Saturday, June 2, 2012

Nilai GDV RM9.2b - LTH

TH Properties Sdn Bhd (TH Properties) anak syarikat Lembaga Tabung Haji (LTH) yang membangunkan Bandar Enstek di Nilai Negeri Sembilan menganggarkan nilai pembangunan kasarnya (GDV) berjumlah RM9.2 billion apabila bandar itu siap sepenuhnya menjelang 2025.
Pengerusi Kumpulan TH Properties, Datuk Azizan Abd Rahman berkata, setakat ini pihaknya sudah membangunkan 30 peratus daripada kawasan seluas 2,071 hektar yang merangkumi empat komponen iaitu perumahan, komersial, institusi dan taman teknologi.

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NilaiGDVRM9_2b/Article/index_html
Published: 2012/06/02

“Pembangunan kediaman di Bandar Enstek ditumpukan kepada rumah kediaman bercampur iaitu rumah berangkai, berkembar dan banglo di kawasan seluas 706 hektar. Setakat ini lebih dari 2,500 unit rumah bercampur dijual dan menjana pendapatan melebihi RM600 juta.
"Setakat ini sambutan terhadap projek perumahan kami sangat menggalakkan dan dijangka kawasan ini bakal didiami 150,000 penduduk menjelang 2025 berbanding ketika ini seramai 10,000 penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah Pusat Islam berharga RM4 juta di Bandar Enstek yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi.

Selain itu, hadir sama Pengerusi LTH, Tan Sri Abi Musa Asa’Ari Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Paduka Ismee Ismail serta Pengarah Urusan Kumpulan TH Properties, Datuk Roszali Othman.

Azizan berkata, produk kediaman terkini syarikat itu di bahagian timur bandar berkenaan ialah 124 unit rumah dua tingkat berkembar ‘Rembulan’ dan 119 unit rumah berangkai dua tingkat ‘Idalia’, yang ditawarkan pada harga dari RM283,900 hingga RM622,400 seunit.
Menurutnya, 350 unit tambahan terdiri daripada rumah banglo, rumah berkembar dan rumah berangkai dibangunkan di bahagian timur dalam tempoh terdekat selain membina dua buah sekolah rendah dan menengah.

Mengenai projek taman teknologi, beliau berkata, kawasan seluas 524 ekar itu menghimpunkan bilangan terbesar syarikat bioteknologi tempatan dan antarabangsa.

“Kami berusaha menambah nilai pulangan kepada pelabur sesuai dengan status Bandar Enstek sebagai Bandar Pinggiran Perdana KLIA yang menampilkan reka bentuk komtemporari dan memastikan kerja pembangunan di bandar ini dilaksanakan dengan lancar," katanya.

No comments:

Post a Comment