News From : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DepositAgrobanknaik20_setahun/Article/index_html
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
AGROBANK Berhad akan sentiasa mempelbagai dan menambah baik barisan produknya termasuk menganjurkan pelbagai kempen dan promosi bagi menarik serta memenuhi kehendak pelanggan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi berkata, kempen dan promosi berjaya meningkatkan jumlah pelanggan baru yang mana Kempen Berbaloi Agrobank bermula 1 Mei hingga 31 Oktober 2011 lalu mendapat sambutan menggalakkan dan menarik 86,538 pendeposit baru dengan jumlah simpanan sebanyak RM119.61 juta.
“Kempen Berbaloi Agrobank 2011 adalah kempen deposit Islamik berkos rendah di mana penyertaan terbuka kepada pemegang akaun simpanan baru dan sedia ada. Selain hadiah utama kereta Mercedes Benz C200, Agrobank juga menawarkan hadiah barangan kemas bernilai RM2,500, Sijil Simpanan Tetap bernilai RM1,000 dan wang tunai RM500.
“Kami akan menganjurkan kempen baru tahun ini sebagai menghargai sokongan pelanggan Agrobank dengan tawaran hadiah yang lumayan,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang utama Kempen Berbaloi Agrobank di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempromosikan produk Agrobank ke seluruh negara dan antaranya melalui Skuad Terjah Agrobank yang bergerak ke seluruh pelosok negeri.
Beliau berkata, kempen seumpama itu membuktikan kesungguhan dan komitmen Agrobank dalam menyediakan asas bagi memaju serta merangsang pertumbuhan deposit supaya terus mampan di masa depan.
Agrobank juga mencatatkan peningkatan 20 peratus bagi pertumbuhan depositnya setiap tahun dan akan berusaha untuk mengekalkan pertumbuhan dari tahun ke tahun. Untuk mengetahui mengenai produk Agrobank seperti perbankan korporat, komersial, konsumer dan perkhidmatan deposit boleh melayari www.agrobank. com.my atau berkunjung mana-mana cawangan Agrobank di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment