Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penerbanganpertamajemaahhaji7September/Article
Published: August 02, 2013
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tahun ini kira-kira 23,000 bakal haji akan menunaikan rukun Islam kelima.
Jamil Khir sebelum itu menyampaikan cenderahati penghargaan kepada 47 wakil syarikat Sahabat Korporat TH yang menyumbang RM11.2 juta dalam bentuk barangan dan pelbagai kemudahan untuk jemaah haji.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail.
Jamil Khir berkata, TH sudah bersiap sedia dan pasukan petugasnya juga akan turut dihantar secara berperingkat-peringkat bagi membantu jemaah haji sepanjang tempoh berada di tanah suci.
Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman as-Sudais juga turut menasihatkan masyarakat tempatan tidak menunaikan umrah tahun ini dan mengimarahkan Masjidil Haram pada Ramadan ini bagi tujuan keselamatan kerana banyak kawasan ibadat di sana dalam pembinaan.
Kita juga akan tengok ketika dan waktu yang terbaik untuk TH membawa jemaah kita bertawaf dengan mengambil kira kesesakan di Masjidil Haram, katanya.
No comments:
Post a Comment