Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Celcom_BSNjalinkerjasama/Article
Published: August 02, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNrakansaluranCelcom/Article/index_html
Published: August 02, 2012
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata syarikat telekomunikasi mudah alih itu kini mencatatkan lebih 600,000 transaksi tambah nilai prabayar dengan nilai purata harian antara RM11 juta hingga RM13 juta.
Dengan menggunakan premis EBB BSN, kami menjangkakan kekerapan menambah nilai bagi prabayar kami akan meningkat terutama di kawasan luar bandar, katanya selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Celcom dan BSN di Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning, Ketua Pegawai Jualan dan Komersial Celcom, Eric Chong dan Pengarah Pengedaran Jualan Nasional Celcom, Saiful Bahrain Abd Ghaffar.
Laksana menerusi terminal jualan
Shazalli berkata, urus niaga tambah nilai prabayar melalui EBB BSN itu akan dilaksanakan menerusi terminal jualan yang membolehkan transaksi digital dilakukan sepenuhnya tanpa memerlukan stok fizikal.
Transaksi yang dilakukan menerusi saluran itu adalah selamat dengan menggunakan perkhidmatan Celcom M2M dan ia tidak membabitkan sebarang kos tambahan, katanya.
Jenama prabayar Celcom bagi tambah nilai yang boleh dibeli di EBB BSN, termasuk Celcom First, Xpax, U.O.X, S.O.X, Celcom Frenz dan jalur lebar Instanet.
Sementara itu, Abu Bakar berkata, perkhidmatan terbaru itu akan memberi manfaat kepada pelanggan kedua-dua pihak.
Beliau berkata menerusi kerjasama dengan Celcom itu, EBB BSN kini menawarkan enam jenis perkhidmatan yang meliputi pembayaran bil, deposit tunai, pengeluaran tunai, simpanan SSPN, pembayaran tanpa tunai dan yang terbaru, tambah nilai prabayar.
EBB BSN kini mencatatkan lebih 7.9 juta transaksi berjumlah RM705 juta, katanya, sambil menambah bahawa BSN menyasarkan untuk mempunyai 5,000 EBB menjelang akhir tahun ini.
No comments:
Post a Comment