Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EXIMBankagihRM5bpinjaman/Article
Published: July 26, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=966021
Published: July 26, 2013
Anak yatim Rumah Kebajikan Baitul Hidayah diraikan pada majlis Sehari
Bersama Anak-anak Yatim anjuran Exim Bank. Pengarah Urusan merangkap
Ketua Pegawai Eksekutif Exim Bank, Datuk Adissadikin Ali serta Ahli
Lembaga Pengarah Exim Bank bergambar kenangan bersama anak-anak yatim rumah tersebut.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Adissadikin Ali berkata sasaran RM5 bilion itu lebih daripada yang boleh dicapai.
"Kami telahpun separuh jalan mencapai sasaran itu dan berharap segala-galanya akan bergerak pantas dalam separuh kedua tahun ini," kata beliau selepas majlis berbuka puasa dengan 43 anak yatim daripada Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Puchong, Selangor, pada Rabu.
Sementara itu, Adissadikin juga berkata yang bank itu telah memperuntukkan RM180 juta untuk membantu usahawan menerokai perniagaan restoran di seberang laut tetapi kadar pengambilannya kurang menggalakkan kerana setakat ini, hanya RM20 juta telah diagihkan.
"Rakyat Malaysia seharusnya merebut peluang ini. Restoran boleh diadakan di mana-mana sahaja di dunia untuk apa sahaja juadah asalkan ia beridentiti Malaysia," kata beliau.
Mengenai pinjaman tidak berbayar bank, beliau berkata, ia telah menurun sejak 2010 dan Exim Bank telah bersedia untuk mengurangkan NPLnya ke satu digit tahun ini.
Pada majlis itu, bank turut menyerahkan cek bernilai lebih RM5,000 kepada rumah kebajikan berkenaan untuk senggaraan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment