Wednesday, February 20, 2013

Dana untuk PKS tidak terhad (SME Bank)

USAHAWAN yang terlibat dalam industri halal mempunyai akses luas terhadap bantuan kerajaan dan tidak hanya terhad kepada bantuan perniagaan industri halal bernilai kira-kira RM200 juta yang diperuntukkan melalui Bajet 2013.Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata, usahawan industri halal boleh memohon bantuan lain yang diperuntukkan melalui skim perniagaan muda bernilai RM50 juta dan RM1 bilion yang dikhususkan kepada SME Bank.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dana-untuk-pks-tidak-terhad-1.132805
Published: February 20, 2013

Dana untuk PKS tidak terhad
Hafsah menyampaikan pembentangan berhubung pemerkasaan PKS dalam industri halal di Malaysia semasa sesi dialog bersama media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan hanya menyediakan dana berjumlah RM200 juta bagi usahawan kecil sederhana yang terlibat dalam industri halal negara.

“Usahawan ini juga boleh memohon bantuan dana menerusi Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariat bernilai kira-kira RM2 bilion di bawah perbankan komersial sebagai pilihan bagi mendapatkan pembiayaan,” katanya pada sesi dialog bersama media tentang perkembangan industri halal negara di Kuala Lumpur, semalam.

Objektif dialog itu bertujuan mengungkai persoalan tentang tanggungjawab serta peranan pelbagai agensi terlibat dalam pembangunan halal negara serta mewujudkan pemahaman lebih baik tentang industri itu.

Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM2.25 bilion melalui Bajet 2013 untuk industri kecil dan sederhana dengan RM1 bilion dikhususkan untuk pembangunan PKS, RM200 juta untuk pembiayaan perniagaan industri halal dan RM50 juta untuk skim perniagaan muda.

Baki RM1 bilion pula diperuntukkan kepada SME Bank khusus sebagai sumber pembiayaan untuk Bumiputera atau syarikat milik Bumiputera yang mengambil alih aset bukan teras milik Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Sesi dialog bersama media itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Luar, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pembangunan Pengurusan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Dr Zulkefli Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Halal, Datuk Seri Jamil Bidin.

No comments:

Post a Comment