Monday, April 1, 2013

Bank Rakyat sumbang peralatan taman permainan di Bera

BERA 26 Mac - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyumbang peralatan taman permainan kanak-kanak bernilai RM84,000 kepada enam tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sekitar daerah ini sempena sambutan ulang tahun keenam Kelab Nuri.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130327/wp_03/Bank-Rakyat-sumbang-peralatan-taman-permainan-di-Bera
Published: April 01, 2013

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Mangsor Saad kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera di dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bera di sini, baru-baru ini.

Mangsor berkata, penubuhan Kelab Nuri merupakan satu inisiatif Bank Rakyat dalam usaha menyokong kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakkan tabiat menabung dan menyimpan mulai daripada usia muda.

"Setiap tahun, sempena ulang tahun kelab ini, bagi menghargai para pendeposit muda, Bank Rakyat memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk, seperti membina taman permainan kanak-kanak pada ulang tahun kedua kelab berkenaan di Zoo Melaka dan ulang tahun ketiga di Menara Alor Setar, Kedah.

"Sempena ulang tahun keenam ini pula, kami menyumbangkan peralatan taman permainan kanak-kanak kepada enam tadika Kemas di daerah ini,'' katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Bank Rakyat itu..

Menurutnya, sejak ditubuhkan sehingga Disember tahun lalu, terdapat 600,000 ahli Kelab Nuri dan jumlah deposit melebihi RM280 juta.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sambutan ulang tahun kelab tersebut sebagai menunjukkan penghargaan kepada para pendeposit muda yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah dan tadika.

''Tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana mampu meningkatkan aspek keyakinan diri,komunikasi dengan rakan sebaya dan seterusnya memelihara kesihatan diri.

''Selain itu, kita berharap ibu bapa dan penjaga bijak menyediakan tabung khas untuk anak-anak mereka menyimpan lebihan duit, berbelanja secara berhemah dan membuka akaun simpanan untuk simpanan jangka panjang," katanya.

No comments:

Post a Comment