Kuala Lumpur: Seorang pengarah syarikat swasta warga Singapura kerugian sejumlah RM684,951 dan hampir menyebabkan jemaah umrahnya tidak dapat menunaikan ibadah selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai ejen umrah dan haji
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Angkara__8216_MummyZie__8217_/Article/index_html
Published: August 02, 2012
Jamaluddin Mohammad, 53, yang menyelia tempahan tiket jemaah umrah dan
beroperasi di Johor Baharu itu berkata wanita terbabit dikenali sebagai
‘Mummy Zie’ telah menawarkan pakej umrah kepadanya sebelum beliau
membuat tempahan tiket sebanyak 204 bagi jemaah umrah yang dijadualkan
berangkat pada bulan Mei dan Jun tahun lalu. “Selepas saya tempah
dan serahkan duit, saya hubungi dia berkali-kali tetapi tidak dapat, dia
seolah-olah melarikan diri. Keadaan itu membuatkan jemaah umrah saya
hampir tidak dapat mengerjakan ibadah mereka, atas rasa tanggungjawab
saya membiayai kos pergi dan pulang keseluruhan jemaah,” katanya ketika
dihubungi Bernama di sini, semalam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment