Thursday, August 1, 2013

Bilangan jemaah di Masjid Nabawi cecah 13,000

MADINAH 31 Julai - Bilangan jemaah di Masjid Nabawi di sini dianggarkan mencecah 13,000 orang sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130801/lu_05/Bilangan-jemaah-di-Masjid-Nabawi-cecah-13000
Published: August 01, 2013


Masjid Nabi di Madinah, merupakan antara masjid yang menerima paling ramai pengunjung terutamanya 
ketika musim umrah dan haji. - AGENSI

Jurucakap rasmi masjid, Abuldwahid Al-Hattab berkata, permintaan untuk bersolat di masjid itu boleh dihantar secara talian.

Katanya, bilangan penjaga pintu masjid berkenaan juga akan ditambah bagi membantu peningkatan jemaah di masjid tersebut.

Malah, pihak masjid juga mengedarkan risalah dalam pelbagai bahasa untuk menerangkan garis panduan sepanjang berada di masjid tersebut.

Beliau juga menggesa jemaah supaya membawa barang-barang keperluan bagi memastikan keadaan masjid kekal bersih dan tidak terlalu sesak.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, terdapat segelintir jemaah yang menggantung pakaian mereka di ruang pendingin udara dan juga di rak al-Quran.

Katanya, pihak berkuasa telah menyelia kawasan bagi memudahkan proses masuk dan keluar dari masjid serta menjalankan penambahanbaikan perkhidmatan kepada jemaah masjid.

Pelan trafik menunjukkan lalu lintas di sekitar masjid berkurangan dengan ketara, manakala pasukan khas telah ditubuhkan bagi memantau perkhidmatan di dalam dan juga sekitar masjid. - AGENSI

No comments:

Post a Comment