MAKKAH, 3 Nov (Bernama) -- Tabung Haji akan mencari jalan untuk menyerap
kos kenaikan penginapan di Makkah dan Madinah berikutan perkembangan
pesat di Tanah Suci, antaranya melalui perjanjian sewa jangka panjang,
kata Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706776
Published: November 04, 2012
Beliau berkata perjanjian antara lima hingga 10 tahun yang diamalkan
Tabung Haji ketika ini didapati mampu mengekalkan kadar sewa dalam
tempoh tersebut.
Katanya, meskipun masih terlalu awal untuk membuat kajian berhubung
kenaikan kos menunaikan rukun Islam kelima itu, Tabung Haji akan
mengambil langkah sewajarnya seperti yang dilakukan sebelum ini.
Ismee berkata sudah tiga tahun Tabung Haji mampu menyerap kenaikan itu
walaupun kos penerbangan meningkat akibat kenaikan harga minyak selain
kenaikan sewa penginapan di Tanah Suci.
"Kos sebenar untuk seorang jemaah ialah RM15,150. Jemaah hanya
mengeluarkan wang sebanyak RM9,980 sahaja dan bakinya ditanggung oleh
Tabung Haji melalui keuntungan pelaburan yang diperoleh," katanya kepada
Bernama di sini hari ini.
Pembangunan pesat di Makkah menyaksikan bangunan lama, yang menawarkan
sewa murah kepada jemaah dirobohkan untuk pembinaan penempatan dan hotel
lebih mewah.
Bagaimanapun, Ismee tidak menolak kemungkinan jemaah haji Malaysia
terpaksa ditempatkan di lokasi lebih jauh berbanding sekarang jika rumah
penginapan dan hotel biasa di sekeliling Masjidil Haram dirobohkan
untuk memberi laluan kepada pembinaan hotel lima bintang.
"Kita sentiasa pantau melalui pejabat kita di Jeddah untuk mencari
bangunan alternatif yang bersesuaian. Contohnya, di pejabat ini, (ibu
pejabat Tabung Haji di Abraj Al-Janadriah) jaraknya adalah sejauh 750
meter dari Masjidil Haram tetapi selepas proses pembesaran tempat suci
itu, jarak menjadi lebih kurang 500 meter sahaja," katanya.
"Jika pada masa depan Tabung Haji terpaksa menyewa bangunan penginapan
yang lebih jauh, kemudahan pengangkutan mungkin akan menjadi lebih baik.
"Tabung Haji akan sentiasa memastikan jemaah mendapat tempat ibadah
yang sesuai jika bangunan penginapan terletak jauh dari Masjidil Haram.
"Misalnya di bangunan ibu pejabat Tabung Haji yang juga menjadi tempat
penginapan, kita sewa ruang yang besar kerana kita mengadakan keperluan
surau untuk jemaah kita," katanya.
-- BERNAMA
Sunday, November 4, 2012
Friday, November 2, 2012
Bank Rakyat profit up 8%
KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat)
posted profit before tax and zakat for the nine-month period ended Sept
30 of RM1.62bil, up 8.1% over the RM1.5bil achieved for the same period
last year.
Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/11/2/business/12261304&sec=business
Published: November 02, 2012
Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob said the bank also recorded net profit of RM1.33bil compared to RM1.2bil in the same period a year ago, an increase of 10.5%.
“Bank Rakyat posted positive financial performance with higher pre-tax profit, net profit and gross income of RM30.9bil as at Sept 31.
“With this encouraging performance, and recognition such as winning the Most Profitable Islamic Bank and Best Islamic Retail Bank awards, we hope Bank Rakyat will continue to be the biggest Islamic bank in Malaysia and the 12th best in the world,” he said. — Bernama

Bank Rakyat untung RM1.62 bilion dalam 9 bulan
KUALA LUMPUR - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat)
mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi sembilan bulan pertama
berakhir 30 September 2012 dengan meraih keuntungan sebelum cukai dan
zakat RM1.62 bilion, meningkat 8.1 peratus berbanding RM1.5 bilion bagi
tempoh sama tahun lalu.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-untung-rm1-62-bilion-dalam-9-bulan-1.99898
Published: November 02, 2012
Bank Rakyat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaacob berkata bank itu turut merekodkan keuntungan bersih
lebih tinggi sebanyak RM1.33 bilion berbanding RM1.20 bilion pada tempoh
yang sama tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 10.5 peratus.
"Dari segi prestasi kewangan, Bank Rakyat terus mencatatkan perkembangan positif dengan peningkatan keuntungan sebelum cukai, keuntungan bersih dan pendapatan kasarnya iaitu RM30.9 bilion sehingga 31 Sept tahun ini.
"Dengan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pengiktirafan yang diterima seperti Anugerah Bank Islam Paling Menguntungkan dan Anugerah Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang, Bank Rakyat diharap terus menjadi perbankan Islam terbesar di Malaysia dan ke-12 terbaik di dunia," katanya selepas Majlis Penyerahan 20 Buah Van Jenazah dan dua Buah Van Pengangkutan di sini Khamis.
Pada majlis itu, 20 buah van jenazah disumbangkan kepada masjid di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan Perak , manakala dua buah van pengangkutan diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing, Johor dan Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyah, Pahang, yang keseluruhannya bernilai lebih RM1.7 juta.
Bagi tahun ini, 41 van jenazah yang keseluruhannya bernilai RM3.2 juta akan disumbangkan Bank Rakyat ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Ismail Sabri berkata, sebagai satu bank koperasi terbesar yang berjaya melaksanakan aktiviti perbankan syariahnya, bank itu terus komited melaksanakan tanggung jawab sosial korporatnya dengan memperuntukkan zakat perniagaan bagi membantu masyarakat yang memerlukan.
"Bagi 2011, lebih RM40.6 juta zakat perniagaan telah diperuntukkan Bank Rakyat, yang disalurkan melalui Majlis Agama Islam di seluruh negara bagi memenuhi keperluan golongan Asnaf," katanya.
Bank Rakyat yang ditubuhkan sejak Sept 1954 kini mempunyai 136 cawangan dengan lebih 600 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 46 Ar-Rahnu X' Change di seluruh negara. - Bernama

Bank Rakyat Untung RM1.62b Dalam Tempoh Sembilan Bulan
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd
(Bank Rakyat) mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi sembilan bulan
pertama berakhir 30 September 2012 dengan meraih keuntungan sebelum
cukai dan zakat RM1.62 bilion, meningkat 8.1 peratus berbanding RM1.5
bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=706328
Published: November 02, 2012
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata bank itu turut merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.33 bilion berbanding RM1.20 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 10.5 peratus.
"Dari segi prestasi kewangan, Bank Rakyat terus mencatatkan perkembangan positif dengan peningkatan keuntungan sebelum cukai, keuntungan bersih dan pendapatan kasarnya iaitu RM30.9 bilion sehingga 31 Sept tahun ini.
"Dengan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pengiktirafan yang diterima seperti Anugerah Bank Islam Paling Menguntungkan dan Anugerah Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang, Bank Rakyat diharap terus menjadi perbankan Islam terbesar di Malaysia dan ke-12 terbaik di dunia," katanya selepas Majlis Penyerahan 20 Buah Van Jenazah dan dua Buah Van Pengangkutan di sini Khamis.
-- BERNAMA
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=706328
Published: November 02, 2012
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata bank itu turut merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.33 bilion berbanding RM1.20 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 10.5 peratus.
"Dari segi prestasi kewangan, Bank Rakyat terus mencatatkan perkembangan positif dengan peningkatan keuntungan sebelum cukai, keuntungan bersih dan pendapatan kasarnya iaitu RM30.9 bilion sehingga 31 Sept tahun ini.
"Dengan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pengiktirafan yang diterima seperti Anugerah Bank Islam Paling Menguntungkan dan Anugerah Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang, Bank Rakyat diharap terus menjadi perbankan Islam terbesar di Malaysia dan ke-12 terbaik di dunia," katanya selepas Majlis Penyerahan 20 Buah Van Jenazah dan dua Buah Van Pengangkutan di sini Khamis.
-- BERNAMA
Teraju tingkat keupayaan syarikat Bumiputera (SME Bank)
KUALA LUMPUR - Peranan Unit Teraju Agenda Bumiputera (Teraju) menjadi
pemantau kepada sistem vendor syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), dilihat
meningkatkan lagi keupayaan syarikat Bumiputera.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/teraju-tingkat-keupayaan-syarikat-bumiputera-1.99992
Published: November 02, 2012
Rahim
Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, dengan adanya peranan dan inisiatif sistem vendor oleh Teraju memastikan GLC yang menjalankan sistem tersebut lebih berkemahiran.
Beliau berkata, dahulunya GLC tiada badan pemantau dan melaksanakan sistem vendor mengikut langkah masing-masing.
“Menerusi langkah tersebut, semua agensi yang terlibat dengan pelaksanaan sistem ini akan mempunyai akauntabiliti kepada Teraju.
“Sistem vendor di bawah GLC akan dipantau Teraju dan ini perkembangan strategik yang penting dalam mencapai kejayaan tertinggi bagi vendor terpilih serta dilatih,” katanya.
Menurutnya, perlu bagi Teraju menggalakkan GLC yang mengeluarkan “out source” dengan memberikan keutamaan kepada Bumiputera.
Katanya, dengan adanya dasar sedemikian, memberikan lebih peluang kepada Bumiputera meluaskan pasaran.
Selain itu, Rahim berkata, keperluan bagi Teraju mewujudkan indeks prestasi utama (KPI) dengan bertindak sebagai pemantau kepada syarikat Bumiputera sedia ada.
“Langkah ini bagi mengenal pasti syarikat yang berjaya, mempunyai rekod baik dan berwibawa untuk diberikan peluang berkembang,” katanya.
Beliau berkata, langkah Bank SME menyediakan dana kepada syarikat Bumiputera juga memberikan kesan memberangsangkan kerana dalam tempoh tiga bulan, RM250 juta telah dipohon oleh syarikat Bumiputera.
“Mereka memenuhi kriteria dan ini menunjukkan perkembangan yang positif. Sebelum ini sukar syarikat Bumiputera untuk memenuhi kelayakan,” katanya.
Malah katanya, perkembangan ini juga menggalakkan bank-bank tempatan mengubah persepsi terhadap syarikat Bumiputera.
Rahim turut mencadangkan kepada Teraju penubuhan sebuah yayasan bagi memajukan tanah terbiar yang berpotensi dan strategik untuk dibangunkan.
Menurutnya, dengan langkah tersebut membantu pemilik tanah yang tidak berkemampuan membangunkan tanah dalam pelbagai sektor yang sesuai dengan pasaran.

Negara Eropah, Amerika, Kanada, Afrika Berminat Pelajari Pengurusan Haji Malaysia
SEPANG, 1 Nov (Bernama) -- Malaysia terus dikagumi masyarakat
antarabangsa sebagai negara yang cekap dalam menguruskan jemaah haji
pada setiap tahun sehingga beberapa negara di Eropah, Amerika Syarikat,
Kanada dan Afrika turut berminat untuk mempelajari kaedah yang diguna
pakai Lembaga Tabung Haji.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706288
Published: November 02, 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu dinyatakan oleh wakil negara-negara berkenaan dalam satu jamuan yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi pada hari kedua sambutan Aidiladha minggu lepas.
"Tahun ini kebetulan ada jemaah haji dari negara berkenaan yang bersama dengan kita. Mereka ingin melihat secara lebih dekat kaedah yang diguna pakai oleh pihak Tabung Haji yang lebih tersusun," katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Khamis.
Menurutnya pada masa yang sama, kerajaan Arab Saudi terus memandang tinggi usaha-usaha yang dibuat kerajaan Malaysia dalam urusan haji sehinggakan jemaah haji dari negara ini menerima banyak kemudahan dari kerajaan itu.
Sementara itu, Jamil Khir berkata jumlah jemaah haji Malaysia yang sakit dan dimasukkan ke hospital milik Tabung Haji atau Arab Saudi didapati berkurangan kepada 132 pesakit berbanding lebih 200 pada tahun-tahun sebelumnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)