Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bsn-catat-keuntungan-positif-1.48678
Published: 17 May 2012
Wartawan Sinar Harian
Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan pencapaian kewangan dan
keuntungan bagi 2011 berjumlah RM1,457 juta berbanding RM1,294 juta
tahun sebelumnya.
Ketua eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata, keuntungan
memberangsangkan dicapai BSN tahun lalu adalah bukti melalui strategi
dan pendekatan yang tepat selaras mengekalkan kedudukan terbaik dalam
sektor kewangan di Malaysia.
“Banyak inisiatif dirancang memberi impak positif melalui inisiatif
rangkuman kewangan dan komited dalam menyediakan akses perbankan
berkualiti dan menyeluruh bagi segenap lapisan komuniti di Malaysia,”
katanya.
BSN berkata, jumlah itu adalah peningkatan 12.6 peratus berdasarkan
keuntungan dari tahun ke tahun. Perbankan itu juga mencatatkan kadar
pertumbuhan positif keuntungan pendapatan bersihnya iaitu RM1,032 juta
pada 2011 berbanding RM968 juta, 2010.
“Pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan adalah penyumbang utama kepada
pertumbuhan aset keseluruhan, dan tahun lalu BSN catat pertumbuhan 10.1
peratus berbanding 2010.
“Pembiayaan peribadi masih mengekalkan kedudukan selaku peneraju
pinjaman. Pembiayaan peribadi mencatatkan pertumbuhan 12.5 peratus
manakala pembiayaan perumahan, pembiayaan mikro kewangan masing-masing
5.3 peratus dan 18.0 peratus," katanya.
No comments:
Post a Comment