Tuesday, July 16, 2013

Prudential BSN Takaful Perkenal Produk Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) telah melancarkan pelan perlindungan kesihatan baharu, HealthEnrich, yang memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/healthenrich-pelan-perlindungan-baru-1.183004
Published: July 16, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=963431
Published: July 16, 2013

Prudential BSN
 Ketua pegawai eksekutif PruBsn Azim Mithani berkata: "Kami mahu pelanggan kami menikmati hidup sepenuhnya, dengan fikiran yang tenang, bahawa mereka mempunyai perlindungan perubatan tanpa mengira gaya hidup.

Beliau juga berkata dalam satu kenyataan bahawa HealthEnrich memperkenalkan sebilangan ciri-ciri baharu, termasuk peruntukan bagi pendapat perubatan kedua, pembantu perubatan khas, hospital terpilih dan komplikasi kelahiran, yang merupakan yang pertama disediakan oleh pengendali Takaful.

Produk baharu itu melengkapkan dan akan terus mengukuhkan PruBsn Link Series, pelan paling komprehensif syarikat itu setakat ini.

Terdapat empat pelan di bawah HealthEnrich, iaitu, HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment