Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SMEBanksalurRM190jkepada16syarikat/Article/index_html
Published: November 07, 2012
TUKAR...Nor Mohamed menyaksikan pertukaran dokumen antara Radzif (kiri)
dengan Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh, semalam.
Katanya, bagi kriteria pemilihan, SME Bank juga akan melihat dari segi aliran wang tunai, tahap pembayaran dan jenis perniagaan yang akan diceburi syarikat.
“Sekarang kita mempunyai 120 syarikat di bawah program Teras ini dan ada antaranya tidak memerlukan pembiayaan. Tetapi buat masa ini, RM470 juta masih mencukupi.
“Ada beberapa daripada syarikat yang layak, tetapi tidak mahu pembiayaan dan kita akan mengenal pasti syarikat Bumiputera yang berpotensi tinggi untuk mengembangkan perniagaan di pasaran tempatan dan global,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian dengan Teraju di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi SME Bank, Datuk Gumuri Hussain.
No comments:
Post a Comment