Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bsn-anjur-perjumpaan-wbsi-1.166262
Published: Jun 02, 2013
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning berkata, perjumpaan itu membolehkan bank komersil dan bank simpanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh dunia.
“Perkongsian idea (melalui perjumpaan ini) adalah antara inisiatif yang dilihat berjaya untuk membantu mengatasi masalah penduduk kurang berkemampuan,” katanya pada sidang media perjumpaan tersebut, di Cyberjaya, kelmarin.
WBSI adalah platform untuk menjalinkan kerjasama dan mempromosikan model yang diwakili bank simpanan, bank runcit dan persatuan di 90 negara.
Dalam perkembangan lain, BSN yakin mencapai 5,000 ejen perbankan menjelang hujung tahun ini berbanding 4,050 ejen yang dimilikinya kini.
Menurut Adinan, BSN sebelum ini menyasarkan untuk memiliki 5,000 ejen pada 2015.
Sebanyak 6.3 juta transaksi keseluruhan BSN dengan nilai 560 juta telah dicatat menerusi ejen perbankan.
Bank itu juga menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya tiga cawangan baru tahun ini dengan pelaburan RM500,000 bagi setiap cawangan.
No comments:
Post a Comment