Thursday, February 7, 2013

Lembaga Tabung Haji Bakal Tambah Pelaburan Dalam Sektor Hartanah Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji akan menambah pelaburannya dalam sektor hartanah tahun ini memandangkan pulangannya yang baik pada tahun lepas, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Datuk Ismee Ismail.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130208/ko_01/TH-perluas-pelaburan-hartanah
Published: February 08, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=926795
Published: February 07, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tabung-haji-tambah-pelaburan-hartanah-tahun-ini-1.129196
Published: February 07, 2013

Beliau berkata pelaburan dalam sektor hartanah di dalam dan di luar negara ternyata memberikan hasil yang baik dan seharusnya strategi ini dikekalkan bagi memastikan pulangan terbaik kepada para pendeposit.

"Kita menjangka akan menambah lagi pelaburan kita dalam sektor hartanah di mana kalau kita ikutkan peruntukan, kita sepatutnya melabur sehingga 20 peratus jumlah dana kita ke dalam sektor hartanah.

"Setakat ini baru 13 peratus, jadi kita masih ada ruang untuk memperluaskan lagi pelaburan Tabung Haji dalam sektor ini," kata beliau kepada pemberita selepas pengumuman Bonus Jubli Emas di sini Khamis.

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2012, terdapat 8.2 juta pendeposit dengan dana terkumpul mencecah RM35.8 bilion berbanding tujuh juta pendeposit dan RM31.7 dana pada 2011.

Ismee berkata dari segi pulangan, sektor hartanah dijangka memberikan pulangan purata dalam lingkungan 5.5 hingga enam peratus setakat ini di mana, Tabung Haji akan cuba untuk meningkatkan pulangan daripada sektor tersebut.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment