Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EximBankbiayalojidiSulawesi/Article/index_html
Published: July 10, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130709/ek_15/EXIM-Bank-biaya-projek-hidro-di-Indonesia
Published: July 10, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=962158
Published: July 10, 2013
Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Pengarah Urusan/Ketua
Pegawai Eksekutif EXIM Bank Malaysia Datuk Adissadikin Ali dan
Pengarah Presiden PT Great Colour Energy Khairul Nizam Tajul Hasnan.
Foto:Ehsan Exim Bank
Melalui perjanjian berkenaan, EXIM Bank akan membiayai sebahagian pembangunan projek di Sungai Bungin, Kabupaten Enrekang di Sulawesi Selatan dengan kapasiti permulaan lima mega watt.
"Pembiayaan US$11.9 juta itu yang merupakan pinjaman bertempoh 12 tahun di bawah Projek Pembiayaan-i Seberang Laut EXIM, meliputi sehingga 75 peratus daripada kos projek dengan jumlah kos pembangunan sebanyak US$15 juta," kata syarikat itu dalam kenyataan.
Apabila siap projek itu, PT Great Colour Energy, unit Great Colour Group milik syarikat Malaysia, akan memulakan fasa kedua projek itu dengan tambahan 5 MW.
Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank Malaysia Datuk Adissadikin Ali dan Pengarah Presiden PT Great Colour Energy Khairul Nizam Tajul Hasnan.
Projek berkenaan akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemampuan domestik dengan menyediakan tenaga mampu milik dan mencukupi di Sulawesi Selatan.
"Projek ini merupakan sebahagian skim pembiayaan tanggungjawab kami untuk membantu mengurangkan pelepasan karbon dunia dan EXIM Bank berbangga menjadi sebahagian projek ini," kata Khairul.
Pada Mei, bank menandatangani perjanjian serupa bagi loji janakuasa hidro juga di Indonesia.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment