KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kecemerlangan Lembaga Tabung Haji
(TH) sebagai pengurus dana Islam terbesar negara menjadi model kepada
organisasi Islam negara luar yang berminat untuk menubuhkan institusi
sama di negara mereka.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/sp/newssports.php?id=956366
Published: Jun 16, 2013
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata
kejayaan itu terbukti dengan kehadiran wakil-wakil kerajaan
antarabangsa yang berminat dengan modul tabungan, pengurusan haji dan
pelaburan yang dilaksanakan TH selama ini.
"Saya banyak menerima ucapan tahniah daripada pemimpin seluruh dunia
yang kagum dengan pencapaian LTH, termasuk daripada kerajaan Arab Saudi
yang sering memuji dalam setiap perjumpaan," katanya semasa merasmikan
Majlis Jalinan Emas TH sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun organisasi
itu di sini, Sabtu malam.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri
Abdul Wahid Omar, Pengerusi TH Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Paduka
Ismee Ismail.
eliau juga menyifatkan kerajaan telah mengambil keputusan tepat dengan
menubuhkan sebuah organisasi khusus untuk membantu umat Islam menabung
mengikut syariah dan menjamin status ekonomi mereka tidak terjejas
dengan penjualan harta benda bagi mendapatkan wang halal bagi menunaikan
rukun Islam kelima itu.
Jamil Khir turut menasihatkan warga TH untuk terus memelihara dan
memperkasakan badan itu supaya dapat mengekalkan prestasi yang
membanggakan itu.
Pada majlis itu, Jamil Khir turut melancarkan logo baharu TH dan kapsul
masa Jubli Emas yang mengandungi amanat beliau, Abi Musa Asa'ari dan
Ismee kepadabarisan kepimpinan, pengurusan dan anggota TH pada 2038.
Seramai sembilan pekerja TH menerima Anugerah Khidmat Cemerlang yang disampaikan oleh Ismee.
-- BERNAMA
Sunday, June 16, 2013
Bank Negara Wants More Banks To Join Agent Banking Programme - BSN
KUALA KRAI, June 14 (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) wants more
financial institutions to participate in the agent banking programme
which will benefit those living in rural areas where it was difficult to
enjoy banking services.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bu/newsbusiness.php?id=956212
Published: Jun 16, 2013
Its director of development financial and enterprise department, Kamari Zaman Juhari, said since its introduction in 2010, only three banking groups -- Malayan Banking, RHB Bank and Bank Simpanan Nasional (BSN) -- had participated in the programme.
"We want to encourage more banks to join and now many of them have shown interest.
"An institution will undertake a detailed study before deciding to participate in the programme which has received an encouraging response from those living in the rural areas," he told reporters after officiating BSN's two-day community programme here today.
Also present were BSN's senior vice-president/head of community business department, Azaddin Ngah Tasir.
Kamari Zaman said at end-April this year, the banks had appointed over 4,000 agents like Pos Malaysia Bhd, petrol stations, sundry shops and telecommunication companies' agents, involving transactions of over RM760 million.
"Since the introduction of this service, over 86 per cent of the districts in the country have access to the banking services compaerd with only 46 per cent at end-2011.
He said Maybank, CIMB and Public Bank cooperated with telecommunication companies early this year to offer MyMobile service to mobile phone users.
"About 100,000 users are using the service involving RM4.2 million in transactions," he said.
Meanwhile, Azaddin said BSN has over 4,000 registered bank agents nationwide handling over 6.5 million transactions worth RM580 million
He said the registered bank agent service was an innovative service offered by BSN to help those in the rural areas which had no banking services.

BNM Mahu Galakkan Lebih Banyak Institusi Kewangan Sertai Perbankan Ejen - BSN
KUALA KRAI, 14 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mahu lebih
banyak institusi kewangan di negara ini menyertai program perbankan ejen
yang banyak memberi kebaikan, terutama kepada penduduk yang tinggal di
pedalaman dan sukar mendapatkan perkhidmatan bank.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=956213
Published: Jun 16, 2013
Pengarah Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterpris BNM Kamari Zaman Juhari berkata sejak diperkenalkan pada 2010, hanya tiga institusi kewangan - Maybank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) - mengambil bahagian dalam menyediakan perbankan ejen.
"Kita mahu menggalakkan lebih banyak lagi bank-bank menyertainya, dan kini sudah pun ada beberapa institusi kewangan lain yang telah menyatakan minat masing-masing.
"Beberapa kajian lengkap akan dilakukan terlebih dahulu sebelum institusi kewangan itu menyertai perbankan ejen, yang mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk, terutama di pedalaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program BSN Bersama Komuniti di Kampung Kemubu, Dabong di sini Jumaat.
Turut hadir pada program selama dua hari itu Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Perniagaan Komuniti BSN Azaddin Ngah Tasir.
Kamari Zaman berkata pada akhir April lepas, sebanyak 4,255 ejen dilantik oleh institusi kewangan yang menyertainya, seperti Pos Malaysia Berhad, stesen minyak, kedai runcit dan kedai ejen telekomunikasi, dengan jumlah transaksinya kini melebihi 5 juta orang bernilai lebih RM760 juta.
"Sejak perbankan ejen ini diperkenalkan, lebih 86 peratus dari jumlah mukim di Malaysia (721 daripada 837 mukim) kini mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan asas berbanding hanya 46 peratus pada akhir 2011. Ini adalah suatu pencapaian yang amat memberangsangkan," katanya.
Beliau berkata Maybank, CIMB dan Public Bank juga menjalin kerjasama kerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi bagi menyediakan perkhidmatan MyMobile yang baharu diperkenalkan pada awal tahun ini bagi pengguna telefon bimbit.
"Sejak diperkenalkan, seramai 103,000 pengguna menggunakan kemudahan MyMobile ini dengan nilai transaksi sebanyak RM4.2 juta.
"Mereka boleh melakukan transaksi perbankan seperti pertanyaan baki, pemindahan dana, pembayaran bil dan menambah nilai prabayar telefon menerusi khidmat pesanan ringkas," katanya.
Sementara itu, Azaddin berkata BSN kini mempunyai 4,055 ejen bank berdaftar (EBB) di seluruh negara yang telah mencatat bilangan transaksi melebihi 6.5 juta dengan nilai mencecah lebih RM580 juta.
"Perkhidmatan EBB di Kelantan mencatat jumlah transaksi melebihi 400,000 dengan nilai urusan berjumlah lebih RM39 juta. Pada masa ini sejumlah 41 daripada keseluruhan 42 mukim berdaftar di Kelantan mempunyai 311 ejen BSN dan angka ini dijangka meningkat kepada 326 ejen pada penghujung tahun ini," katanya.
Azaddin berkata perkhidmatan EBB itu merupakan idea dan usaha inovatif BSN dalam menawarkan kemudahan perbankan kepada pelanggan, terutama di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai perkhidmatan bank.
"Melalui perkhidmatan ini rakyat Malaysia dapat menjimatkan masa untuk menjalankan urusan perbankan memandangkan ejen EBB BSN beroperasi di kedai-kedai berdekatan kawasan tempat tinggal seperti kedai runcit, kedai ejen telekomunikasi dan lain-lain.
"Di samping itu juga waktu operasi BSN lebih fleksibel dan lebih panjang iaitu dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, dengan setiap transaksi yang dilakukan adalah secara atas talian dan dalam masa nyata," katanya.

Bsn Catat RM 561 Juta Transaksi Melalui EBB
Seri Kembangan, 8 Jun 2013 - Syarikat Caddy Resources
dari Negeri Sembilan dan Hong Leong Trading dari Johor telah dinobatkan
sebagai dua pemenang utama pada Malam Anugerah EBB BSN 2012 di Hotel
Palace of the Golden Horses malam tadi.
Source from (BSN - Officil Website): http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=273
Published: Jun 16, 2013
Ejen cemerlang diberi penghargaan di Malam Anugerah EBB 2012
Caddy Resources dianugerahkan Ejen Terbaik Peringkat Nasional manakala Hong Leong Trading telah menerima anugerah Ejen Terbaik Peringkat Negeri dalam Majlis anugerah yang sama. Anugerah telah disampaikan oleh Y.B Datuk Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan dan turut dihadiri oleh Tan Sri Abu Bakar Hj Abdullah, Pengerusi BSN dan Datuk Adinan Maniung, Ketua Eksekutif BSN.
Majlis yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk menghargai komitmen dan kesungguhan EBB BSN yang merekodkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2012.
Seramai 13 EBB telah dianugerahkan dengan penghargaan berdasarkan pencapaian prestasi yang meliputi dua kategori iaitu Ejen Terbaik Peringkat Negeri dan Ejen Terbaik Peringkat Nasional.
Seramai 100 orang EBB yang mencatatkan prestasi yang membanggakan juga hadir untuk diraikan.
Menurut Datuk Haji Ahmad Maslan “Perkhidmatan EBB merupakan salah satu inisiatif yang menyokong agenda rangkuman kewangan bagi memastikan kemudahan perbankan asas untuk penduduk di luar Bandar dan pedalaman diutamakan”.
Semenjak diperkenalkan pada tahun awal tahun 2012 sehingga April 2013, bilangan EBB telah mencecah 4,044 dengan rekod bilangan transaksi sebanyak 6.32juta urusan dengan nilai mencecah lebih RM561 juta.
Program EBB ini telah dilancarkan pada pada 27 Januari 2012 dengan permulaan 200 ejen yang menawarkan lima jenis urusan perbankan asas BSN iaitu Bayaran Bil, Deposit Tunai, Pengeluaran, Pembelian Sijil Simpanan Premium (eSSP) dan Pembelian Tanpa Tunai.
Selain menyediakan perkhidmatan perbankan kepada komuniti masing-masing, inisiatif EBB ini turut memberi peluang kepada para peruncit untuk menjana pendapatan sendiri melalui transaksi yang dibuat oleh pelanggan.
Malam Anugerah tersebut turut menyaksikan Salasiah Binti Ripin dari Pahang diumumkan sebagai pemenang tempat kedua, K.K Pertama Enterprise dari Melaka tempat ketiga manakala Syarikat Perusahaan Salda dari Sarawak mendapat tempat keempat. Kesemuanya merupakan pemenang bagi kategori Ejen Terbaik Peringkat Nasional.
Kategori Ejen Terbaik Peringkat Negeri pula telah mengumumkan 12 pemenang di bawah kategori ini dan mereka adalah; VC Murni Service Station, GJ Mart Sdn Bhd, K.K Pertama Enterprise, F&E Communication Sdn Bhd, Salasiah Binti Ripin, Seong Yik (Kedai Runcit), M&L Mini Market, Syarikat Perusahaan Salda, Ikobana.Com.Sdn.Bhd dan Stesen Minyak Petronas Norliza Borhan.
Selain daripada menghargai usaha, komitmen dan prestasi cemerlang para ejen, Malam Anugerah EBB 2012 ini turut diadakan untuk menyuntik semangat setiap ejen untuk terus menyokong perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB) ini bagi kemudahan komuniti masing-masing.

Hutang isi rumah meningkat - BSN
PONTIAN 15 Jun - Pinjaman perumahan dan kenderaan serta penggunaan kad kredit membuatkan golongan berpendapatan rendah dan penjawat awam negara ini berada dalam nisbah hutang lebih tinggi, sekali gus meningkatkan bebanan isi rumah.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130616/dn_05/Hutang-isi-rumah-meningkat
Published: Jun 16, 2013
Ahmad Maslan mengisi borang pembukaan akaun Bank Simpanan Nasional
pada Program Kesedaran dan Pendidikan Kewangan bersama Bank Negara Malaysia
di Benut, Pontian, Johor.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, hutang isi rumah yang kini mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu turut disumbangkan oleh hutang berpanjangan golongan berpendapatan bawah RM3,000 yang meminjam daripada institusi bukan bank seperti koperasi.
"Walaupun belum sampai ke tahap kritikal, usaha sedang dilakukan bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui kesedaran dan pendidikan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) yang diusahakan Bank Negara.
"Amalan gaya hidup mewah bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi negara lain, namun kerajaan melakukan pencegahan sebelum bertambah parah kerana ramai berbuat demikian walaupun mengetahui kemampuan kewangan mereka terbatas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran dan Pendidikan Kewangan, Kaunter Bergerak BNMLINK yang diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian di Dewan Serbaguna Benut di sini hari ini.
Yang turut hadir, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahya dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, trend gaya hidup mewah membimbangkan kerana ramai sanggup berhutang bagi mendapatkan sesuatu yang diminati seperti telefon bimbit, beg tangan, pakaian berjenama dan kenderaan mewah.
"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberikan khidmat kaunseling kepada 219,995 individu sejak 2007 dengan 89,450 kes dibawa kepada Program Pengurusan Hutang. Ini menunjukkan mereka boleh mengawal tetapi terperangkap dengan gaya hidup," katanya.
Dalam perkembangan lain, isu harga rumah yang tinggi akan dibangkitkan dalam perbincangan Bajet 2014 pada minggu hadapan melibatkan beberapa perkara seperti kos bahan binaan dan infrastruktur yang ditanggung oleh pemaju sehingga mendakwa tidak mendapat banyak keuntungan.

Tasputra Perkim akan dipertahankan
KUALA LUMPUR 9 Jun - Tanah yang menempatkan pusat jagaan untuk kanak-kanak kurang upaya, Tasputra Perkim, Jalan Ampang Hilir, di sini akan dipertahankan daripada diambil semula oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130610/wk_02/Tasputra-Perkim-akan-dipertahankan
Published: Jun 16, 2013
Johari Abdul Ghani (dua dari kanan) dan Fauziah Idris beramah mesra
dengan kanak-kanak kurang upaya ketika menghadiri program jualan
amal anjuran Exim Bank di Tasputra Perkim, Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, beliau akan berusaha memastikan tanah kurang 0.4 hektar itu dikecualikan daripada sebarang projek pembangunan supaya peranan pusat tersebut dalam membela nasib 52 penghuninya dapat diteruskan.
Menurutnya, beliau telah pun berbincang dengan pihak berwajib serta pakar bidang berkaitan dan mendapati, tanah yang menjadi pusat itu beroperasi sejak 1987 boleh diselamatkan daripada diambil semula.
"Saya akan meminta kerajaan mewartakan tanah tersebut untuk Tasputra Perkim. Semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama dalam merealisasikan matlamat ini.
"Kerajaan boleh melakukan pembangunan di kawasan sekitar tetapi tanah Tasputra Perkim jangan diambil kerana menjadi simbol terhadap usaha-usaha kebajikan dalam membela nasib kanak-kanak kurang upaya," katanya kepada pemberita pada program Charity Jumble Sale 2013 di pusat itu hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Tasputra Perkim, Elahe Norman; Presiden Pertubuhan Belia Kristian (YMCA) Kuala Lumpur, Leo Leslie Armstrong dan Presiden Wisma Harapan, Datin Fuziah Idris.
Mengulas lanjut, Johari menjelaskan, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan berhubung notis yang dikeluarkan jabatan tersebut kepada Tasputra Perkim pada 17 April lalu.
Dalam pada itu, Elahe berkata, buat masa ini pusat tersebut memerlukan kira-kira RM45,000 sebulan, termasuk untuk gaji kakitangan, penyenggaraan kenderaan serta rumah dan sebagainya.
"Kami daripada Tasputra Perkim meminta jasa baik semua pihak termasuk korporat untuk bersama-sama meringankan beban pusat ini. Mari kita jamin masa depan yang cerah kepada penghuni-penghuni pusat ini," ujarnya.
Pada majlis itu, Export-Import Bank of Malaysia Bhd. (Exim Bank) menyumbangkan sebanyak RM60,000 kepada pusat itu, Pusat Maju Diri Untuk Orang Pekak dan Wisma Harapan (SAMH).

Subscribe to:
Posts (Atom)