Monday, February 20, 2012

Agrobank kembang aktiviti hiliran

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Agrobankkembangaktivitihiliran/Article/index_html

28/12/2011 (Harian Metro): AGROBANK Bhd menyasar pertumbuhan aktiviti hiliran dalam sektor pertanian sebagai sebahagian strateginya mempelbagaikan portfolio pinjaman tahun depan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, bank itu yang sebelum ini dikenali sebagai Bank Pertanian sejak 40 tahun lalu sudah melaksanakan pendekatan konvensional dalam pembiayaannya. “Kami secara tradisinya terbabit terutama dalam pertanian utama dengan pendedahan terbesar dalam minyak sawit pada kira-kira 28 peratus. Jadi, kami perlu beralih daripada pendekatan ini, tetapi masih kekal berada dalam skop pertanian. “Kami mahu mengembangkan lagi hiliran. Apa juga yang membabitkan pertanian sekarang, kami mahu terbabit,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment