Tuesday, February 26, 2013

Golongan Belia Sabah Digesa Rebut Peluag Mohon Dana SME Bank

KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) -- Golongan belia dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan di Sabah digesa merebut peluang memohon dana menerusi pelbagai produk yang ditawarkan oleh SME Bank.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=930164
Published: February 26, 2013

Ketua Operasi SME Bank kawasan Kota Kinabalu Mohd Asri Abu Hanit berkata dana itu bertujuan membantu golongan belia dan PKS tempatan, yang ingin dan telah memulakan perniagaan mereka.

"SME Bank sentiasa memberi bantuan kepada mereka dengan pelbagai kemudahan pembiayaan yang berlandaskan Syariah.

"Dana ini diwujudkan oleh kerajaan untuk menyediakan alternatif kepada usahawan muda dalam mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan serta bagi memenuhi keperluan perniagaan yang sedia ada," katanya ketika memberikan taklimat mengenai program Dana Usahawan Muda yang ditawarkan oleh SME Bank.

Katanya taklimat itu diadakan sempena siri jelajah Dana Usahawan Muda di bawah SME bank yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Feb lepas.

Ia merupakan siri jelajah ketiga, selepas Ipoh dan Kuala Lumpur.

Pada majlis yang sama, Ketua Pemasaran, Pembangunan Perniagaan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Usahawan, Susan Wan Pei Pee memperkenalkan konsep CEDAR yang baharu dilancarkan 6 Nov lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

CEDAR ialah program yang diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan melalui pelbagai aktiviti seperti latihan dan kaunseling, penyelidikan dan pembangunan serta seminar.

Seramai 150 peserta menjayakan taklimat tersebut.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment