PRODUK pinjaman pembiayaan peribadi i-Aslah Mega, i-Aslah Plus; i-Aslah
Prima, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd menerima sambutan hebat sejak
dilancarkan 1 Mei lalu. Pengurus cawangan Setapak, Amirullah Abdullah
berkata, i-Aslah Mega adalah produk pembiayaan peribadi berasaskan
konsep Bai-Al’Inah.
Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/i-aslah-mega-kemudahan-perbankan-bijak-1.53322
Published: 4 Jun 2012
Katanya, penambahbaikan pada produk itu termasuk tidak mengenakan yuran
pemprosesan, memberi pilihan perlindungan insurans serta peluang
mendapatkan pinjaman maksimum.
"Ia juga membolehkan pelanggan menikmati kadar keuntungan serendah
3.25 peratus bagi tempoh antara satu hingga tiga tahun," katanya.
Bai-Al’Inah merujuk kepada penjualan sesebuah aset oleh bank kepada
pelanggan menerusi pembayaran tertunda. Kemudian, bank akan membeli
semua aset itu dan membayar pelanggan dalam bentuk tunai.
No comments:
Post a Comment