Friday, February 22, 2013

SME Bank Lancar Skim Pembangunan PKS

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- SME Bank Khamis melancarkan Skim Pembangunan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) bagi membantu PKS dalam sektor di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Permulaan (EPP), selain sektor yang disokong oleh kerajaan.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SMEBanklancarSkimPembangunanPKS/Article
Published: February 22, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/global/sme-bank-lancar-skim-pks-1.133499
Published: February 22, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SalurRM500jbantuusahawanPKS/Article/index_html
Published: February 22, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130222/ek_02/SME-Bank-peruntuk-RM1-bilion-untuk-SDS
Published: February 22, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=929387
Published: February 22, 2013


MUSTAPA Mohamed (tiga dari kiri) menyaksikan Pengarah Pusat 
Pembangunan Usahawan dan Penyelidikan, Sheikh Ghazali Sheikh 
Abod (duduk, kiri) dan Ketua Negara Intel Malaysia, Prakash Mallya 
(duduk, kanan) memeterai perjanjian di Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Razif Mohd Yunus, berkata RM500 juta dijangka diagihkan tahun ini untuk projek berkenaan termasuk dalam sektor penjagaan kesihatan, minyak dan gas serta pembuatan.

“Setakat ini kami sudah menerima 20 permohonan untuk mendapatkan pembiayaan di bawah skim ini,” katanya selepas pelancarannya di sini, semalam.

Sektor PKS sumbang 32 peratus kepada nilai KDNK dan perlu berkembang lebih pantas untuk mencapai sasaran 41 peratus menjelang 2020," Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Pelancarannya disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mohd Razif berkata, skim yang menyediakan pembiayaan minimum RM50,000 itu akan membantu syarikat PKS membiayai aset tetap serta modal kerja.

Mustapa dalam ucapannya berkata, pada masa ini sektor PKS menyumbang 32 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perlu berkembang lebih pantas untuk mencapai sumbangan sasaran sebanyak 41 peratus menjelang 2020.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, pelaburan swasta di Malaysia terus berkembang pada kadar yang kukuh.

Beliau berkata, 2013 adalah tahun pelaksanaan beberapa projek utama yang diumumkan kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kita ada pelaburan sedang dalam perancangan,” katanya semasa sesi perangkaian MITI dan agensinya dengan sektor swasta.

Malaysia dilaporkan menarik pelaburan swasta bernilai RM110 bilion pada 2012 berbanding RM94 bilion pada 2011.

Mustapa berkata, peningkatan pelaburan swasta itu usaha kerajaan menjadikan Malaysia hab pelaburan menarik yang disokong oleh kestabilan politik dan prasarana yang baik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment