Friday, June 28, 2013

AgroBank Sasar Nisbah NPL Satu Angka Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Agrobank menyasarkan untuk menurunkan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL)nya kepada satu angka menjelang akhir tahun, daripada 11.4 peratus sekarang.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AGROBankturunsatumataNPL/Article/index_html
Published: Jun 28, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=959407
Published: Jun 28, 2013

"Kami akan menurunkan nisbah NPL kami melalui amalan terbaik, mengeluarkan pinjaman baik, membuat penilaian sempurna dan pengurusan risiko yang cekap.

"Kami akan memastikan bahawa kami boleh mencapai keseimbangan antara agenda pertanian negara dan kemampanan kewangan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, kepada pemberita selepas pelancaran Perbankan Internet Runcit (RIB) AGRONet di sini Khamis oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Ahmad Husni berkata nisbah NPL bank itu ialah 26.22 peratus sebelum ia diperbadankan pada 2008.

Ini menyangkal tanggapan bahawa sebuah bank pembangunan tidak boleh mempunyai kredit berkualiti, katanya.

Wan Mohd Fadzmi berkata sejak penubuhannya pada Julai tahun lepas, platform RIB AGRONet menjana RM36 juta daripada lebih 20,000 pelanggan.

"Menjelang akhir tahun ini, kami menjangka bilangan pelanggan ini meningkat kepada 50,000 dengan nilai transaksi berjumlah RM100 juta," katanya, sambil menegaskan bahawa 40 peratus daripada pengguna AGRONet paling aktif adalah dari Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pada mulanya bank itu memberikan tumpuan kepada perkhidmatan perbankan keperluan termasuk pembayaran bil, pemindahan wang antara akaun Agrobank dan bank-bank lain, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

"Setakat ini, ada lebih 26 perbadanan penerima bayaran bagi pembayaran bil dari pelbagai kategori seperti telekomunikasi, zakat dan pembayaran utiliti lain.

"Agrobank akan terus menambah senarainya dan melibatkan lebih banyak syarikat penerima bayaran dalam jangka terdekat ini," katanya sambil menambah bahawa bank itu menyasarkan pelancaran fasa kedua platform perbankan Internetnya bagi pelanggan-pelanggan korporat menjelang akhir tahun.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment