Thursday, May 17, 2012

BSN catat untung RM1.457 bilion

BANK Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan pencapaian kewangan dan keuntungan berjumlah RM1.457 bilion bagi tahun 2011 berbanding RM1.294 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.
Ini menyaksikan peningkatan 12.6 peratus dengan keuntungan pendapatan bersih RM1.032 bilion selain merekodkan keuntungan selepas cukai dan zakat RM361 juta.

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNcatatuntungRM1_457bilion/Article/index_html
Published: 17 May 2012

Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata, keuntungan memberangsangkan yang dicapai tahun lalu membuktikan inisiatif dirancang memperlihatkan impak positif, sekali gus membantu BSN mengekalkan kedudukannya di dalam sektor kewangan Malaysia.
“Prestasi BSN pada 2011 adalah bukti bahawa strategi dan pendekatan dilakukan tepat dengan banyak inisiatif yang dirancang berjaya. “BSN akan terus memperkembangkan inisiatif rangkuman kewangannya dan komited untuk menyediakan akses perbankan berkualiti dan lebih menyeluruh bagi segenap lapisan komuniti di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, semalam.

Menurut Adinan, segmen pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan aset keseluruhan di mana tahun lalu ia mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Segmen pembiayaan peribadi masih mengekalkan kedudukannya selaku peneraju dalam pinjaman selain portfolio pendahuluan dengan pertumbuhan 12.5 peratus. Pembiayaan perumahan dan Mikro Kewangan masing-masing mencatatkan pertumbuhan 5.3 peratus dan 18 peratus.

Selain itu, portfolio Perbankan Islam BSN turut merekodkan keuntungan RM618 juta, peningkatan 18.2 peratus tahun lalu berbanding RM523 juta pada 2010.

No comments:

Post a Comment