Tuesday, July 2, 2013

Abdul Azeez Abdul Rahim Dilantik Pengerusi Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa Isnin.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AbdulAzeezdilantikPengerusiTabungHaji/Article
Published: July 02, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AbdulAzeezpengerusibaruTabungHaji/Article/index_html
Published: July 02, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=960190
Published: July 02, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/abdul-azeez-abdul-rahim-dilantik-pengerusi-tabung-haji/
Published: July 02, 2013
Abdul Azeez dilantik Pengerusi Tabung Haji

Abdul Azeez, yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011, menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

"Pelantikan Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH, diyakini mampu meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang," kata TH dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut TH, ini kerana Abdul Azeez dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosioekonomi komuniti sejagat.

Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling selain anggota Majlis Tertinggi Umno sejak 2008.

Kenyataan TH juga menyebut Abdul Azeez menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan sangat aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.

"Beliau terkenal dengan kerja sukarelawan dan misi kemanusiaan," katanya.

Antara misi yang dijayakan Abdul Azeez ialah bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment