Wednesday, November 21, 2012

Bank Rakyat Akan Terbit Sukuk Bernilai RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat hari ini menandatangani Perjanjian Program Nota Jangka Sederhana Islamik dengan Maybank Investment dan CIMB Investment untuk menerbitkan sukuk bernilai RM1 bilion.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=710263
Published: November 21, 2012

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121121/ko_01/Bank-Rakyat-terbit-sukuk-RM1b
Published: November 21, 2012



Terbitan yang dinamakan Sukuk Musyarakah itu dijangka bermula 23 November ini.

Kesemua pelabur utama dalam program tersebut adalah terdiri daripada bank-bank tempatan.

Pengarah Urusannya, Datuk Yusof Abdul Rahman (gambar) berkata, terbitan itu adalah untuk pendanaan jangka panjang dan sebagai persediaan bagi menghadapi pelaksanaan garis panduan Basel III oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Basel III akan dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai 2013 hingga 2019.

Kata Yusof, setakat ini, sukuk yang diterbitkan itu telah terlebih langganan sebanyak 2.05 kali langganan.

"Lebihan langganan ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap Bank Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian program nota jangka sederhana Islam bernilai RM1 bilion di sini hari ini.

Majlis itu telah disaksikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment, Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Di bawah program terbitan sukuk itu, CIMB Investment Bank Bhd. (CIMB Investment) dan Maybank Investment Bhd. (Maybank Investment) telah dilantik sebagai perancang dan pengurus utama bersama.

Penampilan ulung sukuk Bank Rakyat telah mendapat penarafan AA2 oleh agensi penarafan, RAM Rating Bhd.

Tambah Yusof, pihaknya akan menggunakan sebanyak RM300 juta daripada RM1 bilion sukuk yang diterbitkan dalam satu peringkat itu dalam tempoh tiga tahun pertama manakala bakinya, akan digunakan selepas lima tahun.

No comments:

Post a Comment