Saturday, September 15, 2012

Bank Rakyat - Francaisi Koperasi Ar-Rahnu X'Change Catat Baki Pinjaman Memberangsangkan

SERI KEMBANGAN, 14 Sept (Bernama) -- 23 koperasi yang menjadi francaisi kepada Ar-Rahnu X'Change telah mencatatkan jumlah pencapaian baki pinjaman, berjumlah RM240 juta, sehingga Ogos 2012.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=694841

Published: September 15, 2012

Pengurus Besar Rakyat Management Services Sdn Bhd (RManagement) Mohamad Sabri Mohamed Nor berkata, selain beberapa faktor fundamental sebagai penyumbang kepada peningkatan potensi pasaran, program-program pembangunan dan jenama yang dirangka dijangka mengukuhkan lagi daya saing Ar-Rahnu X'Change di pasaran.

"Ar-Rahnu X'Change adalah perniagaan pajak gadai Islam berasaskan pemindahan kepakaran dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak 1993."

"Ar-Rahnu X'Change menjamin operasi perniagaan yang lancar dan selamat di samping jaminan risiko yang minimum kepada pemegang francais dan para pelanggan."

"RManagement berperanan sebagai francaisor kepada 31 rangkaian Ar-Rahnu X'Change yang dimiliki oleh 23 buah koperasi dan turut menguruskan 14 lagi Ar-Rahnu X'Change milik penuh Bank Rakyat," kata Mohamad Sabri pada majlis perasmian pembukaan premis perniagaan francais Ar-Rahnu X'Change milik Koperasi Serba Guna Iman Malaysia Bhd (KSIMB) yang kedua di sini Jumaat.

Rangkaian Ar-Rahnu X'Change pertama KSIMB di Seri Gombak telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencatatkan purata jumlah pengeluaran pinjaman menghampiri RM2 juta sebulan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment