Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Tabung Haji jangka dana pendeposit capai RM50b akhir tahun ini

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji menjangkakan dana pendepositnya mencapai RM50 bilion pada akhir tahun ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Paduka Ismee Ismail.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SSPkhasuntukpenjawatawam/Article
Published: August 02, 2013

Beliau berkata, pada masa ini, dana tersebut berjumlah RM45.6 bilion, dengan 8.3 juta jumlah pendeposit.

"Tahun lalu, kami bermula dengan dana berjumlah RM35 bilion dan ditutup pada kira-kira RM43 bilion. Saya fikir keyakinan masyarakat sangat penting. Ini menggambarkan tahap keyakinan mereka terhadap Tabung Haji," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah kumpulan itu hari ini.

Sementara itu, Ismee berkata Tabung Haji akan meneruskan aktiviti pelaburan sedia ada dengan memberi tumpuan kepada ekuiti dan hartanah.

"Tahun ini khususnya akan rancak dalam sektor hartanah dalam dan luar negara kerana ia mendapat pulangan berulang. Kita yakin tentang sektor hartanah terutama di Malaysia.

"Sudah tentu fokus lebih kepada Kuala Lumpur, tetapi kita juga berhasrat untuk melebarkan lagi operasi ke kawasan seperti di Iskandar, Johor dan koridor-koridor lain," katanya sambil menambahn Tabung Haji sedang menilai pelbagai cadangan yang diterima.

Beliau juga berkata, pengambilalihan Tabung Haji ke atas Unilever House di Leatherhead Office Park di Surrey, United Kingdom juga, telah selesai. Sehingga 31 Disember 2013, aset peruntukan pelaburan terbesar TH ialah ekuiti sebanyak 37 peratus, diikuti pasaran wang dan instrumen kewangan lain (25 peratus), pendapatan tetap (26 peratus) dan hartanah (12 peratus).

Mengenai kos haji, Ismee berkata pihaknya menjangkakan kos menunaikan haji akan meningkat.

"Jangan keliru kos haji dengan bayaran haji, ia adalah dua perkara berbeza. Kos haji akan meningkat, tetapi naik atau tidak bayaran menunaikan haji, tidak dapat diputuskan lagi.

"Saya baru pulang dari Mekah dan rata-rata kerja pembinaan masih rancak. Segala pergerakan harga hanya sehala, iaitu naik. Saya difahamkan selepas musim haji akan banyak lagi bangunan akan diruntuhkan," jelasnya.

Mengenai Metodologi Saringan Syariah Yang Disemak Semula yang diumumkan Suruhanjaya Sekuriti, Ismee berkata: "Saya dimaklumkan oleh ketua pegawai pelaburan bahawa kita tak mendapat implikasi yang banyak daripada peraturan tersebut".

Sementara itu, dalam ucapannya Ismee berkata Tabung Haji telah merangka satu Pelan Pengurusan Risiko Rasuah sebagai mekanisme meningkatkan integriti dan kecekapan pengurusan di samping mengurangkan risiko rasuah.

Menurutnya, bengkel yang dijalankan hari ini akan mengenalpasti risiko rasuah dalam setiap aktiviti jabatan dan anak syarikat Tabung Haji bagi menutup ruang dan peluang salahguna kuasa, penyelewengan dan kesan negatif kepada tadbir urus korporat.

Tabung Haji juga telah menguatkuasakan polisi berkaitan pencegahan rasuah antaranya Polisi Pendedahan Maklumat Tentang Salah Laku di Tempat Kerja dan pematuhan 'Dasar Anti Pengubahan Wang Haram dan Keganasan', katanya.

- BERNAMA

Tuesday, June 11, 2013

Tempoh visa umrah dihad 14 hari

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa semalam, tempoh visa untuk mengerjakan umrah dihadkan kepada 14 hari saja. Peraturan baru itu turut menetapkan jemaah perlu mengesahkan visa mereka 14 hari selepas dikeluarkan, berlepas ke Makkah dalam masa 14 hari dan pulang selepas 14 hari.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tempohvisaumrahdihad14hari/Article/
Published: Jun 11, 2013

Kementerian Haji Saudi mahu elak kesesakan ketika tawaf
Kita perlu memberikan kerjasama bagi memudahkan Kerajaan Arab Saudi membuat penambahbaikan kemudahan di sana. Kerajaan tidak akan menyekat mana-mana individu yang ingin mengerjakan umrah kerana ia adalah kehendak peribadi” Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Haji Saudi membuat keputusan itu bagi mengurangkan kesesakan teruk di semua tempat penginapan, termasuk hotel bertaraf lima bintang selepas melakukan proses pembesaran kawasan tawaf di Masjidil Haram.

Sehubungan itu, umat Islam di negara ini yang bercadang mengerjakan umrah pada Ramadan nanti dinasihatkan merancang jadual perjalanan lebih teratur.

Tempoh mencukupi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tempoh baru itu mencukupi dan masih berada dalam lingkungan yang bersesuaian menyempurnakan umrah.

Wajar beri kerjasama

“Kita perlu memberikan kerjasama bagi memudahkan Kerajaan Arab Saudi membuat penambahbaikan kemudahan di sana.

“Kerajaan tidak akan menyekat mana-mana individu yang ingin ke sana (mengerjakan umrah) kerana ia adalah kehendak peribadi dan urusan perjalanan dibuat melalui agensi persendirian.

“Oleh itu, rancanglah perjalanan supaya ia tidak menjejaskan kerja ibadat dan menyusahkan diri sendiri, ” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Terpaksa ulang-alik

Sementara itu, Pengurus Operasi Rakyat Travel Sdn Bhd, Mohd Hisham Shaharudin berkata, peraturan baru itu tidak akan memberi kesan pada agensinya, tetapi berharap tempoh dua minggu itu tidak dikekalkan.

“Agensi kami tidak menggalakkan jemaah untuk menetap lama di sana kerana tempoh 14 hari sudah memadai, tapi ia bergantung kepada kemahuan dan kemampuan kewangan individu.

“Bagaimanapun, perkara ini tetap memberi kesan kerana ia menyusahkan petugas untuk ulang-alik dalam tempoh masa singkat, “katanya.

Monday, May 27, 2013

Kuota tambahan haji: Kerajaan buat rayuan setiap tahun

JERAI 26 Mei - Kerajaan sentiasa membuat rayuan memohon kuota tambahan kepada pihak berkuasa haji di Arab Saudi setiap tahun dalam usaha membolehkan lebih ramai umat Islam negara ini mengerjakan haji.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130527/dn_05/Kuota-tambahan-haji-Kerajaan-buat-rayuan-setiap-tahun
Published: May 27, 2013


Jamil Khir Baharom (dua dari kanan) berbual dengan penduduk yang hadir pada majlis kenduri kesyukuran di rumah Setiausaha Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Mohd Najib Fahami Yahaya (dua dari kiri) di Kampung Sungai Dedap, Yan, Kedah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kelulusan daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu hanya diketahui pada saat-saat akhir dan bergantung pada faktor keadaan semasa.

Menurut beliau, pihaknya juga meminta bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan Raja Arab Saudi berhubung penambahan kuota tersebut.

"Setiap tahun kita akan merayu, berbincang dan menghantar surat kepada pihak berkuasa haji di Arab Saudi, namun bergantung juga pada kelulusan yang dibuat berdasarkan faktor semasa.

"Sekarang kuota kita yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi hanya 28,000 orang dan kita berharap memperoleh tambahan sebanyak 10,000 lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri kesyukuran di rumah Setiausaha Lembaga Tadbir Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Mohd. Najib Fahami Yahaya.

Jamil Khir baru-baru ini memberitahu, sebanyak sejuta umat Islam di negara ini berada dalam senarai menunggu untuk mengerjakan haji berikutan kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi hanya 28,000 orang bagi setiap kali tibanya musim haji.

Katanya, kuota jemaah haji bagi sesebuah negara ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk di negara terbabit.

Dalam perkembangan lain, kata Jamil Khir, banyak negara luar telah mengguna pakai sistem pengurusan haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai model pengurusan jemaah haji mereka.

"Namun terdapat sedikit kekangan dalam menjayakannya kerana di Malaysia terdapat akta pengurusan haji dan Tabung Haji dan ini membezakan Malaysia dengan negara lain," katanya.

Sunday, May 26, 2013

Malaysia Sedia Bantu Negara Berminat Contohi Pengurusan TH - Jamil Khir

GURUN, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia bersedia memberi kerjasama kepada mana-mana negara yang berminat menjadikan sistem pengurusan haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai model pengurusan jemaah haji mereka.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=951978
Published: May 26, 2013

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sistem pengurusan haji holistik yang diguna pakai TH menarik minat banyak negara untuk mencontohinya.

"Saban tahun Raja Arab Saudi, semasa ucapan Hari Raya, pertemuan dengan delegasi dan Menteri Haji serta pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), baginda selalu memuji pengurusan TH.

"Apabila kerajaan Kazakhstan kata berminat menjadikan Malaysia contoh, ia tidak pelik kerana setiap bulan ada negara asing berkunjung ke Malaysia untuk melihat model pengurusan TH," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan kesyukuran anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Tiga, dekat sini, Sabtu.

Katanya selain Kazakhstan, Bosnia, Afrika, Amerika Syarikat dan United Kingdom menunjukkan minat untuk diadakan kerjasama antara TH dengan agensi-agensi pelancongan negara mereka yang menguruskan jemaah haji.

"Di Malaysia, terdapat akta pengurusan haji dan TH dan ini membezakan Malaysia dengan negara lain.

"Semua negara di dunia mengenakan tambang menunaikan haji di Tanah Suci yang tinggi tetapi kita memberi subsidi. Jemaah hanya membayar RM9,980 termasuk penginapan dan pengangkutan selama 40 hari di Makkah. Ini mungkin antara sebab negara lain ingin menjadikan Malaysia contoh," kata Jamil Khir.

-- BERNAMA

Thursday, May 23, 2013

LTH komited RM150 juta dalam dana pajakan

KUALA LUMPUR 22 Mei - Lembaga Tabung Haji (LTH) komited untuk melabur sebanyak RM150 juta ke dalam Dana Pembiayaan Pendapatan Pajakan GCC Guidance ATEL, sebuah dana pembiayaan pajakan syariah pertama diperkenalkan di dunia.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TabungHajilaburRM150juta/Article/index_html
Published: May 23, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130523/ek_05/LTH-komited-RM150-juta-dalam-dana-pajakan
Published: May 23, 2013

Pelaburan LTH dalam dana itu akan dilakukan menerusi ekuiti persendirian yang diuruskan oleh firma pelaburan, Guidance Investments.

Ketua Pegawai Pelaburannya, Abd. Kadir Sahlan berkata, pihaknya menjangka untuk melabur dalam dana itu dalam tempoh tiga tahun dan pelaburan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, LTH telah memilih dana tersebut bagi mengurangkan bebanan tanggungan tahunan LTH dalam perbelanjaan operasi haji di Arab Saudi.

Jelasnya, pendapatan yang akan diperoleh dalam mata wang riyal Saudi itu dijangka memberi kelebihan kepada LTH, sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan LTH di negara tersebut.

"Setakat ini, LTH banyak melabur dalam sektor hartanah di peringkat antarabangsa dan peluang untuk melabur dalam dana pembiayaan pendapatan pajakan ini telah memberi peluang kepada LTH untuk melakukan penjimatan kos terutamanya dalam urusan haji," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran firma pelaburan yang beribu pejabat di Malaysia, Guidance Investments dan majlis menandatangani perjanjian di antara Guidance Investments dengan LTH bagi Dana Pembiayaan Pendapatan Pajakan GCC Guidance ATEL di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Pengerusi Guidance Financial Group LLC, Mohammad Hammour dan Ketua Pegawai Eksekutif Guidance Investments, Dr. Hasnita Hashim.

Guidance Investments merupakan firma pengurusan pelaburan antarabangsa yang melabur dalam ekuiti persendirian, pendapatan tetap dan hartanah, berlandaskan pematuhan syariah.

Hasnita berkata, pihaknya memilih Malaysia sebagai ibu pejabat Guidance di Asia berikutan kekuatan negara ini dalam kewangan Islam.

Selain itu, katanya, pihaknya mahu memberi tumpuan program pelaburan di Asia Tenggara dan Asia Barat, berikutan potensi yang wujud.

"Kami di Guidance Investments mempunyai pengalaman menarik pelaburan dari Asia Barat ke Asia, begitu juga sebaliknya.

"Kejayaan itu akan diteruskan melalui kewujudan Guidance Investments di negara ini," ujarnya.

Monday, May 6, 2013

Produk kewangan Islam diyakini - Tabung Haji

Kira-kira 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) mampu tersenyum lebar apabila pengurusan tertinggi TH pada awal Februari lalu mengumumkan pemberian bonus bagi tahun kewangan 2012 berjumlah 8 peratus.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ProdukkewanganIslamdiyakini/Article/index_html
Published: May 06, 2013

Kadar bonus ini adalah satu tanda penghargaan TH kepada penyimpannya sempena sambutan Jubli Emas TH pada tahun ini.

Satu perkara yang nyata prestasi kewangan TH memberangsangkan pada tahun lalu memberi gambaran satu contoh testimoni terhadap kejayaan perbankan Islam yang semakin berkembang di Malaysia.

Evolusi perbankan Islam di Malaysia yang pada awalnya dirintis dengan penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji pada 1969 dan diikuti oleh Bank Islam pada 1983 adalah bukti kesungguhan negara kita untuk menerajui sektor kewangan Islam.

Sebelum dekad 1980-an kebanyakan rakyat Malaysia kurang arif dengan istilah muamalat Islam seperti Mudharabah, Murabahah dan ar-Rahnu. Istilah berkenaan cukup asing pada masa itu bagi kebanyakan orang Melayu. Hal ini kerana mereka banyak terdedah kepada konsep perbankan konvensional yang sudah lama bertapak di Malaysia sebelum merdeka lagi.

Skop lebih luas Kini skop perbankan Islam semakin luas dan mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan bukan Islam.

Produk perbankan Islam tidak semata-mata terhad kepada simpanan wang seperti akaun Wadiah, tetapi ia melebarkan sayap meliputi insurans takaful, pelaburan sukuk, dan wakaf.

Keupayaan Malaysia membangunkan instrumen kewangan Islam didorong beberapa faktor seperti komitmen kerajaan yang menggubal undang-undang khusus untuk melaksanakan perbankan Islam. Pada masa ini, ada dua akta berkaitan kewangan Islam iaitu Akta Bank Islam 1983 dan Akta Takaful 1984 yang diguna pakai lebih dua dekad.

Sungguhpun perbankan Islam sudah pun bertapak di Malaysia lebih 30 tahun, namun aspek perundangan kewangan Islam perlu ditambah baik sesuai dengan peredaran masa dan peningkatan tahap intelektual rakyat di negara ini.

Hab Perbankan Islam Oleh itu, sejajar dengan keperluan semasa maka pada tahun lalu, rang undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012 dibentangkan untuk kelulusan Parlimen.

Selain aspek perundangan, Malaysia menyediakan platform khusus bagi merancakkan aktiviti kajian dan pembangunan kewangan Islam.

Sesuai dengan peranan yang dimainkan Malaysia sebagai hab perbankan Islam, maka dua institusi penyelidikan dalam kewangan ini ditubuhkan iaitu Kolokium Akademi Pengajian Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) dan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

Cuma satu perkara yang harus diberikan penekanan sekarang ialah kaedah meningkatkan lagi tahap kefahaman umat Islam di Malaysia berhubung instrumen perbankan Islam.

Pernah satu ketika dulu terdapat kes seorang petugas di bank yang mempromosikan produk perbankan Islam sendiri tidak tahu hendak menerangkan perbezaan sistem muamalat Islam dan konvensional. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ada pihak beranggapan perbankan Islam lebih bersifat menindas berbanding sistem konvensional seperti pernah dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia beberapa tahun lalu.

Pelbagai keraguan yang timbul ini perlu dirungkai secara kolektif oleh semua pihak berkepentingan dalam muamalat Islam.

Kita tidak mahu setiap produk perbankan Islam dianggap sekadar simbol tanpa ada pengisian yang benar-benar patuh syariah. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Multimedia

Friday, April 26, 2013

THHE Eyes RM4.5 Million Annual Savings With New Cranes

KUALA LUMPUR, April 25 (Bernama) -- TH Heavy Engineering Bhd (THHE) expects operational cost savings of RM4.5 million per annum after purchasing four cranes -- two world-class Manitowoc cranes as well as one Kobelco and one Grove crane.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bu/newsbusiness.php?id=945127
Published: April 26, 2013

Chairman Datuk Azizan Abdul Rahman said THHE has become the third company in Malaysia to purchase Manitowoc cranes.

"We are proud to take ownership of these RM30 million cranes that will put us in the Malaysian and world map and THHE will be able to provide our clients with the best equipment," Azizan said in a statement here Thursday.

The Manitowoc cranes use an electronic system that maximises a crane's capability and simplifies servicing by pinpointing any problem in the crane's engine, power transmission and other operating systems.

The cranes will enable THHE to increase their output and services without relying on third-party services, he said.

THHE, whose core business is in the fabrication of offshore oil and gas facilities, was listed on Bursa Malaysia in 2005.

-- BERNAMA

Friday, April 19, 2013

TH Serah Zakat Perniagaan Lebih RM3.3 Juta Kepada MAIDAM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) Khamis menyerahkan zakat perniagaan 2012 sebanyak RM3,300,636.83 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=943257
Published: April 19, 2013

Zakat itu disampaikan Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran TH Abdul Halim Md Jamil kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang mewakili MAIDAM di Istana Terengganu di sini.

Turut hadir Yang Dipertua MAIDAM Datuk Omar Pilus, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Mohd Rozali Saleh dan Pengarah Baitulmal Mohd Noor Mohamad.

Menurut kenyataan TH di sini, jumlah zakat untuk Terengganu bagi 2012 meningkat 5.4 peratus berbanding RM3,132,148.54 pada 2011.

"Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2012 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah RM41.2 juta dan Terengganu merupakan antara negeri tertinggi menerima jumlah zakat tahun itu," kata TH.

Pada majlis itu, TH turut menyampakan sumbangan Projek Baiti TH berjumlah RM350,000 bagi pembinaan lapan unit rumah baharu dan membaiki satu unit rumah untuk golongan asnaf fakir miskin terpilih dari seluruh Terengganu.

TH memperuntukkan sumbangan sebanyak RM2.52 juta untuk melaksanakan Projek Baiti TH bagi tahun lepas.

Projek Baiti TH merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang juga sebahagian daripada agihan zakat perniagaan TH untuk pembinaan atau penambahbaikan rumah bagi golongan asnaf fakir miskin dan surau atau masjid.

-- BERNAMA 

Monday, April 15, 2013

Mayor:Masjidil Haram Mega Expansion Project For Pilgrim's Convenience

MAKKAH, April 14 (Bernama) -- The on-going expansion of Masjidil Haram's project will have no effect on the cost of performing the haj, as the whole purpose of the project is for the convenience of the pilgrims, said Makkah Mayor Dr Osama Fadhel Al-Bar. br />
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=941917
Published: April 15, 2013

Source from (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/660959
Published: April 15, 2013

He said the mega project launched by the custodian of the two Holy Mosques, King Abdullah, in November 2011 was meant to provide the pilgrims with a safer, easier and faster means of performing the haj.

He pointed out that the project was part of many projects by the Saudi government as a gift to Muslims all over the world, like the projects such as the development of the Jamrat (haj ritual of stoning the devil area), train services between Mina, Mudzalifah and Arafat during the haj season and the development in the King Abdulaziz International Airports in Jeddah.

"No pilgrim will be taxed for the expansion project. The cost borne by the pilgrims are for the services provided by the organisations entrusted by the respective government to manage the pilgrimage with the co-operation of the Saudi Ministry of Haj," he told the Malaysian media team when met at his office in Makkah, Saturday.

The SR80 billion (RM66 billion) project, considered as the largest expansion projects throughght the history of Masjidil Haram, was expected to triple its capability to accommodate the pilgrims when completed.

The six-year project is divided into three phases, where construction work can only be carried out for eight months each year, while for the remaining four months, work is halted temporarily to make way for the haj season.

Some local media earlier reported that the total area of the existing Masjidil Haram is 356,000 sq. meters accommodating some 770,000 worshippers while the new expansion covering an area of 456,000 sq. meters will accommodate 1.2 million faithfuls.

Osama said other than the development within the Holy Mosque area to accommodate some 1.6 million pilgrims, the expansion project will also see the development of exterior areas such as rest rooms, tunnels, and other services to facilitate a steady flow of pilgrims.

Meanwhile, commenting on the role of Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia, he said the government-linked company is the best example of how a pilgrim fund management board should operate.

He said that at an international symposium about educating the pilgrims a few years ago, when he was the Dean of the Two Custodian of the Holy Mosque Research Facility, he had cited TH as one of the best examples of an organisation to be emulated by the pilgrims fund management board from countries all over the world.

He said when he visited Malaysia in 1996, he was so impressed with the work done in educating the pilgrims, such as courses about tawaf by setting up a mock replica of the Kaabah, classes on how to wear ihram, and others.

Last Wednesday TH CEO Datuk Ismee Ismail was reported as saying that TH's fee for Malaysians performing the Haj pilgrimage this year would be maintained at RM9,980 per pilgrim although costs have risen.

--BERNAMA

Datuk Bandar Mekah: Pembesaran Masjidil Haram tingkatkan keselesaan jemaah

MEKAH - Projek pembesaran Masjidil Haram yang sedang dilaksanakan secara besar-besaran tidak akan meningkatkan kos menunaikan ibadah haji, kata Datuk bandar Makkah Dr Osama Fadhel Al-Bar.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/global/datuk-bandar-mekah-pembesaran-masjidil-haram-tingkatkan-keselesaan-jemaah-1.149904
Published: April 15, 2013

Beliau berkata projek mega itu, yang dilancarkan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah pada Nov 2011, semata-mata bertujuan untuk memastikan jemaah dapat menunaikan ibadah haji dengan lebih selesa, selamat dan mudah.

Katanya projek itu adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan kerajaan Arab Saudi sebagai hadiah kepada umat Islam dari seluruh dunia, selain projek pembangunan kemudahan Jamrat, perkhidmatan tren antara Mina, Muzdalifah dan Arafah dan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

"Jemaah tidak akan dikenakan cukai berikutan pelaksanaan projek pembesaran ini. Kos yang dikenakan terhadap jemaah hanyalah bagi perkhidmatan yang disediakan organisasi yang diamanahkan kerajaan masing-masing untuk mengurus keperluan mereka dengan kerjasama Kementerian Haji Arab Saudi," kata Dr Osama kepada sekumpulan wartawan Malaysia yang mengunjungi pejabatnya di sini pada Sabtu.

Projek bernilai SR80 bilion itu dianggap projek pembesaran terbesar dalam sejarah Masjidil Haram, dijangka meningkatkan kemampuannya untuk menampung keperluan jemaaah tiga kali ganda daripada yang ada sekarang apabila disiapkan kelak.

Projek selama enam tahun itu dibahagi kepada tiga fasa, dengan setiap tahun, kerja pembinaan hanya dapat dilaksanakan selama lapan bulan kerana dalam empat bulan lagi, kerja terpaksa ditangguhkan sempena musim haji.

Sebelum ini, beberapa media tempatan melaporkan bahawa keseluruhan keluasan Masjidil Haram adalah 356,000 meter persegi dan mampu menampung keperluan lebih kurang 770,000 jemaaah, manakala projek pembesaran yang meliputi kawasan seluas 456,000 meter persegi ini akan dapat menampung keperluan 1.2 juta jemaah haji apabila siap sepenuhnya kelak.

Dr Osama berkata di samping pembinaan di dalam kawasan Masjidil Haram untuk memenuhi keperluan kira-kira 1.6 juta jemaah, projek pembesaran ini juga akan melibatkan pembangunan kawasan luar masjid itu seperti dewan rehat, terowong dan kemudahan lain untuk memudahkan pergerakan jemaah.

Mengulas peranan Lembaga Tabung Haji (TH), beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan itu menjadi contoh terbaik tentang bagaimana sebuah lembaga urusan tabung haji sepatutnya beroperasi.

Kata Dr Osama, dalam ucapannya pada satu simposium antarabangsa tentang usaha mendidik jemaah haji ketika beliau menyandang jawatan Dekan Penyelidikan Penjaga Kemudahan Dua Masjid Suci, beliau menyebut TH sebagai antara contoh organisasi terbaik yang patut dijadikan contoh oleh negara dari seluruh dunia dalam mengurus keperluan jemaah haji.

Dr Osama berkata ketika mengunjungi Malaysia pada 1996, beliau kagum dengan usaha yang dilaksanakan untuk mendidik bakal jemaah seperti kursus mengerjakan tawaf yang menggunakan replika Kaabah, kelas bimbingan cara memakai ihram dan sebagainya.

Rabu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail dilaporkan berkata kos yang dikenakan TH terhadap rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tahun kini dikekalkan pada RM9,980 seorang, walaupun kos sebenarnya meningkat.- Bernama

Sunday, April 14, 2013

TH Rents 11 Buildings For Haj Season This Year

MECCA, April 14 (Bernama) -- The Pilgrims Fund Board (Tabung Haji (TH)) has rented 11 buildings to accommodate 28,000 Malaysian haj pilgrims for this year's haj season, with each building located not more than one kilometre away from the Grand Mosque here.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=941892
Published: April 14, 2013

TH chairman Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor said the effort to rent the buildings in close vicinity of the Grand Mosque was indeed challenging, but with determination of TH staff and the good relationship that existed between TH and the Saudi government enabled it to become a reality.

He said TH had to rent new buildings for this year's haj season because some of the buildings rented by TH in the previous haj season had been demolished by the Saudi Arabian authority to make way for the expansion of the Grand Mosque and the holy city of Mecca.

At the same time, TH has also been planning to rent larger buildings that can accommodate more pilgrims to ease the pilgrim management process for the TH staff, but it all depends on the availability, he told a press conference in Mecca.

Abi Musa is here to monitor the development of TH operation for this year's haj season. Last Wednesday, he held a meeting with the Saudi Arabian Haj Ministry to discuss their preparations.

He said ongoing expansion project around the Grand Mosque would probably cause some inconveniences to the haj pilgrims from all over the world, including Malaysia as well.

However, all pilgrims were advised to show a little understanding of the situation as the project was implemented to make haj pilgrimage more comfortable for the pilgrims in the future, he said.

Abi Musa said the Saudi government had instructed the expansion works to be stopped for four months from the beginning of Ramadan to make way for the haj season.

The expansion project was launched by the King of Saudi Arabia King Abdullah bin Abdul Aziz in August 2011 involving a cost of SR80 billion (RM66 billion) and it is the largest expansion project ever implemented in the Grand Mosque's history.

Abi Musa said like any other countries, Malaysia had requested for the haj quota to be increased, but the Saudi Arabian government was firm in its decision as various aspects must be taken into account, especially pilgrims' safety and comfort, as well as its own capability to manage the pilgrims, who numbered almost four million.

At present, all countries are given a quota of one percent of their population. Since Malaysia has 28 million people, the Saudi government only allows 28,000 people to perform haj.

Meanwhile, Abi Musa advised Malaysians preparing for the haj pilgrimage to deal only with TH-appointed agencies to avert from being cheated.

He said this was because cheating cases involving haj pilgrims continued to be reported each year even though the list of the licensed agencies could easily be obtained on TH website and had also been advertised in local newspapers.

This year, he said TH had granted the licence to manage haj pilgrims to 20 agencies and their performance would be monitored closely to ensure that they would practice what they preached.

He called on haj pilgrims to make thorough preparation and take extra precautions as a very hot weather condition was expected during the haj season this year.

--BERNAMA

TH sewa 11 bangunan untuk musim haji tahun ini

MAKKAH, 14 April — Lembaga Tabung Haji (TH) menyewa 11 bangunan di sekitar Kota Mekah untuk menampung keperluan penginapan kira-kira 28,000 jemaah haji Malaysia pada musim haji Sept/Okt nanti, dengan semua penempatan terletak dalam jarak tidak lebih daripada 1km dari Masjidil Haram.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/THsewa11bangunanbaru/Article
Published: April 15, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/th-sewa-11-bangunan-untuk-musim-haji-tahun-ini/
Published: April 14, 2013


Pengerusinya Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor berkata usaha mendapatkan lokasi semua bangunan dalam lingkungan jarak itu sememangnya amat mencabar, namun usaha gigih petugas TH dengan kerjasama baik pihak Arab Saudi membolehkan ia menjadi kenyataan.

Katanya TH perlu mencari beberapa bangunan baharu pada musim haji ini kerana ada bangunan-bangunan yang pernah disewa pada musim haji lepas telah dirobohkan pihak berkuasa Arab Saudi untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan projek perluasan ruang Masjidil Haram dan Kota Makkah.

Dalam satu persidangan media di sini beliau berkata, TH sememangnya berhasrat untuk mencari bangunan-bangunan besar yang boleh memuatkan lebih ramai jemaah haji di satu tempat bagi memudahkan aspek pengurusan jemaah dan juga petugas, namun ia bergantung kepada penawaran.

Abi Musa berada di sini untuk lawatan kerja bagi meninjau perkembangan operasi TH buat musim ini, dan Rabu lepas beliau mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Haji Arab Saudi untuk membincangkan persediaannya.

Beliau berkata pelaksanaan projek perluasan ruang sekitar Masjidil Haram dan kawasan sekelilingnya yang pesat ketika ini mungkin akan memberi kesan terhadap keselesaan jemaah haji dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia, dan semua jemaah diminta faham dengan keadaan itu.

Menurutnya Arab Saudi turut mengarahkan supaya semua kerja-kerja pembinaan itu dihentikan selama empat bulan mulai Ramadan nanti, untuk memberi laluan kepada urusan ibadat haji demi keselesaan jemaah, dan semua pihak harus faham bahawa apa yang dilakukan kerajaan Arab Saudi adalah untuk keselesaan jemaah haji pada masa akan datang.

Projek perluasan Masjidil Haram dilancarkan Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz pada Ogos 2011 yang membabitkan kos kira-kira SR80 bilion (Saudi Riyal), projek perluasan yang terbesar dalam sejarah tempat suci itu.

Abi Musa berkata Malaysia sama seperti negara-negara Islam yang lain setiap tahun, memohon supaya kuota haji dinaikkan, namun kerajaan Arab Saudi perlu bertegas mengenai perkara itu, kerana mengambil kira banyak aspek, termasuk soal keselesaan dan keselamatan jemaah haji, di samping kemampuan pengurusannya dalam mengurus jumlah jemaah yang ramai.

Kerajaan Arab Saudi ketika ini menetapkan kuota hanya satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara yang dibenarkan untuk mengerjakan ibadah haji setiap tahun, yang menyaksikan kira-kira 28,000 jemaah haji dari Malaysia menunaikan ibadah itu tahun lepas, dengan jumlah jemaah dari seluruh dunia yang mengerjakan haji pada tahun itu menjangkau hampir empat juta.

Sementara itu, Abi Musa menasihatkan para jemaah yang ingin mengerjakan haji supaya hanya berurusan dengan agensi-agensi yang diberi lesen oleh TH bagi mengelak daripada ditipu agensi-agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya perkara ini dibangkitkan beliau kerana setiap tahun ada sahaja kes-kes membabitkan jemaah yang tertipu, sedangkan menurutnya senarai agensi yang berlesen untuk urusan pakej haji boleh didapati dari laman web TH, di samping sudah diiklankan di akhbar-akhbar untuk kemudahan orang ramai memeriksanya.

Beliau berkata tahun ini TH memberi lesen kepada 20 agensi untuk menguruskan pakej-pakej haji, dan TH sentiasa memantau prestasi mereka bagi memastikan mereka memberikan perkhidmatan terbaik sebagaimana yang dijanjikan.

Abi Musa seterusnya meminta agar para jemaah haji membuat persiapan secukupnya dan persediaan lebih rapi tahun ini kerana menurutnya musim haji pada tahun ini dan juga beberapa tahun akan datang, berada dalam waktu keadaan cuaca amat panas di Arab Saudi. – Bernama

Friday, April 12, 2013

Haj Fee Maintained Although Costs Up - Ismee

JEDDAH, April 11 (Bernama) -- Tabung Haji's (TH) fee for Malaysians performing the Haj pilgrimage this year will be maintained at RM9,980 per pilgrim although costs have risen, said its managing director and chief effective officer Datuk Ismee Ismail.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=941348
Published: April 12, 2013

He said TH was expected to subsidise each pilgrim to the amount of RM5,575 this year as compared to RM5,100 last year to maintain last year's rate of RM9,980.

He said expansion projects around the Grand Mosque in Mecca had forced TH to rent several new buildings to accommodate Malaysian pilgrims, which led to the rise in costs.

The expansion resulted in several buildings, some of them rented by TH, to be demolished, leading to a shortage of accommodation facilities and thus increase in rental rates, he told Malaysian journalists after participating in a meeting between TH and Saudi Arabia's Haj Ministry here Wednesday.

However, he did not expect Malaysian pilgrims to face any accommodation problems this coming Haj season.

-- BERNAMA 

Bayaran Haji Kekal Walaupun Kos Sebenar Meningkat

JEDDAH, 11 April (Bernama) -- Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Ismee Ismail menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tambanghajikekal/Article
Published: April 12, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=941146
Published: April 12, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bayaran-haji-kekal-walaupun-kos-sebenar-meningkat/
Published: April 12, 2013


Beliau berkata pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu, sekali gus meningkatkan kos sebenar haji.

Katanya selaras dengan pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah di musim haji lepas, sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan dan lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu.

Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini, Rabu.

Ismee berkata soal penginapan para jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.

Beliau berkata biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Air.

Difahamkan ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua jemaah yang berkenaan, dan mereka sudah mula menghadiri kursus-kursus asas haji.

-- BERNAMA

Kos sebenar haji dijangka bertambah

JEDDAH, 11 April — Kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat lagi, selaras dengan pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah, yang menyaksikan pihak Lembaga Tabung Haji (TH) terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu.

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kos-sebenar-haji-dijangka-bertambah/
Published: April 12, 2013


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail berkata ekoran pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah di musim haji lepas, sudah dirobohkan, menjadikan bangunan

yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan.

Beliau berkata lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu terus bertambah, sekali gus meningkatkan lagi kos sebenar pengurusan bagi tiap seorang jemaah.

Beliau menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini, Rabu.

Ismee berkata soal penginapan para jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.

Beliau berkata biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu penerbangan Malaysia dan Saudi Air.

Difahamkan ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua jemaah yang berkenaan, dan mereka sudah mula melaksanakan latihan untuk melicinkan urusan ibadah haji. – Bernama

Tabung Haji Mula Bincang Dengan Kementerian Haji Arab Saudi

JEDDAH, 11 April (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan perbincangan dengan Kementerian Haji Arab Saudi pada Rabu untuk mendapatkan maklumat mengenai segala peraturan terkini dan persediaan awal yang perlu dilaksanakan bagi musim haji tahun ini, demi keselesaan jemaah.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=941105
Published: April 12, 2013

Pengerusinya Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor berkata pihaknya tidak melihat sebarang masalah atau isu besar berhubung peraturan baharu yang dikemukakan dalam perbincangan tahunan itu.

Menurutnya antara yang dibangkitkan dalam perjumpaan itu soal berkaitan pendaftaran penginapan para jemaah, penghantaran air zam-zam, ibadah korban serta pembayaran dam.

"Kita akur dengan beberapa peraturan baharu kerajaan Arab Saudi selaras dengan projek pembangunan itu, mungkin ia akan beri kesan kepada perjalanan haji nanti, tapi pada pandangan saya ia boleh dilaksanakan tanpa banyak masalah dengan kerjasama semua pihak," katanya kepada pemberita pada persidangan media di sini semalam.

Abi mengetuai pasukan TH manakala pasukan daripada Kementerian Haji Arab Saudi diwakili oleh Pengerusi Muasassah Asia Tenggara Tan Sri Sheikh Zuhair Abdul Hamid Sadayu dalam perbincangan itu.

Perbincangan tahunan itu berlangsung kira-kira 40 minit di pejabat kementerian berkenaan di sini, dan menurut Abi ia berlangsung dalam suasana mesra selaras dengan kerjasama baik dan hubungan akrab antara TH dengan pihak kementerian itu.

Sementara itu menerusi penterjemah, Sheikh Zuhair pada persidangan media yang sama berkata projek pembesaran Masjidil Haram membabitkan tiga fasa, dengan fasa pertama dijadual selesai pada bulan Ramadan.

Beliau berkata keseluruhan projek mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan, namun menurutnya kerajaan Arab Saudi sedang berusaha melaksanakannya dengan gigih, dan menjangka ia mungkin dapat disiapkan dalam tempoh lapan tahun.

Merujuk kepada TH pula Sheikh Zuhair berkata hubungan baik antara Kementerian Haji Arab Saudi dan Tabung Haji sudah terjalin sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Katanya beliau berharap semua negara Islam memiliki badan seperti Tabung Haji yang dapat menguruskan perjalanan jemaah semasa mengerjakan haji dengan begitu baik, teratur dan lancar sekali.

-- BERNAMA

Thursday, April 11, 2013

M'sian funds buy two London property assets - LTH

KUALA LUMPUR: In the latest foray of Malaysian funds into the prime London property market, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) or Retirement Fund Inc and Lembaga Tabung Haji (LTH) have bought into trophy office building 88 Wood Street, London EC2 and 151 Buckingham Palace Road, respectively, sources said.

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/11/business/12955601&sec=business
Published: April 11, 2013



Both are 2nd purchases by KWAP and LTH, having entered UK last year

KWAP bought the Richard Rogers-designed skyscraper a few days ago from the National Pension Service of Korea for £200mil (RM927.11mil), reflecting a 5.8% yield.

It is understood that KWAP had been advised by CBRE Global Investors and RREEF. The 18-storey structure is tenanted by Mitsubishi, Hewlett Packard, Collins Stewart and National Australia Bank.

Pilgrim fund LTH, meanwhile, bought government building 151 Buckingham Place last month from vendor Ivanhoe Cambridge for £205mil, providing the fund with a yield of just under 7%.

Ivanhoe Cambridge is the real estate subsidiary of Caisse de dpt et placement du Qubec, one of Canada's leading institutional fund managers.

According to a government buildings website, 151 Buckingham Palace Road is tenanted by the Department of Health and its regulatory agency. CBRE is understood to be Ivanhoe Cambridge's adviser.

Both are second purchases by KWAP and LTH, having entered the London property market last year. KWAP bought 10 Gresham Street while LTH purchased office building 10 Queen Street Place in 2012 (see table).

Malaysian funds and its corporate sector have continued to show a strong interest in prime London assets for their rental yield.

The previous purchase so far this year was by the Employees Provident Fund (EPF), which forked out £700mil for 12 property assets under the Spire Healthcare group.

Malaysian pension and retirement funds have invested about £3.3bil (US$4.3bil) in London property assets from 2009 to date. Including purchases by the private corporate sector and government-linked companies, this would amount to nearly £4bil since 2009.

A report by Wall Street Journal (WSJ) yesterday said Malaysian funds “have taken over the country's hotel, office and retail properties since 2010, beating even China into second place”. The report quoted real estate specialist Jones Lang LaSalle Singapore's Chris Hahn, the director of Asia-Pacific Capital Markets.

Among the biggest investors in British properties are state-owned asset manager Permodalan Nasional Bhd, the EPF, KWAP and LTH.

“From an institutional point of view, the important thing for them is to have tenants that are not much to manage and who are secure it's like buying a government bond,” Hahn was quoted as saying.

Malaysian investors are fond of long-term tenancies that are typically renewed every 10 years, which make it more attractive for passive landlords compared to domestically where the leases are usually signed for three years, according to Hahn.

“For institutional investors, that's quite high-risk,” Hahn was quoted as saying.

The outflow of Malaysian funds, however, may hide a more pressing issue at home, the WSJ suggested, pointing to concerns by analysts over the oversupply of office space in Kuala Lumpur and low rents.

The daily noted that while the state funds were not “deserting Malaysia en masse”, they might have good reason to start spreading their money elsewhere.

The customary three-year leases signed now are not mandatory under Malaysian law, WSJ reported.

TH Plantations proposes 1-for-5 bonus issue

PETALING JAYA (April 11, 2013): TH Plantations Bhd has proposed a one-for-five bonus issue to reward existing shareholders, enhance the liquidity of its shares on Bursa Malaysia and boost its share base to better reflect the size of operations of the group.

Source from (Business Times): http://www.thesundaily.my/news/658907
Published: April 11, 2013

Source from (The Sun Daily): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20130411005415/Article/index_html
Published: April 11, 2013

n a filing with Bursa Malaysia yesterday, TH Plantations said up to 149.73 million new shares of 50 sen apiece would be issued pursuant to the exercise that would enlarge its share base by 23% to 898.38 million shares worth RM449.19 million from 728.36 million worth RM364.18 million.

The entitlement date of the proposed bonus issue is to be determined and announced later upon receipt of all relevant approvals.

The proposed bonus issue, which slated to complete by the second quarter of 2013, is expected to dilute its net asset per share to RM1.28 from RM1.54.

Shares of TH Plantations closed up 12 sen at RM2.28 yesterday.

Thursday, April 4, 2013

Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan Lebih RM827 Ribu Kepada Tabung Baitulmal Sarawak

KUCHING, 3 April (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) Rabu menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM827,156.60 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=939222
Published: April 04, 2013

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamaruddin Mat Ali menyampaikan zakat itu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu majlis di Pejabat Ketua Menteri, di Petra Jaya.

Menurut kenyataan TH, pengagihan zakat itu adalah sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatannya untuk tahun kewangan 2012.

"Jumlah zakat Sarawak bagi tahun 2012 meningkat sebanyak lima peratus berbanding RM787,519.00 bagi tahun 2011," menurut kenyataan TH.

Kenyataan itu juga menyebut jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2012 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak RM41.2 juta.

Sarawak merupakan negeri pertama menerima pembayaran zakat TH tahun ini.

-- BERNAMA

Wednesday, April 3, 2013

THHE Secures RM196 Million Contract Via Subsidiary

KUALA LUMPUR, April 2 (Bernama) -- TH Heavy Engineering Bhd's (THHE) subsidiary, THHE Fabricators Sdn Bhd, has secured a RM196 million engineering, procurement, construction and commissioning contract from Murphy Sarawak Oil Company Ltd.

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/3/business/12919769&sec=business
Published: April 04, 2013

Source from (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/651477
Published: April 04, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bu/newsbusiness.php?id=938891
Published: April 04, 2013

In a filing to Bursa Malaysia on Tuesday, the company said it received a letter of award for the engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC) for Permas Production (PR-PA) topsides at Murphy Sarawak Oil's SK311 Permas development contract.

The EPCC contract will be undertaken by THHE's subsidiary, THHE Fabricators Sdn Bhd. The platform is approximately 95km offshore Bintulu, Sarawak.

The contract is a one-off contract and is scheduled to be complete within approximately 16 months, it said.

“The contract is expect to contribute positively to the earnings and net assets per share of THHE for the financial year ending Dec 31, 2013 and 2014 respectively,” THHE said.

The company said the risks pertaining to the contract include the availability of skilled manpower and materials, changes in prices of materials, and changes in political, economic and regulatory conditions.