Wednesday, February 29, 2012

BSN pikat 32,000 pelanggan

BANK Simpanan Nasional (BSN) akan mengukuhkan barisan produknya menerusi pelbagai kempen termasuk kempen Happy Gold Rush yang disasarkan dapat menarik sekurang-kurangnya 32,000 pelanggan baru sepanjang kempen itu dijalankan.

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNrekodtransaksiPTCRM2_9j/Article/index_html

Naib Presiden Kanannya, Akhsan Zaini berkata, kempen itu sudah pun bermula 10 Januari lalu dan tamat pada 30 April ini dengan tawaran hadiah menarik bernilai lebih RM1 juta.


“Pelbagai produk ditawarkan termasuk pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, kereta, insurans, takaful dan kad kredit.

“Bagi tempoh sebulan, kami menyasarkan 8,000 pelanggan baru dan sepanjang tempoh empat bulan kempen ini kami yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.


“Malah, bagi keseluruhan produk pembiayaan rumah dan peribadi kami komited untuk menyalurkan RM2 bilion bagi kempen ini saja,” katanya pada sidang media di majlis penyampaian hadiah sempena kempen BSN pada 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, bagi pembiayaan peribadi pihaknya komited untuk menyalurkan RM1.5 bilion manakala pembiayaan rumah pula sebanyak RM500 juta untuk tempoh empat bulan kempen berjalan.

“Paling menarik kempen kali ini menawarkan hadiah berupa jongkong emas 999 seberat satu kilogram, 50 gram dan 20 gram serta 100 baucar bernilai RM300 setiap satu,” katanya pada sidang media di majlis penyampaian hadiah sempena kempen BSN pada 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment