Friday, February 22, 2013

Pertumbuhan lima peratus (SME Bank)

Kuala Lumpu: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada kadar yang disasarkan iaitu 5.0 peratus tahun ini. Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, prestasi ekonomi Malaysia berkembang 6.4 peratus dalam suku keempat tahun lalu iaitu kadar pertumbuhan suku tahunan tertinggi yang dicatatkan negara ini dalam tempoh dua setengah tahun.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pertumbuhanlimaperatus/Article/index_html
Published: February 22, 2013

Katanya, berikutan prestasi dalam suku keempat itu, ekonomi negara tumbuh 5.6 peratus bagi 2012 dan ia disokong oleh pertumbuhan signifikan pelaburan swasta yang sangat memberangsangkan.

“Pelaburan swasta di Malaysia terus mencatatkan kadar yang sihat iaitu mencapai 20 peratus dan ia pencapaian yang amat menggalakkan setakat ini, malah ekonomi negara dijangka terus kukuh tahun ini terutama banyak peningkatan dalam sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan.

“Peningkatan dalam pelaburan swasta juga adalah disebabkan usaha kerajaan menjadikan Malaysia hab pelaburan yang menarik dari segi kestabilan politik dan infrastruktur yang baik,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Skim Pembangunan SME Bank (SDS) di Kuala Lumpur, semalam.

Malaysia dilaporkan menarik pelaburan swasta sebanyak RM110 bilion pada 2012 berbanding kepada RM94 bilion pada 2011.

Foto
MALAYSIA hab pelaburan menarik dari segi kestabilan politik dan infrastruktur yang baik.

Beliau berkata, apabila perhubungan darat iaitu kereta api berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan Malaysia dan Singapura siap pada 2020 ia sekali gus akan membantu meningkatkan pelaburan jangka panjang kepada negara.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dipetik Bernama berkata, Program Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi menghasilkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang menggalakkan dan ia terbukti oleh prestasi ekonomi suku keempat tahun lalu.

Ketika menyifatkan pertumbuhan berkenaan sebagai ‘pencapaian yang mengagumkan’ memandangkan kelemahan ekonomi dunia, Ahmad Husni berkata, Malaysia ‘terlindung’ kepada kemungkinan tertinggi daripada ‘kesan toksik’ krisis kewangan dan ekonomi global.

“Akhirnya, usaha tanpa jemu kita memulihkan keyakinan pelabur dalam prospek masa depan ekonomi kita...cukup bagi mereka untuk melabur RM135.9 bilion pada 2012 sahaja,” katanya pada forum Asian Corporate Giants’ di sini.

No comments:

Post a Comment