KUALA LUMPUR: Tabung Haji umum pembayaran Bonus Jubli Emas 2012 dengan bonus tahunan 6.5 peratus dan tambahan bonus khas 1.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Jamil Khir (kiri) menunjukkan pengumuman Bonus Jubli Emas
Tabung Haji sambil diperhatikan Abi Musa Asa'ari (tengah) dan Ismee.
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bonustertinggi/Article/artikel
Published: February 08, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/articles/BonustertinggiTabungHaji/Article
Published: February 07, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130207/ek_03/Bonus-Tabung-Haji-8-peratus-tertinggi-dalam-sejarah
Published: February 07, 2013
Tabung Haji umum bonus Jubli Emas 8 peratus, tertinggi dalam tempoh lebih 12 tahun,
Pendapatan 2012 meningkat 28 peratus, keuntungan bersih pertama kali melepasi RM2b
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia adalah pembayaran bonus tertinggi dalam sejarah 50 tahun penubuhan Tabung Haji.
Bonus Jubli Emas sempena ulang tahun ke-50 penubuhan TH itu akan dibayar kepada 8.2 juta pendeposit mulai Ahad ini.
Daripada jumlah itu, 6.5 peratus adalah bonus tahunan dan bonus khas sebanyak 1.5 peratus, membabitkan bayaran keseluruhan RM2.46 bilion, iaitu RM2.13 bilion bonus tahunan dan RM325 juta bonus khas. Tahun lalu Tabung Haji memberikan bonus sebanyak enam peratus.
Jumlah bayaran bonus sebanyak RM2.46 bilion itu adalah rekod tertinggi sejak penubuhan Tabung Haji.
No comments:
Post a Comment