Wednesday, July 31, 2013

Peraduan PruBSN Drive4Life dorong penglibatan beli

PENGENDALI kewangan patuh syariah Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) perkenal Peraduan Drive4Life yang bertujuan untuk pertingkat penglibatan dalam kalangan belia Malaysia melalui media sosial.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/peraduan-prubsn-drive4life-dorong-penglibatan-beli-1.188548
Published: July 31, 2013

PruBSN Drive4Life
PruBSN Drive4Life

Peraduan Drive4Life yang bermula semalam hingga 12 Ogos ini di laman Facebook PruBSN memerlukan peserta jawab soalan mengenai PruBSN dan rangkaian produknya.

Menurut PruBSN, 10 pemenang teratas peraduan Facebook ini akan berpeluang memandu kereta go-kart dan bersaing dengan Nabil Jeffri, iaitu pemandu Formula 3 Malaysia yang juga duta jenama PruBSN.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata, Nabil dipilih sebagai duta jenama PruBSN berdasarkan nilai dinamisme beliau yang selari dengan penyedia takaful itu.

Pemenang hadiah utama perlumbaan Go-kart ini bakal memenangi lawatan istimewa untuk seorang ke Kejohanan Formula 3 ATS di Hockenheim, Jerman, yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 September 2013.

67 kebakaran dalam masa 48 jam di Makkah

Riyadh: Sebanyak 67 kebakaran di beberapa kawasan di Makkah dalam tempoh 48 jam menyebabkan puluhan orang cedera. Pengarah Pertahanan Sivil, Brigadier Jen Khalaf Al-Matrafi, berkata pasukan pertahanan sivil berjaya memadamkan semua kebakaran berkenaan.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/67kebakarandalammasa48jamdiMakkah/Article/
Published: July 31, 2013

67 kebakaran dalam masa 48 jam di Makkah
Satu kebakaran dekat Masjidilharam.

Beliau berkata, hampir 190 kes rawatan perubatan dilaporkan termasuk membabitkan jemaah umrah.

“Ada yang cedera agak serius dan perhatian utama diberi kepada jemaah Umrah dalam Masjidilharam selain kawasan sekitar. Majoriti kes membabitkan rawatan di Pusat Pertahanan Sivil.

Mangsa dipindahkan ke hospital

“Kes yang memerlukan perhatian anggota perubatan, dipindahkan ke hospital di pusat bandar,” katanya.
Al-Matrafi berkata, jabatannya melakukan lebih 287 pemeriksaan di seluruh bandar bagi memantau dan mengesan sebarang masalah keselamatan di bangunan dan kediaman.

Pasukan pertahanan sivil juga memantau tahap pencemaran udara, pelepasan gas karbon di terowong dan tempat jemaah berhimpun.

“Ada pemilik bangunan dan kediaman yang melakukan pencabulan syarat keselamatan tetapi semua sudah diselesaikan,” katanya. - AGENSI

Tuesday, July 30, 2013

Jualan SSP RM2.2b - BSN

Sungai Petani: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan jualan bernilai lebih RM2.2 bilion menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP) apabila berjaya menarik seramai 1.8 juta penyimpan sejak mula dilancarkan kira-kira 38 tahun lalu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JualanSSPRM2_2b/Article/index_html
Published: July 30, 2013

Naib Presiden Kanan Jabatan Perbankan Islamnya, Mohd Sofi Mat Jahaya berkata, daripada jumlah itu mereka yang berusia 16 hingga 40 tahun menjadi penyimpan terbesar iaitu 40 peratus, manakala usia 41 hingga 50 tahun (25 peratus) dan 60 tahun ke atas (35 peratus).

Menurutnya, BSN turut menawarkan faedah sebanyak 2.24 peratus selama 12 bulan kepada penyimpan dan dua peratus untuk tempoh enam bulan.

Selain itu, katanya, pihaknya juga menawarkan kepada kakitangan kerajaan dan staf syarikat milik kerajaan (GLC) untuk membeli SSP sebanyak RM1,000 dan menerima tambahan satu unit SSP bernilai RM10.

“Pada masa ini, Kedah mencatatkan jualan tertinggi SSP iaitu RM30 juta sepanjang promosi bagi tempoh sebulan dan melebihi sasaran ditetapkan sekitar RM25 juta, sekali gus mengatasi Terengganu yang merekodkan sebanyak RM28 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Cabutan SSP di Amanjaya, kelmarin.
Hadir sama, Naib Presiden Kanan Jabatan Operasi Peruncitan Kredit BSN Abdullah Aziz Buyung.

Mohd Sofi berkata, bagi tahun ini, pihaknya menawarkan cabutan bernilai RM16 juta dengan 44,000 hadiah berbanding hanya 37,000 hadiah pada 2012 termasuk kereta jenis BMW 320i, Toyota Camry, Proton Inspira, Perodua Viva dan terbaru, Proton Preve.

Menurutnya, BSN turut menawarkan hadiah dalam bentuk sijil SSP bernilai RM1 juta bagi cabutan Perdana, selain baucar barangan kemas dan pelbagai gajet elektronik, manakala nilai hadiah bagi cabutan tempatan sepanjang tahun ini berjumlah RM1.3 juta.

“Selain hadiah utama sebuah kereta Perodua Viva, pemegang SSP juga berpeluang memenangi lima buah motosikal Modenas GT128, 10 unit iPhone dan 150 unit SSP bernilai RM150 setiap satu,” katanya.

Tabung Haji Aims To Distribute RM3 Milion Tithe Next Year

MUAR, July 29 (Bernama) - Tabung Haji (TH) aims to distribute tithe under the Ehsan Project from RM1.6 million this year to RM3 million next year, said chairman Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=966903
Published: July 30, 2013

With the increase, more qualified people including single mothers, the poor, seniors citizens and people with disabilities will receive aid compared to the 3,000 people currently.

"We used to channel aid through Zakat Collection Centres and State Islamic Religious Councils but with this programme we can meet the people and distribute the aid personally.

"It is a two-pronged programme to help the Asnaf (qualified group) and to foster friendship and understand problems faced by the local community," he told reporters after presenting tithe amounting RM160,000 under the Ehsan Project for Johor to mark Ramadan to 320 recipients here today.

Johor is the tenth location in the Ehsan Project Tour where each recipient will get cash aid of RM500.

Abdul Azeez said TH will continue with charitable efforts to help the Muslim community in this country, regardless of political affiliation.

"We want TH to not only benefit the depositors but also help people who in need regardless whether they are from Sabah, Sarawak or Peninsular Malaysia."

TH also implemented the Iqraq programme which provide aid to schools to motivate poor students and orphans who will sit for their UPSR, SPM and STPM examination.

Abdul Azeez said following Saudi Arabia's decision to reduce the country's haj quota by 20 per cent, TH will ensure that only those really healthy are allowed to perform the pilgrimage.

"Those suffering from chronic illnesses that require treatment such as dialysis will be postponed.

-- BERNAMA 

Monday, July 29, 2013

Batu marmar ditukar untuk keselesaan jemaah

MEKAH 28 Julai - Pihak pentadbiran Masjidilharam di sini sedang giat memasang batu marmar tahan panas di kawasan halaman masjid tersebut bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk mengerjakan haji dan umrah.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130729/lu_02/Batu-marmar-ditukar-untuk-keselesaan-jemaah
Published: July 29, 2013


Sebahagian pekerja giat menjalankan kerja-kerja menukar batu marmar 
yang tidak menyerap haba di kawasan masjid Masjidilharam, Mekah. - Agensi

Akhbar Saudi Gazette melaporkan, pihak berkuasa memilih batu marmar dari Kepulauan Thassos, Greece yang tidak menyerap haba dan mengekalkan suhu sama pada waktu siang dan malam.

Kerja-kerja pemasangan batu marmar putih tersebut sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja.

"Pemasangan batu marmar ini akan membolehkan jemaah berjalan tanpa memakai kasut di kawasan masjid walaupun cuaca panas atau sejuk melampau,'' kata pihak berkuasa tersebut.

Terdahulu, pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan persediaan mereka untuk menerima berjuta-juta jemaah dari seluruh dunia yang mahu menunaikan umrah dan mengerjakan solat tarawih di Masjidilharam sempena 15 hari terakhir bulan Ramadan.

Jawatankuasa Pusat Haji yang di pengerusikan oleh Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal telah menilai semula persediaan yang dibuat sebelum ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.

Beliau turut menggesa orang awam dan agensi swasta memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah.

Kira-kira lima juta jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dianggarkan membanjiri Masjidilharam untuk menunaikan umrah ketika bulan Ramadan ini. - AGENSI

EBB lonjak BSN seiring bank lain

Pontian: Pendekatan transformasi yang dijalankan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan memberikan tumpuan kepada tanggungjawab perkhidmatan melalui 4,209 Ejen Bank Berdaftar (EBB) di seluruh negara berjaya meletakkan bank itu seiring dengan institusi kewangan lain di negara ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EBBlonjakBSNseiringbanklain/Article/index_html
Published: July 28, 2013

Pengerusinya Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, dengan perkhidmatan penuh yang ditawarkan menerusi talian perkhidmatan EBB ini, BSN tidak lagi perlu menumpukan kepada pembukaan cawangan baru bank itu di seluruh negeri.

“Kami juga mempunyai rancangan masa hadapan memberikan perhatian kepada perkhidmatan dalam talian dan perkhidmatan ini dapat dilakukan menerusi EBB, sekali gus menjadikan bank ini lebih dekat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian cawangan ke-399 BSN di Benut dekat sini yang disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kelmarin.

Bank itu adalah cawangan perbankan Islam yang ke-82 BSN dan menjadi bank yang pertama di kawasan berkenaan.

Sebelum itu dalam ucapannya, Abu Bakar berkata, BSN kini mempunyai lebih lapan juta pelanggan di seluruh negara dengan simpanan runcit yang berjumlah RM12.2 bilion.

FotoAHMAD Maslan menurunkan cap jari sebagai simbolik urusan 
di kaunter cawangan BSN ke-399 di Benut.
Pada tahun lalu saja, BSN mencatatkan peningkatan jumlah simpanan sebanyak 13.3 peratus iaitu RM22.2 bilion dan peningkatan simpanan runcit sebanyak 10.3 peratus atau RM1.08 juta.

Sementara itu, katanya menerusi cawangan baru ini, lebih 80 peratus penduduk di mukim berkenaan dijangka menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh bank itu seperti simpanan, ATM, mesin wang deposit, kad kredit dan pinjaman.

Di Johor setakat ini terdapat 45 cawangan BSN dengan satu cawangan utama, dua cawangan penuh, tujuh cawangan zon dan 35 buah cawangan mini. - BERNAMA