Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ar-RahnuX__8217_Changebukacawanganke-3diNegeriSembilan/Article/index_html
Published: November 21, 2012
Ketua Hal Ehwal Cawangan Bank Rakyat, Zainuddin Ali berkata, Ar-Rahnu X’Change menawarkan pinjaman mudah secara Islam sehingga 65 peratus daripada nilai emas dengan kadar upah simpan serendah 65 sen bagi setiap RM100 nilai emas disimpan.
“Kami berharap pembukaan cawangan Ar-Rahnu X’Change, di sini, akan dapat membantu penduduk setempat mendapatkan pinjaman tunai segera dengan kadar yang lebih murah dan selamat.
“Pajak gadai ini adalah alternatif kepada pinjaman ditawarkan pajak gadai konvensional serta pemberi hutang lain yang lazim mengenakan kadar upah tinggi,” katanya pada majlis perasmian yang turut dihadiri Ketua Wilayah Selatan, Abdul Lidzam Muhamad Alias.
Sementara itu, Zainuddin berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih banyak koperasi menyertai program francais dengan membuka cawangan pajak gadai Islam Ar-Rahnu X’Change.
“Keseluruhannya setakat ini hanya 15 daripada 47 rangkaian Ar-Rahnu di seluruh negara dimiliki dan diuruskan sendiri Bank Rakyat manakala selebihnya milik koperasi melalui program francais berkenaan,” katanya ketika ditemui.
No comments:
Post a Comment