Thursday, April 4, 2013

BSN sasar 17% peningkatan pinjaman keseluruhan tahun ini

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan pertumbuhan pinjaman keseluruhan sebanyak 17 peratus pada 2013, sedikit lebih rendah daripada tahun lepas, kata Timbalan Ketua Eksekutif (Perbankan Runcit) Winston E. Jeyaprakash.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bsn-sasar-17-peningkatan-pinjaman-keseluruhan-tahun-ini-1.145788
Published: April 04, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=939238
Published: April 04, 2013

"Kami meramalkan cabaran dalam pasaran. Terdapat juga panduan pinjaman Bank negara yang harus kita patuhi. Oleh sebab itulah kami menyasarkan pertumbuhan pinjaman yang lebih rendah iaitu 17 peratus," tambah beliau.

Beliau berkata jumlah pinjaman tahun lepas tumbuh 21 peratus kepada RM2 bilion.

"Pinjaman peribadi menyumbang RM1.3 bilion, cagaran RM650 juta dan kewangan makro kira-kira RM100 juta," kata Winston kepada Bernama.

BSN setakat ini adalah pemberi pinjaman kewangan mikro terbesar di negara ini dengan lebih lapan juta pelanggan di seluruh negara.

Sementara itu, Winston berkata kempen terbaharu BSN untuk mempromosikan produknya adalah amat berjaya.

Kempen sepanjang enam bulan yang membabitkan Kempen Kemas Kini Pelanggan Melalui ATM, Capai Impian Berganda dan Stash your Cash itu berakhir pada 31 Januari dengan seramai satu juta pelanggan mengambil bahagian.

Untuk kempen Stash your Cash sahaja, BSN mencapai deposit antara RM750 juta dan RM800 juta, melepasi sasaran RM400 juta.

Majlis penyampaian hadiah untuk kempen-kempen itu melihat pelanggan terpilih menerima hadiah wang tunai dan produk seperti telefon mudah alih berdasarkan penyertaan mereka.

Acara itu dirasmikan oleh pengerusi BSN yang baru dilantik, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

-- BERNAMA 

BSN expects deposits to hit RM10.5b by year-end

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) expects to grow its deposits to RM10.5 billion by year-end from RM9 billion last year, helped by aggressive campaigns as well as the country's rising affluence and stable economy.

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/BSN3/Article/index_html
Published: April 04, 2013


Its deputy chief executive Winston E. Jeyaprakash said he is confident that the bank's deposits will continue to increase in line with the launch of its new products and services.

He said BSN has been running a number of campaigns since last year, which have contributed significantly towards achieving its target for the segment.

"For example, our 'Stash Your Cash Deposit' campaign that ended in January has managed to secure a total of RM800 million of deposit value, which far exceeded our initial target of RM450 million.

"This shows that the campaign is very successful and we plan to run more such campaigns this year," he said after the prize giving ceremony for BSN product campaigns here yesterday.

Currently, BSN has a customer base of 8.5 million with personal savings and deposits being one of the main contributors to the bank's income, besides loans.

However, he said BSN is targeting a lower loan growth of 17 per cent this year, compared to 21 per cent last year due to several factors, including changes to the core banking system and loan delivery system.

Earlier, BSN chairman Tan Sri Abu Bakar Abdullah graced the prize giving ceremony involving 18 winners for three BSN product campaigns, which ran for a year since January last year.

The three campaigns were "Customer Update Through ATM, Kempen Capai Impian Berganda - Pembiayaaan Perumahan BSN and Stash Your Cash" involving prizes worth more than RM400,000.

BSN sasar peningkatan deposit simpanan RM1.5 bilion tahun ini

Bank Simpanan Nasional (BSN), yakin mencapai peningkatan dalam nilai depositnya RM1.5 bilion tahun ini daripada RM9 bilion jumlah deposit yang dimiliki setakat ini terutama menerusi pengenalan produk dan kempen baru.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNoptimisnilaidepositnaikRM1_5b/Article/index_html
Published: April 04, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130404/ek_03/BSN-sasar-peningkatan-deposit-simpanan-RM15-bilion-tahun-ini
Published: April 04, 2013

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcitnya Winston E Jeya Prakash berkata, berikutan kejayaan kempen dijalankan tahun lalu, pihaknya komited menganjurkan kempen bersepadu meliputi pelbagai produk dan perkhidmatan bank sekali gus merancang memperkenalkan 10 kempen sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, melalui kempen terdahulu seperti ‘Customer Update Through ATM’, Capai Impian Berganda dan Stash Your Cash Deposit (SYCD), pihaknya berjaya menarik penyertaan lebih sejuta pelanggan.

“Setakat ini, kami mempunyai 8.5 juta pelanggan bagi semua segmen dan tahun ini juga kami akan mengadakan kempen untuk segmen deposit, pembiayaan dan pengurusan harta bagi menarik lebih ramai pelanggan serta menawarkan hadiah utama menarik untuk mereka menangi.

“Kami yakin pendeposit akan bertambah terutama dengan pengenalan Perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB) BSN di seluruh negara dan jumlah sekarang menghampiri 4,000 ejen,” katanya pada sidang media di majlis penyampaian Hadiah Kempen Promosi Produk BSN di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir menyampaikan hadiah, Pengerusi BSN Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Ketua Eksekutif BSN Datuk Adinan Maning.

Winston berkata, menerusi kempen Capai Impian Berganda iaitu pembiayaan perumahan BSN, pihaknya melepasi sasaran asal RM400 juta kepada RM950 juta jumlah pembiayaan disalurkan selama enam bulan bagi kempen bermula (Julai hingga Disember 2012). Bagi kempen SYCD, BSN mencapai sasaran RM450 juta deposit dengan peningkatan RM800 juta.

Beliau berkata, bagi kempen tahun ini pihaknya menjanjikan tawaran hadiah lebih lumayan untuk pelanggan antaranya dalam kempen Capai Impian Berganda tahun lalu ialah Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM100,000, RM20,000 dan RM5,000.

Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan Lebih RM827 Ribu Kepada Tabung Baitulmal Sarawak

KUCHING, 3 April (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) Rabu menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM827,156.60 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=939222
Published: April 04, 2013

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamaruddin Mat Ali menyampaikan zakat itu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu majlis di Pejabat Ketua Menteri, di Petra Jaya.

Menurut kenyataan TH, pengagihan zakat itu adalah sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatannya untuk tahun kewangan 2012.

"Jumlah zakat Sarawak bagi tahun 2012 meningkat sebanyak lima peratus berbanding RM787,519.00 bagi tahun 2011," menurut kenyataan TH.

Kenyataan itu juga menyebut jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2012 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak RM41.2 juta.

Sarawak merupakan negeri pertama menerima pembayaran zakat TH tahun ini.

-- BERNAMA

Wednesday, April 3, 2013

THHE Secures RM196 Million Contract Via Subsidiary

KUALA LUMPUR, April 2 (Bernama) -- TH Heavy Engineering Bhd's (THHE) subsidiary, THHE Fabricators Sdn Bhd, has secured a RM196 million engineering, procurement, construction and commissioning contract from Murphy Sarawak Oil Company Ltd.

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/3/business/12919769&sec=business
Published: April 04, 2013

Source from (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/651477
Published: April 04, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bu/newsbusiness.php?id=938891
Published: April 04, 2013

In a filing to Bursa Malaysia on Tuesday, the company said it received a letter of award for the engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC) for Permas Production (PR-PA) topsides at Murphy Sarawak Oil's SK311 Permas development contract.

The EPCC contract will be undertaken by THHE's subsidiary, THHE Fabricators Sdn Bhd. The platform is approximately 95km offshore Bintulu, Sarawak.

The contract is a one-off contract and is scheduled to be complete within approximately 16 months, it said.

“The contract is expect to contribute positively to the earnings and net assets per share of THHE for the financial year ending Dec 31, 2013 and 2014 respectively,” THHE said.

The company said the risks pertaining to the contract include the availability of skilled manpower and materials, changes in prices of materials, and changes in political, economic and regulatory conditions.

Monday, April 1, 2013

Bank Rakyat sumbang peralatan taman permainan di Bera

BERA 26 Mac - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyumbang peralatan taman permainan kanak-kanak bernilai RM84,000 kepada enam tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sekitar daerah ini sempena sambutan ulang tahun keenam Kelab Nuri.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130327/wp_03/Bank-Rakyat-sumbang-peralatan-taman-permainan-di-Bera
Published: April 01, 2013

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Mangsor Saad kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera di dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bera di sini, baru-baru ini.

Mangsor berkata, penubuhan Kelab Nuri merupakan satu inisiatif Bank Rakyat dalam usaha menyokong kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakkan tabiat menabung dan menyimpan mulai daripada usia muda.

"Setiap tahun, sempena ulang tahun kelab ini, bagi menghargai para pendeposit muda, Bank Rakyat memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk, seperti membina taman permainan kanak-kanak pada ulang tahun kedua kelab berkenaan di Zoo Melaka dan ulang tahun ketiga di Menara Alor Setar, Kedah.

"Sempena ulang tahun keenam ini pula, kami menyumbangkan peralatan taman permainan kanak-kanak kepada enam tadika Kemas di daerah ini,'' katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Bank Rakyat itu..

Menurutnya, sejak ditubuhkan sehingga Disember tahun lalu, terdapat 600,000 ahli Kelab Nuri dan jumlah deposit melebihi RM280 juta.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sambutan ulang tahun kelab tersebut sebagai menunjukkan penghargaan kepada para pendeposit muda yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah dan tadika.

''Tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana mampu meningkatkan aspek keyakinan diri,komunikasi dengan rakan sebaya dan seterusnya memelihara kesihatan diri.

''Selain itu, kita berharap ibu bapa dan penjaga bijak menyediakan tabung khas untuk anak-anak mereka menyimpan lebihan duit, berbelanja secara berhemah dan membuka akaun simpanan untuk simpanan jangka panjang," katanya.