KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd hari ini
mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah sebagai
pengerusi baharunya, berkuat kuasa 1 Disember.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=714566
Published: December 06, 2012
Abdul Aziz juga dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif bank itu,
yang berkuat kuasa pada tarikh yang sama, kata bank itu dalam satu
kenyataan.
Beliau sekarang adalah Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, Bintulu Port Holdings Bhd dan Pembinaan BLT Sdn Bhd.
Beliau juga merupakan ahli lembaga Permodalan Nasional Bhd, Felda Global
Ventures Holdings Bhd, Johor Petroleum Development Corporation Bhd,
Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah, Kumpulan Bank
Pembangunan Islam (Jeddah) dan Perbadanan Kewangan Perdagangan Islam
(Jeddah).
-- BERNAMA
Thursday, December 6, 2012
Wednesday, December 5, 2012
Bank SME sedia bantu usahawan Sarawak
BINTULU 4 Dis. - Penubuhan cawangan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di pusat bandar ini adalah selari untuk membimbing dan membangunkan usahawan negara. Menteri Muda Pelancongan negeri, Datuk Talib Zulpilip berkata, penubuhan cawangan bank berkenaan juga selaras pembangunan projek Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121205/wb_04/Bank-SME-sedia-bantu-usahawan-Sarawak
Published: December 05, 2012
Katanya, antara perkhidmatan lain yang sedia ditawarkan kepada usahawan kecil dan sederhana adalah nasihat berkaitan pengurusan perniagaan, pemasaran dan promosi, pembangunan perniagaan, penjenamaan dan pelabelan.
"Kita harap dengan adanya Bank SME ini, usahawan di bahagian Bintulu akan mengambil peluang menggunakan kemudahan yang ditawarkan untuk mengembangkan perniagaan.
"Pembukaan Bank SME di sini juga membuktikan golongan usahawan di negeri ini berjaya meyakinkan pihak bank bahawa mereka merupakan golongan peniaga yang berdaya saing," katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian cawangan baharu Bank SME di Medan Raya di sini hari ini.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan 50 hamper dan 20 basikal kepada pelajar kurang berkemampuan dan golongan ibu tunggal di bahagian Bintulu.
Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak berkata, selain pembiayaan, usahawan juga akan diberikan khidmat nasihat dan perundingan kewangan bagi melancarkan perniagaan mereka.
Selain itu katanya, beliau percaya sektor keusahawanan di negeri ini akan berkembang maju dengan kewujudan Bank SME tersebut.

Konsep Tabung Haji jadi contoh
Kuala Lumpur: Konsep penubuhan Tabung Haji mendapat perhatian apabila
seorang tokoh perbankan Islam terkemuka India, Iqbal Khan mencadangkan
penubuhan agensi seumpamanya di negaranya.
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KonsepTabungHajijadicontoh/Article/
Published: December 05, 2012
Tokoh yang memenangi Anugerah Diraja Kewangan Islam September lalu, mencadangkannya kepada Presiden India, Pranab Mukherjee kerana yakin ia dapat membantu umat Islam di negara berkenaan untuk menyimpan beransur-ansur bagi mengerjakan haji.
Saya mencadangkan India mempunyai badan pengurusan dana seperti Tabung Haji yang berjaya menggalakkan orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan haji, katanya ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Pasaran Kita, Nilai Kita - Pendekatan Berasaskan Satu Prinsip Untuk Mewujudkan Nilai di Pasaran Majoriti Islam, di sini semalam.
Hadir sama, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Ranjit Ajit Singh.
Iqbal yang juga Ketua Eksekutif Fajr Capital Ltd berkata, konsep penubuhan Tabung Haji sangat baik, kerana ia bukan saja menggalakkan simpanan dan menguruskan pemergian jemaah haji ke Makkah, malah berfungsi sebagai badan alternatif kepada umat Islam di Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut prinsip Islam.
Iqbal adalah penerima kedua Anugerah Diraja itu tahun ini yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis Makan Malam Gala di Kuala Lumpur September lalu.
Pemilihannya dibuat atas sumbangan besar serta rekod pencapaian beliau dalam memajukan sistem kewangan Islam di seluruh dunia.

Labels:
dfi,
dfis,
Lembaga Tabung Haji,
LTH,
Others DFI,
Tabung Haji
Tuesday, December 4, 2012
BAAC minat bertukar idea dengan Agrobank
BANK For Agricultural and Agricultural Cooperatives Thailand (BAAC)
berhasrat memperluaskan pertukaran idea operasi perbankan dengan bank
pertanian di Malaysia, Bank Agro Bhd (Bank Agro) menerusi kerjasama
kesatuan bank serantau yang pernah dilaksanakan sejak sepuluh tahun
lalu.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BAACminatbertukaridea/Article/index_html
Published: December 04, 2012
BAAC yang mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh Thailand dengan penguasaan pasaran dua peratus setakat ini tidak berhasrat memperkembangkan rangkaiannya di negara ini.
Timbalan Presiden Kanannya, Wirat Wanittanakul berkata, kerjasama pertukaran idea antara Bank Agro dan BAAC lebih tertumpu kepada latihan dan operasi pengurusan perbankan memandangkan keduanya menawarkan sistem kewangan khas kepada pertanian.
Katanya, perkembangan industri pertanian di negaranya dan Malaysia membolehkan kedua-dua pihak berkongsi idea untuk memajukan sektor perbankan pertanian kepada orang ramai.
“Kami melihat pertukaran maklumat dan idea di antara bank di Thailand serta Malaysia dapat memperkukuhkan hubungan akrab dua negara dan juga sistem perbankan serantau terutama dalam pertanian.
“Setakat ini, dari segi kerjasama perkongsian maklumat di Malaysia kami hanya berurusan dengan Agro Bank dan belum ada perancangan terdekat untuk menjalinkan usahasama dengan bank lain di sini,” katanya ketika melawat gerai pameran Agro Bank di Maha 2012, Serdang, minggu lalu.
Katanya, hasil lawatannya ke Maha 2012 mendapati Malaysia mempunyai kualiti pengeluaran biji benih pokok kelapa sawit berkualiti yang boleh digunakan dan dikembangkan di Thailand pada masa depan.
“Sektor pertanian Malaysia yang berkembang pesat dan pembangunan pelbagai teknologi membolehkan kami memberi cadangan kepada pelanggan BAAC untuk menjadikan Malaysia lokasi mendapatkan produk pertanian berkualiti,” katanya.

Saturday, December 1, 2012
SME Bank KK Approved RM793.2 Million Loans From 2005 To October 2012
KOTA KINABALU, Nov 30 (Bernama) -- SME Bank Malaysia Bhd's (SME Bank)
Kota Kinabalu branch approved 492 loan applications with a total
approved amount of RM793.2 million from 2005 to October this year, said
SME Bank Chairman Datuk Gumuri Hussain.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=712869
Published: December 01, 2012
From January to October this year, the branch approved 74 loan applications with a total approved amount of RM87.4 million while nationwide, SME Bank approved 9,393 loan applications with a total approved amount of RM15.96 billion from 2005 to October this year, he said when opening the bank's Kota Kinabalu Enterprise Centre at Kepayan Perdana near here today.
"SME Bank with the help of the government provides various products and funds specifically to help entrepreneurs, from starting their business to expanding it globally.
"This signals SME Bank's full support for efforts to develop entrepreneurs in Malaysia," he said.
Gumuri said the financing facillities are also in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's vision to see SMEs in the country not only play an important role in economic growth but also become the backbone of the transformation process towards high-income nation by 2020.
He said the government targets SMEs' contribution to Gross National Product next year to grow to between 4.5 per cent and 5.5 per cent.
In the 2013 Budget, he said, the government has allocated RM2.25 billion to SME Bank for SME development.
"This allocation is channelled through the SME Development Scheme, Halal Industry Fund and Bumiputera Financing Fund," he said.
The new Enterprise Centre, Gumuri said, will facilitate the bank's dealings with existing and potential entrepreneurs in and around Kota Kinabalu, besides making the task of loan marketing and management easier and more effective.
"It could also extend the marketing of financing products to more SME entrepreneurs and enhance portfolio growth," he added.
Gumuri said SME Bank now has three networks in Sabah -- a Regional Centre in Kota Kinabalu and two Enterprise Centres, one each in Tawau and Kota Kinabalu.

SME Bank KK Lulus Pembiayaan RM793.2 Juta Sejak 2005 Hingga Oktober Tahun Ini
KOTA KINABALU, 30 Nov (Bernama) -- Bank Perusahan Kecil dan Sederhana
Malaysia Berhad (SME Bank) Cawangan Kota Kinabalu meluluskan 492
pembiayaan berjumlah RM793.2 juta sejak 2005 hingga Oktober tahun ini,
kata Pengerusi SME Bank Datuk Gumuri Hussain.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712885
Published: December 01, 2012
Dari Januari hingga Okt tahun ini sahaja, katanya cawangan SME Bank itu meluluskan 74 pembiayaan yang berjumlah RM87.4 juta.
Bagi peringkat nasional, Gumuri berkata SME Bank telah meluluskan 9,393 pembiayaan berjumlah RM15.96 bilion sepanjang tempoh antara 2005 dan Oktober tahun ini.
"SME Bank dengan bantuan kerajaan menyediakan pelbagai produk dan menawarkan dana yang khusus untuk membantu para usahawan dari peringkat memulakan perniagaan hinggalah mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.
"Ini adalah tanda sokongan padu SME Bank kepada usaha untuk membangunkan usahawan di Malaysia," katanya ketika merasmikan Pusat Enterpris Kota Kinabalu di Kepayan Perdana, dekat sini Jumaat.

Subscribe to:
Posts (Atom)