Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=965847
Published: July 25, 2013
Beliau berkata TH mempunyai beberapa program CSR termasuk agihan zakat kepada golongan asnaf, program pembinaan rumah (Projek Baiti), program pendidikan (Projek Iqra) dan program kesihatan (Projek Afiat).
"Program-program ini kita akan aktifkan di kawasan luar bandar. Saya akan minta semua anak syarikat TH keluar membantu golongan yang memerlukan agar mereka dapat merasa terus bantuan dari TH," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Katanya program CSR tersebut memperlihatkan sifat prihatin dan tanggungjawab TH terhadap keperluan masyarakat Islam setempat khususnya golongan asnaf.
Selain itu katanya ia memberi platform kepada TH untuk mendekati dan mengeratkan lagi silaturrahim serta memahami permasalahan dihadapi oleh komuniti setempat.
Sehubungan itu, Azeez berkata beliau telah meminta semua pengurus negeri dan daerah TH untuk mendapatkan maklumat mengenai masyarakat Islam yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing.
"Saya melantik semua pengurus negeri dan daerah TH sebagai mata dan telinga untuk mencari golongan yang memerlukan di kawasan masing-masing," katanya.
Terdahulu, Azeez menyampaikan zakat keseluruhan berjumlah RM100,000 di bawah program Ehsan TH sempena Ramadan kepada 200 golongan asnaf di Melaka.
Katanya TH memperuntukkan RM1.6 juta untuk diagihkan kepada 3,000 asnaf seluruh negara pada tahun ini.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment