KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bank Rakyat, koperasi Islam terbesar di Malaysia, mengumumkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012.
Source from (Harian Metro):
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BankRakyatciptarekod/Article/index_html
Published: March 14, 2013
Source from (Berita Harian):
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BankRakyatraihuntungRM2_11b/Article
Published: March 14, 2013
Source from (Utusan Malaysia):
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130314/ko_01/Dividen-Bank-Rakyat-18
Published: March 13, 2013
Source from (Utusan Malaysia):
http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130313/ek_03/Bank-Rakyat-umum-dividen-18-peratus
Published: March 13, 2013
Source from (Sinar Online):
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-untung-pracukai-rm2-11b-dividen-18-1.139330
Published: March 14, 2013
Source from (Bernama):
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=934259
Published: March 14, 2013
Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) menunjukkan dividen sebanyak
18 peratus yang akan diagihkan kepada ahlinya di kuala Lumpur,
semalam. Hadir pada majlis Pengerusi Bank Rakyat,
Tan Sri Sabaruddin Chik (dua dari kiri).
Selepas ditolak cukai serta zakat, keuntungan bersih bank koperasi berlandaskan Syariah itu ialah sebanyak RM1.74 bilion.
Berikutan pencapaian itu ia mengumumkan bayaran dividen 18
peratus membabitkan pembayaran berjumlah RM495 juta kepada 947,541
anggotanya.
Ia merangkumi dividen tunai sebanyak 16 peratus membabitkan
pembayaran RM440 juta, serta dua peratus dalam bentuk saham bonus
bernilai sejumlah RM55 juta.
Mengumumkan keputusan kewangan
itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob. berkata prestasi cemerlang dicatatkan Bank
Rakyat itu didorong pertumbuhan pendapatan pembiayaan dan deposit,
selain kualiti aset yang kukuh meskipun berdepan cabaran dalam industri
perbankan tempatan.
Beliau menjelaskan, pendapatan kasar Bank
Rakyat meningkat 13.2 peratus kepada berjumlah RM6.23 bilion tahun lalu
berbanding RM5.50 bilion pada 2011.
Agihan keuntungan
Pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada
pendeposit, katanya meningkat sebanyak 2.9 peratus kepada RM3.34 bilion
berbanding RM3.24 bilion.
Pendapatan daripada sumber pembiayaan
meningkat 11.2 peratus kepada RM4.96 bilion berbanding RM4.46 bilion
tahun lalu, yang mana RM4.53 bilion atau 91.4 peratus disumbangkan oleh
perbankan konsumer manakala perbankan komersial menyumbang RM430 juta
atau 8.6 peratus daripada keseluruhan pendapatan pembiayaan, katanya di
Kuala Lumpur.
Ismail Sabri berkata, pendapatan berasaskan yuran
bank koperasi itu pula adalah sebanyak RM110.9 juta, naik 20.5 peratus
berbanding RM92 juta pada 2011.
Daripada jumlah berkenaan, katanya pendapatan komisen takaful, wasiat dan yuran ATM menyumbang sebanyak 80.1 peratus.
Jumlah aset Bank Rakyat meningkat 9.3 peratus kepada RM79.21 bilion
tahun lalu berbanding RM72.48 bilion pada 2011. Pada akhir tahun lalu,
pulangan ke atas aset terus mengukuh pada kadar 2.8 peratus, katanya.
Beliau berkata, Bank Rakyat turut mencatatkan pertumbuhan kukuh baki
pembiayaannya, meningkat 11.9 peratus kepada RM56.76 bilion berbanding
RM50.70 bilion.
Pembiayaan konsumer, katanya terus menjadi
fokus utama perniagaan bank koperasi itu dengan menyumbang 88.5 peratus
daripada keseluruhan pembiayaannya.
Dari segi portfolio
pembiayaan, sektor peribadi adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak
87.5 peratus daripada keseluruhan pembiayaan konsumer, katanya.
Ismail
Sabri berkata, kualiti aset Bank Rakyat terus kukuh yang mana nisbah
pembiayaan terjejas kasar pada akhir tahun lalu hanya pada kadar 2.5
peratus.
Pada masa sama, katanya liputan atas kerugian pembiayaan bank koperasi itu kekal tinggi pada kadar 106.4 peratus.
Bank Rakyat juga mencatatkan pertumbuhan deposit yang kukuh iaitu
sebanyak 7.1 peratus kepada RM62.67 bilion tahun lalu, berbanding
RM58.51 bilion pada 2011.
Kualiti aset terus kukuh
Dana pemegang sahamnya meningkat 23.6 peratus kepada RM10.33 bilion
berbanding RM8.35 bilion hasil sumbangan penambahan untung bersih dan
penambahan modal saham berbayar.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat akan mengumumkan Pengarah Urusannya yang baharu pada 1 April ini.
"Dasar kita memang akan menaikkan (pangkat) orang dari dalam (Bank
Rakyat). Seperti yang sentiasa saya beritahu, walaupun lembaga pengarah
berkuasa mencadangkan, namun masih ada pihak lain seperti Bank Negara
untuk meneliti nama yang dihantar," katanya.
Bank Rakyat
baru-baru ini mengumumkan persaraan Datuk Yusof Abdul Rahman berkuat
kuasa 1 April, 2013. Beliau mula bercuti pada 1 Mac. Datuk Mustafha
Abdul Razak, Pengurus Besar Kanan Operasi Perbankan, kini menjalankan
tugas sehingga pelantikan Pengarah Urusan baharu dibuat.