Wednesday, July 31, 2013

Peraduan PruBSN Drive4Life dorong penglibatan beli

PENGENDALI kewangan patuh syariah Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) perkenal Peraduan Drive4Life yang bertujuan untuk pertingkat penglibatan dalam kalangan belia Malaysia melalui media sosial.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/peraduan-prubsn-drive4life-dorong-penglibatan-beli-1.188548
Published: July 31, 2013

PruBSN Drive4Life
PruBSN Drive4Life

Peraduan Drive4Life yang bermula semalam hingga 12 Ogos ini di laman Facebook PruBSN memerlukan peserta jawab soalan mengenai PruBSN dan rangkaian produknya.

Menurut PruBSN, 10 pemenang teratas peraduan Facebook ini akan berpeluang memandu kereta go-kart dan bersaing dengan Nabil Jeffri, iaitu pemandu Formula 3 Malaysia yang juga duta jenama PruBSN.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata, Nabil dipilih sebagai duta jenama PruBSN berdasarkan nilai dinamisme beliau yang selari dengan penyedia takaful itu.

Pemenang hadiah utama perlumbaan Go-kart ini bakal memenangi lawatan istimewa untuk seorang ke Kejohanan Formula 3 ATS di Hockenheim, Jerman, yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 September 2013.

1 comment:

  1. Are you looking for free Google+ Circles?
    Did you know that you can get them ON AUTOPILOT AND TOTALLY FREE by getting an account on Like 4 Like?

    ReplyDelete