Monday, November 5, 2012

BSN unjur pertumbuhan deposit RM1b

BANK Simpanan Nasional (BSN) meletakkan sasaran untuk mencatatkan pertumbuhan deposit mencecah RM1 bilion tahun depan khususnya dengan pelancaran kempen ‘Stash Your Cash’ yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Januari 2013.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNunjurpertumbuhandepositRM1b/Article/index_html
Published: November 05, 2012

RASMI...Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Perbankan Konsumer BSN, Akhsan Zaini (kiri) dan Jeyaprakash melancarkan kempen ‘Stash Your Cash’, semalam.
RASMI...Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Perbankan Konsumer BSN, 
Akhsan Zaini (kiri) dan Jeyaprakash melancarkan kempen ‘Stash Your Cash’, semalam. 

Timbalan Ketua Eksekutif, Perbankan Runcit BSN, Winston E Jeyaprakash berkata, pihaknya optimis untuk mencapai sasaran yang ditetapkan kerana percaya dengan tabiat menyimpan wang di kalangan rakyat Malaysia yang semakin positif.

“Untuk kempen ini selama tiga bulan itu, kami menjangkakan 120,000 pemegang akaun baru akan mendaftar,” katanya selepas pelancaran yang diadakan di Petaling Jaya, semalam.
Menurutnya, setakat ini, terdapat kira-kira 10.8 juta pemegang akaun dengan jumlah deposit mencecah RM9 bilion dan pihaknya menjangkakan peningkatan jumlah deposit dengan memperkenalkan kempen ‘Stash Your Cash’.

“Kempen ini dibuka kepada semua pemegang akaun sama ada yang sedia ada dan baru akaun Giro atau Giro-i namun, ia dikecualikan bagi pemegang Sijil Simpanan Premium (SSP) dan akaun Korporat BSN.

Jeyaprakash berkata, kempen yang diadakan itu bertujuan menggalakkan amalan menyimpan di institusi kewangan di kalangan pengguna khususnya golongan muda.
“Tabiat menyimpan di kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi namun, masih ada segelintir individu yang memilih untuk menyimpan sendiri berbanding menggunakan perkhidmatan bank.

“Maka, kami menjalankan kempen ini bagi memberi ruang kepada pengguna menyimpan wang di tempat lebih selamat serta berpeluang memenangi wang tunai dan menikmati dividen yang tinggi,” katanya.
Menurutnya, kempen berkenaan memerlukan pelanggan melakukan penambahan deposit secara berterusan sepanjang tempoh kempen dan mengekalkan pertumbuhan deposit sekurang-kurangnya sebanyak RM100 setiap bulan untuk melayakkan mereka meraih lebih cabutan.

“Pelanggan baru yang ingin menyertai kempen ini perlu membuka akaun simpanan dengan deposit permulaan sebanyak RM500 dan wang berkenaan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan berturut-turut,” katanya.

Kempen ini menawarkan pelbagai hadiah wang tunai dan SSP kepada pemenang dengan pemenang hadiah utama akan menerima wang tunai sebanyak RM88,888.

Pemenang pertama akan menerima RM48,888, kedua (RM18,888) dan ketiga (RM8,888).

1 comment:

  1. QUANTUM BINARY SIGNALS

    Get professional trading signals delivered to your mobile phone daily.

    Follow our trades today & make up to 270% a day.

    ReplyDelete