Wednesday, May 8, 2013

CGC Sasar Pertumbuhan Yang Baik Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) akan mendapatkan momentum dalam pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam fasa kedua selepas terganggu seketika dalam fasa pertama (Januari hingga April 2013) berikutan pilihan raya umum ke-13.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=948073
Published: May 08, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CGCyakintingkatmomentumprestasi/Article/index_html
Published: May 08, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130508/ek_06/CGC-yakin-aktiviti-kembali-pulih
Published: May 08, 2013


PENGERUSI CGC, Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz (tengah) dan Wan Azhar Wan Ahmad 
(dua dari kiri) bergambar bersama-sama penerima anugerah Top SME Supporter di Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Urusan, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata walaupun pertumbuhan dalam fasa pertama agak perlahan, pertumbuhan yang baik dijangka menjelang akhir tahun.

"Setiap tahun, kami menjangkakan pertumbuhan positif. Bagaimanapun, kami mengandaikan tahun ini sebagai tahun luar biasa kerana PRU hanya berlaku dalam setiap lima tahun," kata beliau dalam taklimat media di sini.

Wan Azhar berkata setakat April 2013, CGC telah meluluskan 71 permohonan bernilai hampir RM900 juta di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.

Pada 2012, terdapatnya kenaikan yang signifikan dalam kualiti pinjaman berdasarkan kepada peruntukan untuk tuntutan ke atas pinjaman yang dijamin dalam 2012, kata beliau.

"Ini terutamanya disebabkan pengurusan yang lebih baik untuk pinjaman berkualiti kami termasuk langkah-langkah proaktif dan dahuluan bagi menangani pinjaman yang berpotensi untuk tertunggak.

Lima bank -- Standard Chartered, Public Bank, OCBC Bank, RHB Bank and Alliance Bank -- merupakan peserta aktif dalam skim jaminan portfolio CGC.

Wan Azhar berkata CGC telah menjalin kerjasama baharu dengan rakan-rakan perbankan untuk menawarkan pilihan pembiayaan inovatif dan saluran penyampaian bagi meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan, dan telah berjaya menubuhkan lebih daripada 420,000 PKS, dengan menjamin hampir RM51.4 bilion.

-- BERNAMA

Jaminan pembiayaan RM2b - CGC

CREDIT Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC) menjangkakan pertumbuhan jaminan pembiayaan yang diberikannya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan berkembang lebih pantas selepas berakhirnya PRU-13.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JaminanpembiayaanRM2b/Article
Published: May 08, 2013

CGC sasar perniagaan meningkat selepas PRU-13

Pengarah Urusannya, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad, berkata pertumbuhan jaminan pembiayaan yang dicatatkannya dalam empat bulan pertama tahun ini sedikit menurun berbanding pada tempoh yang sama tahun lalu memandangkan kegiatan perniagaan yang agak perlahan disebabkan keadaan tidak menentu menjelang PRU-13.

CGC bukan saja menumpu kepada menyediakan jaminan pembiayaan kepada PKS, malah memastikan syarikat terbabit mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta berada dalam kedudukan untuk berunding dengan bank bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan pada kadar yang terbaik," Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah Urusan Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd 

Bagaimanapun, katanya penurunan hanya dari segi jumlah jaminan pembiayaan, tetapi dari segi nilai ia masih menyamai angka tahun lalu.

“Setiap tahun kami menjangkakan pertumbuhan yang positif. Bagaimanapun, kami sudah mengambil kira 2013 ini sebagai tahun yang berbeza kerana pilihan raya.

“Kami menjangkakan momentum aktiviti perniagaan akan kembali meningkat selepas pilihan raya berakhir,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Majlis Penyampaian Anugerah Penyokong Utama PKS ke-18 CGC di Petaling Jaya, semalam. Yang turut hadir ialah Pengerusi CGC, Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz.

CGC menyasarkan untuk menyediakan jaminan bagi pembiayaan baru berjumlah RM2 bilion tahun ini, meningkat sekali ganda berbanding kira-kira RM1 bilion pada 2012.
Sasaran itu ditetapkan berdasarkan kerancakan aktiviti perniagaan dalam kalangan PKS di samping peningkatan mutu pembiayaan kepada syarikat terbabit.

Peningkatan ketara

Wan Azhar berkata, terdapat peningkatan ketara dari segi mutu pembiayaan PKS tahun lalu bersandarkan kepada peruntukan bagi tuntutan pinjaman yang dijamin.

“Pada asasnya ini disebabkan pengurusan mutu pinjaman CGC yang bertambah baik, termasuk beberapa langkah proaktif untuk menangani masalah pinjaman yang berpotensi gagal dijelaskan,” katanya sambil menambah kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) CGC kini kurang daripada empat peratus.

Beliau berkata, CGC kini sedang memasuki agenda kedua penubuhannya iaitu menjadikan PKS sebagai syarikat yang berdaya maju serta mampu mendapatkan akses pembiayaan dengan bank.

“CGC bukan saja menumpu kepada menyediakan jaminan pembiayaan kepada PKS, malah memastikan syarikat terbabit mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta berada dalam kedudukan untuk berunding dengan bank bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan pada kadar yang terbaik,” katanya.

Bentuk pakatan baru

Bagi meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS, Wan Azhar berkata CGC telah membentuk pakatan baru dengan lima rakan perbankan untuk menawarkan lebih banyak opsyen pembiayaan serta saluran penyampaian.

“Kami membentuk pakatan strategik dengan lima bank untuk menawarkan skim jaminan portfolio inovatif CGC yang terbukti berkesan dari segi kos dan sistem penyampaian yang cekap dengan tempoh kelulusan lebih pantas,” katanya.

Buat masa sekarang, lima bank iaitu Standard Chartered, Public Bank, OCBC Bank, RHB Bank dan Alliance Bank adalah peserta aktif skim jaminan portfolio CGC.

Sehingga kini, CGC telah menawarkan pembiayaan berjumlah RM700 juta kepada kira-kira 2,700 PKS sejak penubuhan skim berkenaan pada 2009.

Monday, May 6, 2013

Produk kewangan Islam diyakini - Tabung Haji

Kira-kira 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) mampu tersenyum lebar apabila pengurusan tertinggi TH pada awal Februari lalu mengumumkan pemberian bonus bagi tahun kewangan 2012 berjumlah 8 peratus.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ProdukkewanganIslamdiyakini/Article/index_html
Published: May 06, 2013

Kadar bonus ini adalah satu tanda penghargaan TH kepada penyimpannya sempena sambutan Jubli Emas TH pada tahun ini.

Satu perkara yang nyata prestasi kewangan TH memberangsangkan pada tahun lalu memberi gambaran satu contoh testimoni terhadap kejayaan perbankan Islam yang semakin berkembang di Malaysia.

Evolusi perbankan Islam di Malaysia yang pada awalnya dirintis dengan penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji pada 1969 dan diikuti oleh Bank Islam pada 1983 adalah bukti kesungguhan negara kita untuk menerajui sektor kewangan Islam.

Sebelum dekad 1980-an kebanyakan rakyat Malaysia kurang arif dengan istilah muamalat Islam seperti Mudharabah, Murabahah dan ar-Rahnu. Istilah berkenaan cukup asing pada masa itu bagi kebanyakan orang Melayu. Hal ini kerana mereka banyak terdedah kepada konsep perbankan konvensional yang sudah lama bertapak di Malaysia sebelum merdeka lagi.

Skop lebih luas Kini skop perbankan Islam semakin luas dan mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan bukan Islam.

Produk perbankan Islam tidak semata-mata terhad kepada simpanan wang seperti akaun Wadiah, tetapi ia melebarkan sayap meliputi insurans takaful, pelaburan sukuk, dan wakaf.

Keupayaan Malaysia membangunkan instrumen kewangan Islam didorong beberapa faktor seperti komitmen kerajaan yang menggubal undang-undang khusus untuk melaksanakan perbankan Islam. Pada masa ini, ada dua akta berkaitan kewangan Islam iaitu Akta Bank Islam 1983 dan Akta Takaful 1984 yang diguna pakai lebih dua dekad.

Sungguhpun perbankan Islam sudah pun bertapak di Malaysia lebih 30 tahun, namun aspek perundangan kewangan Islam perlu ditambah baik sesuai dengan peredaran masa dan peningkatan tahap intelektual rakyat di negara ini.

Hab Perbankan Islam Oleh itu, sejajar dengan keperluan semasa maka pada tahun lalu, rang undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012 dibentangkan untuk kelulusan Parlimen.

Selain aspek perundangan, Malaysia menyediakan platform khusus bagi merancakkan aktiviti kajian dan pembangunan kewangan Islam.

Sesuai dengan peranan yang dimainkan Malaysia sebagai hab perbankan Islam, maka dua institusi penyelidikan dalam kewangan ini ditubuhkan iaitu Kolokium Akademi Pengajian Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) dan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

Cuma satu perkara yang harus diberikan penekanan sekarang ialah kaedah meningkatkan lagi tahap kefahaman umat Islam di Malaysia berhubung instrumen perbankan Islam.

Pernah satu ketika dulu terdapat kes seorang petugas di bank yang mempromosikan produk perbankan Islam sendiri tidak tahu hendak menerangkan perbezaan sistem muamalat Islam dan konvensional. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ada pihak beranggapan perbankan Islam lebih bersifat menindas berbanding sistem konvensional seperti pernah dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia beberapa tahun lalu.

Pelbagai keraguan yang timbul ini perlu dirungkai secara kolektif oleh semua pihak berkepentingan dalam muamalat Islam.

Kita tidak mahu setiap produk perbankan Islam dianggap sekadar simbol tanpa ada pengisian yang benar-benar patuh syariah. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Multimedia

Sunday, May 5, 2013

Hiap Teck unit signs up for furnace project

KUALA LUMPUR: Hiap Teck Venture Bhd said its jointly-controlled entity, Eastern Steel Sdn Bhd, signed a facilitation fund agreement with the government and Bank Pembangunan Malaysia Bhd for a blast furnace project in Kemaman, Terengganu.

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20130503234850/Article/
Published: May 05, 2013

Under the deal, the government will provide a 10 per cent grant, or RM142 million, whichever is lower, of the project’s construction costs.

Friday, May 3, 2013

SME Bank rancang buka 5 cawangan

Jerlun: Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) merancang membuka lima lagi cawangan bank berkenaan di empat negeri menjelang akhir tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SMEBankrancangbuka5cawangan/Article/index_html
Published: May 03, 2013

Pengarah Strategik dan Pengurusan Risikonya Mohamad Sabir Mohamad Sabri berkata, lima cawangan itu masing-masing dijangka dibuka di Batu Pahat dan Pasir Gudang, Johor; Sungai Petani, Kedah; Klang, Selangor dan satu lagi lokasi akan dikenal pasti di Pahang.

Menurutnya, pembukaan kelima-lima cawangan itu berdasarkan keperluan bagi memenuhi permintaan masyarakat ingin memulakan perniagaan di lokasi terbabit.

“Misalnya di Sungai Petani, kami sedia maklum kawasan itu semakin membangun dan pertumbuhan industri menyumbang kepada lebih ramai usahawan ingin membuka perniagaan,” katanya selepas majlis sumbangan wang zakat SME Bank kepada komuniti asnaf Jerlun yang disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, di sini, semalam.

Pada majlis itu, RM20,000 wang zakat disumbangkan SME Bank kepada 100 golongan asnaf dan tidak berkemampuan di Jerlun bagi meringankan beban mereka.

Katanya, pembukaan cawangan SME Bank di lima lokasi itu bukan saja menawarkan kemudahan pinjaman kepada golongan ingin memulakan perniagaan, malah menyediakan skim latihan kepada mereka.

Wednesday, May 1, 2013

BSN beli bas Scania untuk kakitangan

Bank Simpanan Nasional (BSN) menerima penghantaran bas antara bandar K410 IB daripada Scania (Malaysia) Sdn Bhd, menjadikan bank itu pelanggan pertama di Malaysia yang menerima bas terbaru keluaran syarikat itu.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bsn-beli-bas-scania-untuk-kakitangan-1.155828
Published: May 01, 2013

BSN beli bas Scania untuk kakitangan
Ahmad Latfan (kiri) menerima kunci daripada Idros dalam satu 
majlis di Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sokongan Korporat) BSN, Ahmad Latfan Mohd Amran berkata, syarikatnya akan menggunakan bas terbaru itu untuk memudahkan pengangkutan pekerja bank tersebut ke kursus latihan, mesyuarat dan acara lain.

Sementara itu, Pengarah Urusan Scania Idros Puteh berkata, Scania telah mendapat persetujuan BSN untuk pembelian ulangan selepas bank itu berminat dengan keselesaan dan keselamatan bas keluarannya.

"Bas ini menggunakan platform enjin global terbaru, membolehkan pembakaran lebih baik, sistem pengurusan enjin yang telah di naik taraf dan sistem bersepadu bagi kawalan pelepasan.

"Kami percaya bas antara bandar ini akan membolehkan pelanggan kami di Malaysia mencapai kepuasan maksimum," katanya pada majlis penyerahan bas itu di ibu pejabat Scania di Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.

Scania adalah pembekal pengangkutan lori berat, bas, koc, perkapalan, industri dan enjin penjana kuasa.