Riyadh: Bilangan jemaah umrah yang tiba di Arab Saudi sejak tiga bulan lalu mencapai lebih 1.6 juta orang, kata Menteri Haji, Dr Bandar Hajjar, semalam. “Kami jangka kedatangan mencecah bilangan rekod jemaah menjelang bulan Ramadan ini,” katanya yang percaya bilangan keseluruhan jemaah umrah tahun ini akan melebihi enam juta.
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_6jutajemaahtunaiumrah/Article/
Published: February 26, 2013
Katanya, semua jabatan kerajaan bekerjasama untuk memberi khidmat diperlukan. “Kami menjangka peningkatan sehingga 500,000 jemaah ketika musim Umrah tahun ini berbanding tahun lalu,” katanya.
Katanya lagi, bilangan jemaah umrah meningkat antara 10 hingga 20 peratus setiap tahun.
Hajjar berkata, kementerian terbabit juga mengatur mesyuarat dengan wakil misi Haji di lebih 70 negara untuk membuat persediaan menjelang musim Haji tahun ini.
“Mesyuarat ini bertujuan membantu misi Haji mengatur jemaah dengan memberi pendidikan mengenai ibadat haji,” kata menteri terbabit.
AGENSI
No comments:
Post a Comment