UALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bank
Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Berhad (PBSNB) mengumumkan
pengagihan pendapatan berjumlah RM4.695 juta untuk Amanah Saham Bank
Simpanan Nasional (ASBSN) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember
2012.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=925035
Published: January 31, 2013
Dalam kenyataan Rabu, syarikat itu berkata pengagihan kasar bagi ASBSN
adalah 1.7 sen seunit (kasar) untuk pelabur-pelabur yang memegang unit
amanah sehingga 31 Disember 2012.
Ketua Pegawai Eksekutif PBSNB, Kamarul Izam Idrus berkata ASBSN adalah
dana yang mempunyai objektif untuk mencapai pertumbuhan modal dan
pendapatan dalam jangka masa sederhana ke panjang dengan melabur dalam
pasaran ekuiti.
"Setakat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah nilai aset
bersih (NAB) dana yang diuruskan adalah RM95.525 juta. Dana ASBSN
mempunyai sejumlah 94,369 pelabur setakat 31 Disember 2012," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment