Monday, February 20, 2012

SME Bank lancar SEC, 3 program berteras Syariah (DFIs)

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_10.htm



KUALA LUMPUR 25 Jan(Utusan Malaysia) - SME Bank adalah sebuah institusi kewangan pembangunan (DFI) yang telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk membimbing dan membangun usahawan negara. Semenjak bulan Oktober 2005 hingga November 2011, SME Bank telah meluluskan 7,266 permohonan dengan nilai pinjaman sebanyak lebih RM 12 bilion.

Angka yang besar ini membuktikan komitmen SME Bank dalam melaksanakan amanahnya untuk membimbing dan membangun usahawan sekaligus membantu Kerajaan mencapai hasrat Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pada 19 Disember, 2011, SME Bank telah membuka cawangan terbaharunya di Plaza Sentral yang dikenali sebagai Sentral Enterprise Centre (SEC). Majlis perasmian SEC telah disempurnakan oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Turut hadir ialah Pengerusi SME Bank, Datuk Gumuri Hussain dan Pengarah Urusan, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

SEC yang mula beroperasi sejak Julai 2011 mempunyai pelbagai peranan termasuk sebagai sebuah pejabat serantau dan sebuah pusat bimbingan usahawan melalui program flagship IQ Dagang.

Selain itu ia juga berfungsi sebagai sebuah pusat pemasaran yang efektif dan pusat pengurusan bagi pihak berkepentingan (stakeholders) berikutan kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan beberapa agensi kerajaan yang berada di sekitar Plaza Sentral , Kuala Lumpur.

Di majlis yang sama SME Bank turut melancarkan tiga program baru yang berteraskan syariah. Ia merupakan usaha berterusan SME Bank untuk melakukan penambahbaikan ke arah pencapaian Pelan Transformasi SME Bank (2011-2015) dan pelaksanaan sepenuhnya perbankan Islam.

No comments:

Post a Comment