, cashless payments and the latest, mobile reloads.

Abu Bakar said BSN's 4,209 registered banking agents recorded more than 7.9 million transactions amounting to more than RM705 million as at July 30 2013.

The bank targets to have an additional 5,000 registered banking agents by year-end, he said.

Celcom, BSN jalin kerjasama

Celcom Axiata Bhd mengunjurkan jumlah transaksi tambah nilai prabayar hariannya akan meningkat sehingga enam peratus dengan penawaran perkhidmatan itu melalui rangkaian Ejen Bank Berdaftar (EBB) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Celcom_BSNjalinkerjasama/Article
Published: August 02, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNrakansaluranCelcom/Article/index_html
Published: August 02, 2012

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata syarikat telekomunikasi mudah alih itu kini mencatatkan lebih 600,000 transaksi tambah nilai prabayar dengan nilai purata harian antara RM11 juta hingga RM13 juta.

Beliau berkata, Celcom melihat kerjasama dengan BSN itu sebagai platform terbaik untuknya memperluaskan lagi perkhidmatan tambah nilai prabayar terutama ke kawasan pedalaman menerusi 4,209 rangkaian EBB BSN di seluruh negara.

Dengan menggunakan premis EBB BSN, kami menjangkakan kekerapan menambah nilai bagi prabayar kami akan meningkat terutama di kawasan luar bandar, katanya selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Celcom dan BSN di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning, Ketua Pegawai Jualan dan Komersial Celcom, Eric Chong dan Pengarah Pengedaran Jualan Nasional Celcom, Saiful Bahrain Abd Ghaffar.

Laksana menerusi terminal jualan

Shazalli berkata, urus niaga tambah nilai prabayar melalui EBB BSN itu akan dilaksanakan menerusi terminal jualan yang membolehkan transaksi digital dilakukan sepenuhnya tanpa memerlukan stok fizikal.
Transaksi yang dilakukan menerusi saluran itu adalah selamat dengan menggunakan perkhidmatan Celcom M2M dan ia tidak membabitkan sebarang kos tambahan, katanya.

Jenama prabayar Celcom bagi tambah nilai yang boleh dibeli di EBB BSN, termasuk Celcom First, Xpax, U.O.X, S.O.X, Celcom Frenz dan jalur lebar Instanet.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, perkhidmatan terbaru itu akan memberi manfaat kepada pelanggan kedua-dua pihak.

Beliau berkata menerusi kerjasama dengan Celcom itu, EBB BSN kini menawarkan enam jenis perkhidmatan yang meliputi pembayaran bil, deposit tunai, pengeluaran tunai, simpanan SSPN, pembayaran tanpa tunai dan yang terbaru, tambah nilai prabayar.

EBB BSN kini mencatatkan lebih 7.9 juta transaksi berjumlah RM705 juta, katanya, sambil menambah bahawa BSN menyasarkan untuk mempunyai 5,000 EBB menjelang akhir tahun ini.

Bank Rakyat Ceriakan Aidilfitri Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital

SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Bank Rakyat Negeri Sembilan hari ini menyertai 19 cawangan bank itu di seluruh negara mengunjungi pesakit kanak-kanak di hospital.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130802/ws_05/Bank-Rakyat-ceriakan-pesakit-kanak-kanak
Published: August 02, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=967677
Published: August 02, 2013


PENGURUS Bank Rakyat Cawangan Bahau, Norwati Aziz (kanan) 
menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Nur Damia 
Batrisya Irwan yang dipangku ibunya, Norazlina Md. Isa di Wad 
Pediatrik, Hospital Tuanku Ja'afar.

Seramai 70 orang pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik, Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini bertuah menerima sumbangan sempena Aidilfitri daripada bank itu dan sumbangan disampaikan Pengurus Bank Rakyat cawangan Seremban Abdul Yazid Yaacob.

Hadir sama Timbalan Pengarah Klinikal HTJ Dr Norizah Abd Ghani dan 25 orang petugas hospital itu.

Abdul Yazid berkata sumbangan itu merupakan program tahunan Bank Rakyat sejak 2009 yang dilaksanakan semua cawangannya di seluruh negara.

"Sebanyak RM257,000 diperuntukkan oleh Bank Rakyat bagi seluruh negara untuk menceriakan kanak-kanak di wad pediatrik menjelang Aidilfitri.

"Program ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat Bank Rakyat di samping merapatkan hubungan dengan warga kerja hospital yang merupakan sebahagian pelanggan kami," katanya kepada pemberita di sini.

Program itu berjalan serentak di 20 buah hospital di seluruh negara dengan wakil-wakil Bank Rakyat menyampaikan sumbangan berbentuk duit Raya dan cendera hati kepada setiap pesakit kanak-kanak.

-- BERNAMA

Companies advised to focus on strength for SOBA 2013 - Exim Bank

PETALING JAYA: Rather than putting all eggs in one basket, companies should be more selective with their Star Business Awards (SOBA) applications and focus on categories that play to their strengths.

Source from (The Star Online): http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/08/02/Companies-advised-to-focus-on-strength-for-SOBA-2013.aspx
Published: August 02, 2013

PKT Logistics Group Sdn Bhd, the biggest winner with five awards from last year’s SOBA, shared during a help desk session that interested participants should focus their resources on categories they feel most confident about and not submit entries for too many categories.

“Identify and prioritise the categories you think you stand the most chance of winning,” a representative of the company said.

“It is also important to present your submissions in a concise and easy yet interesting to read manner, to help the judges understand your achievements.”

The two-hour help desk session held at Menara Star yesterday was aimed at answering queries and assisting those who are participating in this year’s awards.

There are two award categories for SOBA 2013 - the top-of-the-class awards and outstanding achievement awards.

Under the former, there are eight sub-categories, which include the best in marketing, brand, corporate social responsibility, green initiative, employer, innovation and global market while the outstanding achievement awards comprise three sub-categories - rising star, entrepreneur of the year and Malaysian business of the year.

SOBA, which honours up-and-coming local, non-listed companies and small and medium enterprises, is entering its fourth year.

Winners will be rewarded with more than RM1mil worth of advertising space in the Star Media Group. They will also take home the SOBA trophy, as well as receive free financial consultation from Exim Bank for those keen on doing business abroad, among many other rewards.

The awards are open to all local enterprises that are not part of multinational companies or listed groups.

The participants’ foreign equity, if applicable, should not exceed 50%.

The SOBA submission pack can be obtained from The Star office or the forms can be downloaded from www.soba.com.my.

The deadline for entries is Aug 26.

For more information on SOBA 2013, call 03-7967 1388 ext 1240/1237.

The panel of judges this round would comprise representatives from the Associated Chinese Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM), Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), Branding Association of Malaysia, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Advertisers Association (MAA), Media Specialists Association (MSA), Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry (MAICCI), SMI Association of Malaysia as well as Exim Bank.

Exim Bank is the presenter of the awards, supported by Bursa Malaysia. The Royale Chulan Kuala Lumpur is the official hotel partner.


Red Tomato is the official Chinese newspaper, while the The official radio stations are 988FM and RedFM. The awards auditor is BDO.