Wednesday, June 6, 2012

Peluang usahawan Sabah (Agrobank)

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PeluangusahawanSabah/Article/index_html

Published: 6 Jun 2012

     LANCAR...Nor Mohamed (dua dari kiri) bersalaman dengan Musa ketika merasmikan Jejak 2012  di Kota Kinabalu, semalam.
LANCAR...Nor Mohamed (dua dari kiri)
bersalaman dengan Musa ketika 
merasmikan Jejak 2012 di Kota Kinabalu, 
semalam. 
 
USAHAWAN di Sabah seharusnya mengambil peluang keemasan dengan penyaluran peruntukan sebanyak RM100 juta daripada RM2 bilion Dana Mudah Cara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) untuk membiayai pelbagai inisiatif pembangunan di Koridor Pembangunan Sabah (SDC) bagi tahun 2012 dan 2013.
Peruntukan itu diumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada majlis pelancaran Jejak 2012 Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) di Sutera Harbour Resort di Kota Kinabalu semalam.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Nor Mohamed berkata, Teraju melancarkan pusat sehenti ketiganya di Sabah untuk kemudahan usahawan di negeri itu.

“Pada majlis pelancaran hari ini (semalam) kita turut menyaksikan pembiayaan sebanyak RM30,000 setiap seorang oleh Agro Bank kepada kumpulan pertama usahawan asas tani tempatan di bawah syarikat Teras yang jumlah keseluruhannya sebanyak RM243,000.

“Turut diserahkan adalah bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usia Niaga (Tekun) lebih RM13 juta kepada seramai 963 usahawan mikro di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, bagi memesatkan lagi pembangunan industri pelancongan, pihak Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri menandatangani memorandum persefahaman dengan Teraju untuk kepentingan usahawan Bumiputera dalam sektor pelancongan negeri ini.

Sementara itu, Musa berkata, bagi kerajaan negeri, beliau amat mengalu-alukan kedatangan Teraju ke Sabah dalam usaha membuka lebih banyak peluang perniagaan, sekali gus meningkatkan ekonomi di negeri ini.

No comments:

Post a Comment