Sunday, February 24, 2013

WENA sasar 500 usahawan wanita Bumiputera menjelang akhir tahun (SME Bank)

KUALA LUMPUR - Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA) menyasarkan untuk mempunyai 500 usahawan wanita muda Bumiputera menjelang akhir tahun, daripada bilangan sekarang iaitu 350.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/wena-sasar-500-usahawan-wanita-bumiputera-menjelang-akhir-tahun-1.133674
Published: February 24, 2013

Presidennya, Nuraizah Shamsul Baharin berkata anggotanya kini adalah daripada pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, teknologi maklumat dan komunikasi, kesihatan dan kecantikan, pengajian, serta runcit dan perkhidmatan.

"Kami mahu menarik anggota baharu menerusi sesi perangkaian, media sosial, latihan dan menerusi perkaitan dengan agensi kerajaan," katanya kepada pemberita pada seminar "Mencipta Pemimpin Wanita" di sini hari ini.

Aktiviti WENA termasuk siri TV Wena Business yang menampilkan tip dan bimbingan daripada usahawan berjaya.

"Sejajar dengan sasaran untuk menghasilkan pemimpin wanita, persatuan In menjemput perusahaan berjaya untuk menyertai Program 'Pay It Forward'," kata Nuraizah.

Beliau berkata program ini, tokoh peniaga wanita boleh menyumbang sebagai mentor, penasihat, penceramah atau rakan niaga kepada usahawan wanita baharu.

WENA, yang ditubuhkan pada September 2003, adalah persatuan tidak berasaskan keuntungan, yang bertujuan mempertahankan hak wanita dalam perniagaan dan kerjaya mereka.

Nuraizah berkata WENA akan bekerjasama dengan Cradle Fund Sdn Bhd untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada usahawan wanita untuk mengambil peluang daripada geran teknologi dan pemasaran yang ditawarkannya.

Beliau berkata persatuan juga kini memeterai perkongsian pintar dengan SME Bank untuk memberikan pilihan pembiayaan untuk ahli.

Beliau berkata perkaitan utama lain ialah dengan Plus and Play Kumpulan Modal Perdana, di mana WENA sedang mengkaji pembangunan keusahawanan dan program inkubator. - Bernama

No comments:

Post a Comment