Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BSNsasardepositRM1btahundepan/Article
Published: November 05, 2012
Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit, Winston E Jeyaprakash, berkata kempen itu dijangka menarik 120,000 pemegang akaun simpanan BSN baru yang bakal menggunakan perkhidmatan deposit perbankan berkenaan.
“Pada masa ini, kami memiliki 10.8 juta pemegang akaun simpanan dan jumlah itu dijangka meningkat pada tahun depan sekali gus menjadi pemacu kepada pencapaian sasaran pertumbuhan deposit kami,” katanya selepas melancarkan kempen terbaru BSN di sini, semalam.
Hadir sama, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengedaran BSN, Akhsan Zaini; Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Komuniti BSN, Yunos Abd Ghani dan Naib Presiden dan Pengurus Jabatan Pengedaran, Deposit dan Saluran Jualan Alternatif BSN, Jason Tan Yew Heong.
Kempen BSN Stash Your Cash dilancarkan bertujuan mempromosikan akaun simpanan selain menjadi inisiatif menggalakkan rakyat pelbagai lapisan umur membuat simpanan.
Layak menang hadiah
Mengulas kempen itu, Winston berkata, semua pemegang akaun simpanan terdiri daripada pemegang akaun Giro dan Giro-i layak menyertai BSN Stash Your Cash dengan melakukan penambahan deposit berterusan sekurang-kurangnya RM100 sebulan selama tiga bulan bagi melayakkan mereka memenangi hadiah.
“Bagi pelanggan baru, mereka yang ingin menyertai kempen ini hanya perlu membuka akaun simpanan dengan deposit permulaan RM500 dan tidak dikeluarkan daripada akaun selama tiga bulan,” katanya.
Kempen ini menawarkan pelbagai hadiah wang tunai dan Sijil Simpanan Premium (SSP). Pemenang hadiah utama bakal menerima wang tunai RM88,888; pemenang tempat pertama (RM48,888); kedua (RM18,888); ketiga (RM8,888); manakala pemenang bertuah akan menerima 100 unit SSP bernilai RM80.
No comments:
Post a Comment