Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM5jbangunsistem/Article/index_html
Published: November 27, 2012
“Ia dibangunkan khusus untuk industri perbankan, insurans dan organisasi besar bagi menangani kecurian identiti menggunakan teknologi pengenalan wajah yang juga satu-satunya sistem pertama dibangunkan di dunia.
“Buat masa ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) bank perintis mengguna dan menguji sistem ini selama enam bulan bagi melihat keberkesanannya. “Kami berharap kejayaan MSS2 menjadi nilai tambah untuk BSN menawarkan perkhidmatan perbankan lebih selamat kepada penggunanya,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pembekalan Komputer dan Perkakasan antara syarikatnya dan BSN di ibu negara semalam.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengarah Urusan Mutiara Smart Computing Sdn Bhd, Mohamed Ali Hajah Maidin dan Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional, Datuk Adinan Maning.
Katanya, MSS2 lanjutan sistem pertama dibangunkan pada 2009 yang merakam wajah pengguna sebagai kata laluan bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan.
No comments:
Post a Comment