KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Bank Rakyat, buat kali ketiga,
membolot anugerah "Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang",
pengiktirafan ke atas kecemerlangan prestasi dalam perbankan konsumer.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=703331
Published: October 21, 2012
Anugerah itu disampaikan baru-baru ini di Forum Kewangan Islam Kuala
Lumpur Kesembilan 2012 oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian
Kewangan Datuk Wira Dr Serigar Irwan Mohd Abdullah kepada Pemangku
Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Yusof Abdul Rahman.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini berkata ia menerima anugerah yang sama pada 2007 dan 2009.
Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak
RM1.06 bilion, naik 7.7 peratus, bagi setengah tahun pertama yang
berakhir pada 30 Jun, 2012, berbanding RM0.98 bilion yang dicatatkan
pada tempoh yang sama tahun lepas.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment