SEPANG, 1 Nov (Bernama) -- Malaysia terus dikagumi masyarakat
antarabangsa sebagai negara yang cekap dalam menguruskan jemaah haji
pada setiap tahun sehingga beberapa negara di Eropah, Amerika Syarikat,
Kanada dan Afrika turut berminat untuk mempelajari kaedah yang diguna
pakai Lembaga Tabung Haji.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706288
Published: November 02, 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata
perkara itu dinyatakan oleh wakil negara-negara berkenaan dalam satu
jamuan yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi pada hari kedua sambutan
Aidiladha minggu lepas.
"Tahun ini kebetulan ada jemaah haji dari negara berkenaan yang bersama
dengan kita. Mereka ingin melihat secara lebih dekat kaedah yang diguna
pakai oleh pihak Tabung Haji yang lebih tersusun," katanya kepada
pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di sini Khamis.
Menurutnya pada masa yang sama, kerajaan Arab Saudi terus memandang
tinggi usaha-usaha yang dibuat kerajaan Malaysia dalam urusan haji
sehinggakan jemaah haji dari negara ini menerima banyak kemudahan dari
kerajaan itu.
Sementara itu, Jamil Khir berkata jumlah jemaah haji Malaysia yang
sakit dan dimasukkan ke hospital milik Tabung Haji atau Arab Saudi
didapati berkurangan kepada 132 pesakit berbanding lebih 200 pada
tahun-tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment